Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 9 Februari 2020

Whipping cream

WHIPPING CREAM (DAIRY) contoh ANCHOR & SEPERTI GAMBAR D BAWAH.

*Dikenali juga sebagai Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream @ Thick Cream @ Double Cream.
*Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi lemak yang lebih berbanding dengan Non Dairy Whipping Cream ( 35 % lemak susu )
*Ia sesuai digunakan dalam masakkan barat,membuat kek seperti tiramisu ( kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis)
*Tidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.
*Ia sesuai untuk hiasan mudah untuk ais krim @ pencuci mulut ala barat.
*Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.
*Ia hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh lah di masukkan dalam masakkan ala barat.
*Selain itu whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai Thickening agent (ejen pemekat )
*Sebaiknya sebelum putarkan krim,simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan pembeku)
*Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.
*Kek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu,triffle.
*Kek tersebut di simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.
Nota tambahan:
*Jangan terlebih putar adunan whipping cream kerana ia akan cair semula.
*Ia boleh menjadi 'seperate'@ terpisah menghasilakan buttermilk ( ia merupakan gumpalan berwarna kuning pucat )
Cara Menyimpan
*Simpan dalam peti sejuk ( chiller ).
*Tak perlu simpan dalam pembeku.
*Boleh tahan dalam 1 minggu selepas di buka.

Petua penggunaan gula dlm brownies


Untuk pengetahuan smua  sikit tentang pengunaan gula dlm brwnies.  Anda boleh guna smua jenis gula ( icing, kastor & gula perang) dan boleh juga kurangkan sukatan gula ikut kemanisan yang anda kehendaki.

 guna untuk satu adunan brownies hanya 140g gula perang. Bakar rak tengah²..

Suhu kena ikut oven masing2 ya. kenali oven anda... pakai the bakers 100l suhu 150 utk api atas bawah selama 15 mnit & 140 api bawah sahaja 15 mnit off oven & biarkan dlm oven 10 mnit bukak pintu oven skit...

Suhu bagi setiap oven tak sama .. seandainya dah dpt (jumpa) suhu yang sesuai.. kekalkan cara bakar ( kalau bole catit suhu tersebut).

Off button kipas bg oven yang ada kipas ya...untuk elakkan brwnies jadi kering.

selamat maju jaya semua...<3


lama sungguh tidak membuat laksa ni....mungkin kerana kesihatan yang tidak nengizinkan...sesekali memang merindui saat tika rajin memasak dulu

Khamis, 30 Januari 2020

buah roselle kini menjadi kegemaran setiap hari...ramai yang tidak tahu banyak kelebihan buah ni...petik buah ni belakang rumah..blhlah buat minuman 

Ahad, 19 Januari 2020

TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMK KAMPONG JAWA 2020

SKRIP JURUACARA KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMK KAMPONG JAWA 2020

  
KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

DAUN SELASIH USAH DIPILIS
IZINKAN SAYA MULAKAN MAJLIS.

DENGAN BISMILLAH…RESTU DIPINTA ,SEGALA USAHA TELAHPUN MENDAPAT HIDAYAT-NYA,SEMOGA BEROLEH SELURUH BERKAT-NYA.AAMINN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA


YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.

YANG DIHORMATI, PN ANITA BINTI MAD IDRIS
YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA

YANG BERUSAHA
PUAN SHUHARA  HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA.

YANG BERUSAHA
CIK ZARINA BINTI ISMAIL
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK KAMPONG JAWA

TUAN HJ MUZIKIR BIN MUHAMMAD ,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KAMPONG JAWA

EN AMIR SARIFUDIN BIN MAJID
PENOLONG KANAN PETANG

PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI

YANG DIHORMATI
EN SHAMSUR KAHAR BIN SYAHID  NYDP SMK KAMPONG JAWA
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
RAKAN-RAKAN GURU ,

SERTA PELAJAR-PELAJAR  YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMK KAMPONG JAWA BAGI TAHUN 2020.

BACAAN DOA

HADIRIN SEKALIAN

BAGI MEMULAKAN DAN MEMULIAKAN MAJLIS,MARILAH SAMA-SAMA MEMOHON BERKAT AGAR SEGALA URUSAN MENDAPAT RAHMAT.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN ___________________________________UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
AMIN YA RABBAL ALLAMIN…MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA______________________DI ATAS PIMPINAN BACAAN DOA ITU TADI.



UCAPAN PENGETUA
TANPA MELENGAHKAN MASA ,BAGI MENERUSKAN ACARA,MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA  TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMK KAMPONG JAWA BAGI TAHUN  2020.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

Demikian tadi ucapan YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

UCAPAN PERASMIAN 

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN ,
MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMKKJ BAGI TAHUN 2020`

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DEMIKIAN TADI UCAPAN PERASMIAN.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS.


PENYAMPAIAN HADIAH
HADIRIN SEKALIAN
KINI TIBALAH WAKTU YANG DINANTIKAN ,MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG.LARIAN PERDANA SMK KAMPONG JAWA  BAGI TAHUN 2020

BAGI MENYEMPUNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI KATEGORI PENDIDIKAN KHAS DAN P2 ,DIPERSILAKAN  YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUZIKIR BIN MUHAMAD ,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM  UNTUK MENGIRINGI YANG DIHORMATI EN SHAMSUR KAHAR BIN SYAHID NYDP PIBG SMK KAMPONG JAWA  BAGI MENYAMPAIKAN PINGAT KEPADA PARA PEMENANG,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN  _________________________________________________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI EN SHAMSUL KAHAR BIN SYAHID NYDP SMK KAMPONG JAWA ATAS PENYAMPAIAN PINGAT SEBENTAR TADI.

PENYAMPAIAN PEMENANG KATEGORI  L2/PI



BAGI MENYEMPUNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI KATEGORI L2 DAN P1 ,DIPERSILAKAN  YANG BERUSAHA PUAN SHUHARA HAMIZAN BINTI ABU HANIFAH PENOLONG  KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA  SMK KAMPONG JAWA  BAGI MENYAMPAIKAN PINGAT KEPADA PARA PEMENANG,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN  _________________________________________________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB  PENGETUA SMK KAMPONG JAWA ATAS PENYAMPAIAN PINGAT SEBENTAR TADI.

PENYAMPAIAN PEMENANG KATEGORI  L1/PIALA PUSINGAN



BAGI MENYEMPUNAKAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI KATEGORI L1 DAN PIALA PUSINGAN P1 ,DIPERSILAKAN  YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB  PENGETUA SMK KAMPONG JAWA MENGIRINGI YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA   BAGI MENYAMPAIKAN PINGAT DAN PIALA PUSINGAN KEPADA PARA PEMENANG,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN  _________________________________________________________________________________________________________________
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS YDP PIBG  SMK KAMPONG JAWA ATAS PENYAMPAIAN PINGAT SEBENTAR TADI.
MAJLIS MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PEMENANG.KEPADA YANG KURANG BERJAYA ,CUBA LAGI PADA TAHUN HADAPAN.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB ,PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAD IDRIS YDP PIBG SMK KAMPONG JAWA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA TUAN HAJI KAMALUDIN BIN TAIB DAN YANG DIHORMATI PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS.

PENUTUP
DENGAN INI BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KEJOHANAN LARIAN PERDANA SMK KJ KALI BAGI  TAHUN 2020.
Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Khamis, 9 Januari 2020

2020 Mungkinkah tahun yang membahagiakan

Salam 2020
tahun baru yang telah hadir 
sesungguhnya diri ini bersyukur dilimpahkan rahmat dan nikmat kerana dipanjangkan umur untuk sama menikmati tahun 2020.
2019 kutinggalkan dengan seribu kenangan duka..manisnya hanya sedikit.ujian demi ujian yang melanda terkadang merasakan diri ini tidak begitu kuat untuk menempuhinya,,,perit pedih luka yang teramat sakit..diuji tapi alhamdulillah masih mampu melawan ujian dariNya.
semoga hadirnya 2020 aku semakin tabah dan kental.

Selasa, 8 Oktober 2019

Khasiat daun belalai gajah

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH (SABAH SNAKE GRASS)
.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Diantara keberkesanan produk daun belalai gajah ini adalah merawat serta memulihkan pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kesihatan seperti berikut:
.
Memulihkan semua jenis Kanser (Cancer).
.
Memulihkan Penyakit buah pinggang.
.
Memulihkan Penyakit Darah Tinggi.
.
Memulihkan Tekanan Darah Tinggi.
.
Memulihkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes).
.
Memulihkan Radang Prostat.
.
Memulihkan Asid Urid Tinggi (Toksid dalam badan).
.
Memulihkan Gastrik.
.
Memulihkan Penyakit Gout.
.
Memulihkan Tahap Kolesterol Tinggi.
.
Memulihkan Penyakit Aplastic Aneamia (adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah).
.
Memulihkan Thalassaemia.
.
Memulihkan Masalah Haid Tidak Teratur.
.
Memulihkan Sembelit.
.
Memulihkan Masalah Sukar Buang Air Besar.
.
Memulihkan Masalah Thyroid.
.
Memulihkan Sakit Belakang.
.
Memulihkan Penyakit Migrin.
.
Memulihkan Masalah Kelesuan.
.
Merawat Masalah Asma (Semput)
.
Membantu menurunkan Kadar Gula.
.
Memulihkan Buasir.
.
Memulihkan Eksim atau Dermatitis (Permasalahan pada kulit seperti radang, kulit kegatalan, kemerahan, biasanya pada tangan dan kaki dan lain-lain).
.
Meredakan Bengkak.
.
Meredakan Ketumbuhan/Tumor.
.
Dapat Melegakan Rasa Senak Pada Perut.
.
Dapat mencegah Kanser Kolon (usus)
.
Dapat Merawat Masalah Kemurungan, Melindungi hati, Meningkatkan Tenaga, Melegakan keletihan, Meningkatkan Imun sistem dan melancarkan fungsi darah.
.
Nota:
Daun belai gajah boleh dibuat sayur, dibuat ulam atau dibuat jus.
Jika dibuat jus amat berkesan untuk merawat penyakit jika diblender dengan epal hijau + lemon
.
DOS YANG SESUAI MENGIKUT TAHAP PENYAKIT:
.
1. Tahap 1 gunakan 30 helai
2. Tahap 2 gunakan 60 helai
3. Tahap 3 gunakan 90 helai
4. Tahap 4 gunakan 120 helai
.
Jika merawat sebarang penyakit ia amat berkesan bila dibuat jus bersama epal hijau + lemon. Sebaiknya minum waktu perut kosong iaitu 1 jam sebelum makan. Minum 3 kali sehari.
Jika penyakit sudah beransur pulih bolehlah kurangkan dos nya secara berperingkat peringkat.

Isnin, 7 Oktober 2019

Resepi Lebat Labu

LEPAT LABU( tanpa inti kelapa )

Bahan-bahan
1 /2 biji labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum 
1cawan tepung beras
3 cawan pati santan
1 sudu KFC  garam
Gula secukup rasa ( saya guna brown sugar )
Daun pisang layukkan dulu

Cara-cara
Campurkan kedua2 tepung  ,santan ,gula kedlm labu yg telah dilecek.
Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung...adunan ni tak terlalu lembik
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
Kukus sampai masak.
Boleh la makan dengan kopi panas untuk minum petang,

Semoga esok masih ada

Bismillah.
Alhamdulillah.

Menanti hari esok..
Semoga masih ada harapan yang bersinar cerah bagai mentari pagi.
Kalau pun hujan di tenghari..ia hadir untuk  mengingatkan bahawa langit tidak selalu cerah..

Semoga esok masih ada untukku dan untukmu... Aamiin
Selamat malam

Ahad, 6 Oktober 2019

Resepi kuew tiaw sup

Kuay tiaw sup untuk jamuan selepas kuliah malam ni. Masak pagi tadi secara rewang bersama gemg2 surau.

Resepinya simple

Untuk sup

1 kg daging
3 inci lengkuas -ketuk
2 inci halia - ketuk
3 batang serai - ketuk
2 pokok akar ketumbar
1 ketul kecil gula batu dan gula kabung

Rebus bahan2 di atas hingga dahing empuk. Keluarkan daging dan hiris. Ketepikan.

Tumis

1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang besar hiris
1 labu bawang putih hiris

Minyak untuk menumis

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup. Biarkan merenih selama 20 minit.

Keluarkan bahan2 dalam sup (tapis keluar bahan2 yang direbus dan ditumis dari supnya - buang). Tambah air jika perlu.  Masukkan daging yang telah dihiris ke dalam periuk sup. Masukkan 6 sb kicap masin dan perisakan dengan garam secukup rasa. Renihkan lagi selama 30 minit.
Siap. Sedia dihidangkan dengan kuay tiaw/mee atau bihun pun boleh.

Sambal kicap

5 ulas bawang putih
30 biji cili padi - belah skit hujungnya supaya tak.meletup masa digoreng

Goreng hingga layu. Masukkan ke dalam pengisar. Tambah kicap secukupnya. Kisar lumat.

Pelengkap hidangan

Kuay tiaw - celur
Fish cake dan fish ball
Tauhu
Bawang goreng
Sawi - celur
Taugeh - siram air panas sahaja.
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
Daun ketumbar - hiris

Luahan Hati

Sahabat..
Pernah tak kadangkala  lalui semua ini..??

Ada orang menyangka kita benar benar bahagia.

Seolah tiada satu pun masalah atau ujian yang menghempap diri kita.

Tanpa mereka tahu, di balik senyuman yang kita ukir, ada air mata yang menangis dalam diam, ada hati yang sedang sakit dirobek-robekkan, ada jiwa yang perit kerana menanggung kelukaan.

Dan kita lebih memilih untuk diam tanpa suara. Tanpa perlu bercerita kepada mereka bahawa "Tolong aku kawan. Aku sedang diduga."

Kadang kita lebih selesa untuk simpan "rasa sedih" itu. Bukan sebab kita tak perlukan kawan, tak. Cuma kita perlukan masa untuk bersendirian. Kita lebih selesa bicara berdua dengan Tuhan.

Cukuplah Allah tempat kita meluah rasa, melepaskan beban yang menghimpit di jiwa. Di atas tikar sejadah, kita menangis semahu-mahunya.

Itulah saat yang paling nikmat dan indah. Saat kita keseorangan, saat kita tiada tempat untuk bergantung, cuma kepada Allah tempat kita berserah dan meminta pertolongan.

Apa sahaja ujian yang menghiasi dalam hidup kita, carilah Allah yang pertama. Bukan manusia.

Pesan Untuk Hati...💞
Anak Pantai💓🌹💓🌹💓🌹

Salam Tahajjud

Bismillah.
Alhamdulillah
Salam tahajud sahabat yang dikasihi Allah.

Bangunlah..
Tunaikan solat Tahajud
Rendahkan dirimu dengan bersujud
Rendahkan hatimu dengan meminta dan berdoa
Semoga doa siapa pun jua hari ini
Mohon Allah makbulkan
Walaupun dengan cara yang berbeza
Semoga kita dapat mengambil hikmah..

Allahumma Aamiin.
Dariku.. Anak Pantai🌺🌿💓🌹🌺🌿💓🌹

Ketenangan itu tidak boleh dibeli

KETENANGAN TIDAK BOLEH DIBELI.

Dalam hidup kita sering cuba untuk membeli ketenangan melalui kesenangan.

Kita mampu membeli makanan sedap, tetapi tidak boleh membeli selera. Kita boleh membeli tilam yang empuk, namun tidak mampu membeli tidur yang lena. Mustahil seseorang manusia mampu membeli ketenangan menerusi kesenangan.ketenangan tidak mungkin dapat dijual beli

Ketenangan dalam diri kita akan hilang jika kita tersasar daripada tujuan asal kewujudan kita di atas muka bumi. Iaitu untuk beribadat kepada Allah..
Carilah ketenangan dengan sentiasa mengingati Allah dan melaksanakan segala perintahNya.

Resepi Roti Heaven

RESEPI ROTI Heaven..

8 keping roti Gardenia di susun 2 keping 2 keping dalam loyang yg di lapik baking paper
letak kan sedikit butter mcm dalam pic di bawah.

8 biji telur
semangkok kecil mozzarella
semangkok kecil cheese cheddar parut
semangkuk kecil daging cincang ramly
sebiji bawang besar di dadu
2 biji cili besar di hiris
sedikit daun bawang di hiris
sedikit aji shio black pepper
kocok2 kan semua dan tuang atas roti
bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas bawah 25 minit atau sampai garing .
makan panas2 sedap.

kredit : - Nanny Emma Emma