Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 6 Oktober 2019

Resepi kuew tiaw sup

Kuay tiaw sup untuk jamuan selepas kuliah malam ni. Masak pagi tadi secara rewang bersama gemg2 surau.

Resepinya simple

Untuk sup

1 kg daging
3 inci lengkuas -ketuk
2 inci halia - ketuk
3 batang serai - ketuk
2 pokok akar ketumbar
1 ketul kecil gula batu dan gula kabung

Rebus bahan2 di atas hingga dahing empuk. Keluarkan daging dan hiris. Ketepikan.

Tumis

1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang besar hiris
1 labu bawang putih hiris

Minyak untuk menumis

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup. Biarkan merenih selama 20 minit.

Keluarkan bahan2 dalam sup (tapis keluar bahan2 yang direbus dan ditumis dari supnya - buang). Tambah air jika perlu.  Masukkan daging yang telah dihiris ke dalam periuk sup. Masukkan 6 sb kicap masin dan perisakan dengan garam secukup rasa. Renihkan lagi selama 30 minit.
Siap. Sedia dihidangkan dengan kuay tiaw/mee atau bihun pun boleh.

Sambal kicap

5 ulas bawang putih
30 biji cili padi - belah skit hujungnya supaya tak.meletup masa digoreng

Goreng hingga layu. Masukkan ke dalam pengisar. Tambah kicap secukupnya. Kisar lumat.

Pelengkap hidangan

Kuay tiaw - celur
Fish cake dan fish ball
Tauhu
Bawang goreng
Sawi - celur
Taugeh - siram air panas sahaja.
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
Daun ketumbar - hiris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!