Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 8 Januari 2014
Petua galakan pelajar PPKI minat belajar Penjodoh Bilangan
Cara KREATIF dan TIDAK MEMBOSANKAN untuk galakkan anak-anak kita supaya minat sangat belajar Penjodoh Bilangan atau Perkataan Baru (BM atau BI)
1. Buat ujian EJAAN (perkataan susah atau penjodoh bilangan)
2. Minta pelajar lukis makna EJAAN tadi
3. Minta pelajar fikirkan perkataan lain yang dia
(3a) sudah tahu maknanya
(3b) tapi mempunyai 'bunyi' yang sama (di hujung perkataan) dengan perkataan yang baru dipelajari (atau penjodoh bilangan) tadi
4. Minta pelajar GABUNGKAN perkataan lama dengan yang baru supaya jadi sesuatu yang TIDAK MASUK AKAL.
# kaedah ini jauh lebih berkesan daripada kita minta pelajar ulangsebut perkataan yang baru dipelajari sebanyak 10 kali!
Alhamdulillah cubalah ya..
Sumber Rujukan:
Home Tutor kongsi TIPS & TOOLS anak Cemerlang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!