Hari nie ada satu perkara jauh di sudut hati ,aku terlalu pilu bila dengar khabar berita murid buta iaitu Farid akan diberhentikan dari PKBP...Nak buat camana aku kena ikut pihak yang lebih berkuasa..Kalau lah aku ,rasanya aku cuba memejam mata untuk biar kan saja dia di situ.Yang paling terasa tadi PPM Pauziah yang terus menanggis apabila kukhabarkan berita sedih nie...Mungkin hati kita berdua mudah tersentuh ...Tapi dalam hati terfikir jugak adakah orang lain berfikir macam yang aku fikirkan.....
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!