Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 10 Januari 2014
Rabu, 8 Januari 2014
Tips Anak suka belajar dengan ibu bapa
Tengah fikir dan mencari ilham bagamana nak buat anak-anak happy belajar dengan mak sendiri...payoh jugak ni..kata orang anak orang senang je nak ajar ,bila nak ajar anak sendiri banyak je halangannya
1. Suasana selesa itu penting.
Ajak la belajar dengan cara yang meyeronokkan macam sambil bermain juga. Kata kan jom kite main cikgu-cikgu awak Dan ibu kita sama-sama cikgu dan murid.. Ajar dia. Kemudian kita pulak buat-buat tanya konon nye dia cikgu kita murid. Cakap yang kita tak tahu tolong tunjuk kan. Nanti dia sudah tunjuk kite buat lah excited Kata kan WOW.. Pandai nye awak. Buat macam kawan yang sama umur dengan nya.
2. Ibu bapa tidak boleh terlalu pentingkan diri sendiri.... agenda dan aktiviti anak juga mesti dimasukkan ke dalam kalendar... ibu bapa kena memahami apa kehendak anak dan jangan menolak mentah- mentah pendapat atau cadangan anak..... kita juga mesti mendengar masalah anak jika mahu anak mendengar cakap kita.....
3. Ikhtiar lain...doa penerang hati mohon lah kelembutan hati anak dari Allah... Insya Allah...
4.kena jadikan laman FB dan Blog serta Wechat sebagai salah satu medan tempat nasihat dan meluahka perasaan untuk anak-anak...mungkin dia orang baca dapat jugak terkesan di hati...yelah zaman sekarang segalanya IT.
5. ibubapa mesti membantu anak anak untuk menetapkan matlamatnya...mungkin anak belum faham atau belum terdedah sepenuhnya tentang kehidupan... kena anak bersiar-siar di kawasan yang berkaitan dengan kerjaya atau masa depan.... berikan contoh contoh kepada anak tentang kejayaan atau kecemerlangan sesuatu bidang..bilanak mula ni..
6. Sabarlah dengan karenah dia orang,mak dulu boleh sabar dengan kita ,jadilah kita kini kenalah sabar dengan anak kita pulak kan..
7.Nak kena buat report kad macam kat sekolah jugak...bila ada peningkatan bagi token hadiah sebagai ransangan..
8.Lawak jenaka kena sentiasa adalah...biarlahkan asal anak kita happy memanjang..terkadang lawak bodohpun lawak bodohlah...kerana mak sayang korang tanpa syarat...!!.Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....
9. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
10. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
11. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...
12. Seperti teori ini?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
Tahukah kita bahawa.. :
1. Anak tunggal selalunye lambat cakap.
2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayah. Main bola, pergi padang. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik-adik dia
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak-anak pun stress sebab tak keluar rumah. cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.
(sumber ibu bapa mithali)
p/s : menulis dan terus semestnya bisa menenangkan hati ...
Petua galakan pelajar PPKI minat belajar Penjodoh Bilangan

Cara KREATIF dan TIDAK MEMBOSANKAN untuk galakkan anak-anak kita supaya minat sangat belajar Penjodoh Bilangan atau Perkataan Baru (BM atau BI)
1. Buat ujian EJAAN (perkataan susah atau penjodoh bilangan)
2. Minta pelajar lukis makna EJAAN tadi
3. Minta pelajar fikirkan perkataan lain yang dia
(3a) sudah tahu maknanya
(3b) tapi mempunyai 'bunyi' yang sama (di hujung perkataan) dengan perkataan yang baru dipelajari (atau penjodoh bilangan) tadi
4. Minta pelajar GABUNGKAN perkataan lama dengan yang baru supaya jadi sesuatu yang TIDAK MASUK AKAL.
# kaedah ini jauh lebih berkesan daripada kita minta pelajar ulangsebut perkataan yang baru dipelajari sebanyak 10 kali!
Alhamdulillah cubalah ya..
Sumber Rujukan:
Home Tutor kongsi TIPS & TOOLS anak Cemerlang.
Sabtu, 4 Januari 2014
Salam Buat sahabat.....
Salam buat sahabat...
Sahabat..
Tertiba rindu bertandang pada kalian Entah di mana. Sesungguhnya hati ini terlalu rindu kan kemesraan Kita dulu..
Sahabat..biar pun masa telah berlalu ..telah lama jua Kita tinggal kan kenangan Kita bersama,Namun kemesraan yang terjalin antara Kita seperti baru semalam berlaku.
Susah senang Kita tetap bersama..dan paling mengharukan disaat kesusahan diri ini kalian tetap bersama menghulurkan bantuan..kusedardiri ini sahabat..seorang yang begitu daif di menara gading,Namun hadirnya kalian disisiku membuatkan Semangat ini berkobar dan jangan mudah merendah diri..Hanya kalian yang tahu kesusahan diri ini sahabat.
Terima Kasih sekalung bidi buat sahabat atas memori Kita bersama...
Rabu, 1 Januari 2014
Hidup ini penuh warna warni
Hidup ini penuh warna warni...cerianya hidup ini bila mana sesuatu yang terjadi membahagiakan kita..bila gembira pasti warna ya terang bersinar..indah..bila sedih warna nya hitam ,kelam dan suram..Awak nak yang mana...jawapan mestilah yang terang dan bercahaya indah dipandang...
Hari ini jika dirimu sedih..percaya lah..kesedihan itu bisa membuatkan dirimu kuat...
Jika hari ini dirimu gembira...jangan biar kan kegembiraan itu menguasai diri...kerana kesedihan bisa pasti Akan dialami bila-bila masa.
Jangan lupa hidup umpama roda atas bawah silih berganti.pijak rumput pandang langit di atas..yang di pijak tetap Kita Haggai..
Membuatkan orang lain Bahagia ada lah satu kebahagiaan dan kegembiraan yang bisa membuatkan hidup Kita tenang..so jangan susah sangat nak buat kebaikan untuk orang lain.
Nak di hormati kena belajar menghormati..
Nak di sanjungi..kena belajar menyanjungi..
Nak di yakini kena belajar untuk membaiki diri..
Anak Pantai....jemari ini Akan terus menari...
Selamat Tahun Baru...Dunia 2014 Kita Tempuhi...
2014 menjelma dengan sebarang kemungkinan Akan berlaku..pahit manis sama juga Kita Akan Tempuhi bila dan di mana situasi itu yang pasti Kita tidak ketahui...sana sini orang berazam ..masing-masing untuk Cuba lebih baik dari tahun se belum ni...tiada siapa antara kita yang berazam untuk ke arah yang negatif...
Sama juga diri ini...dalam diri nak tanam azam...biar azam yang baru di tanam itu Akan subur dan mekar hendaknya..kalau nak subur dan mekar kenalah buat sesuatu kan..jangan Hanya pandai tanam je...pandai lah siram dan bajakannya..dok gitu...
Apa azam diri ini ya...hmmm ada lah Jugak satu dua..antaranya:
@ Tahun lepas penulisan buka rekod memang gagal...tahun ni kena ubahlahkan tak bangus n sangat sikap cikgu macam ni...
@ Kerja jangan tertangguh...tahun lepas Suka buat Kerja last minute ..
@ Jadi isteri yang baik...saya tahu saya belum baik lagi ..kenalah buatsesuatu plan yang lebih baik lagi..semoga awak baik-baik saje...jaga kesihatan awak ya en suami..
@ untuk anak-anak sentiasa mengharapkan yang terbaik..cemerlang akademik.cemerlang sahsiah diri..menjadi anak yang soleh yang mempunyai akhlak yang terpuji..
@ untuk keluarga mak ayah terutamanya....mengharapkan kalian sihat sejahtera..dan sentiasa mendapat rahmatNya..pada Adik beradik ipar dua...eratkan lagi kasih sayang antara Kita..Bantu membantu dan tiada pertelingkahan yang berlaku...airkan walaupun dicincang bagaimana sekalipun mana kan putus..kalau dicantum bertakup jua.
@ pada teman-teman dan sahabat ..terima kasih kerana menjadi kan diri ini sebahagian hidup kalian..kongsi cerita gurau senda dah Jadi asam garam hidup Kita..
-ANAK PANTAI-
Selasa, 31 Disember 2013
Takut Hilang Awak...
En suami...
Takutnya kehilangan awak...
Diri ini belum kuat tanpa awak..
Tolonglah jaga makan dan kesihatan awak..terlalu sayang kan awak en suami...tolonglah hidup seribu tahun lagi untuk saya...
Pendaftaran Pelajar SMK Demak Baru.....
Pertama kali bertugas semasa pendaftaran menguruskan koperasi sekolah se telah 7 tahun berkhidmt...seronokpun bila dapat menatap wajah-wajah Pelajar dan ibu bapa aliran perdana...walaupun dalam Hati banyak kerisauan pada en suami di rumah....terpaksalah meninggal kan dia demi tugas. Di luar hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi...seakan mengerti Hati yang dalam kesedihan ni...apa pun bertugas kerana Allah...
Isnin, 30 Disember 2013
Langgan:
Catatan (Atom)












































































