Inilah pentas yang sangai biasa-biasa je lantaran perubahan tempat dari biasa..Apapun..kepada AJK Pentas kita telahpun melaksanakan tanggungjawab yang diberi..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 16 September 2012
PPKI 8 Juara Kelas Paling Patriotik..Akhirnya kejayaan itu milik kami :)
Kejayaan menjadi milik kami...
Bermakna sangat pada saya cikgu kelas kerana disebalik kejayaan ini ada perit getir...Banyak duit poket sendiri yang dihabiskan..namun kurang dihargai oleh sesetengah pihak...sentiasa ingin menafikan...
Apapun Allah sentiasa bersama.
TQ Allah!!
Menjadi Setabah Kaktus..
Hati terfikir bagaimana pokok kaktus boleh hidup di padang yang gersang ,yang pastinya jauh dari untuk mendapatkan keperluan air..Tapi itu semua adalah kehendak Ilahi..Allah yang Maha Kaya ,Maha Pencipta ,semuanya boleh terjadi..
Apakah kelebihan kaktus ni...
Hanya pokok yang hodoh.berduri tapi akhirnya menumbuhkan bunga yang cantik dan berbau harum.
Tidak perlu disiram setiap waktu ,mudahnya perjagaan dia.
salah satu spesis mahkluk Allah yang boleh bertahan hidup di padang pasir..
Memiliki kelebihan menyimpan air di dalam akar,daun dan pangkal pokok dalam tempoh masa yang lama dan kuantiti air semaksima mungkin selepas hujan yang sedikit.
Allah jadikan pula duri-duri yang tajam sebagai pelindung daripada haiwan pemangsa selain daripada berfungsi menghalang tiupan angin kuat dan mengurangkan penyejatan air di dalam pokok.
Sesuai dengan makna kaktus ini dalam bahasa arab iaitu"sabar" sememangnya pokok ini mempunyai sifat yang sabar..Menunggu jangkamasa yang lama untuk melihatnya berbunga dan dipandang cantik..
akhirnya menjadi kesayangan orang..
Begitu juga diri ini..bila difikirkan elok juga menjadikan diri setabah kaktus...Harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada diri..Bila difikirkan...setiap kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diharungi dulu kepayahan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Yang penting bina keuatan diri untuk menutup kekurangan dan kelemahan pada diri..Kekurangan rupa boleh ditutupi dengan kecerdasan dan ilmu yang berguna.Dan paling kita tidak harus lupa minta lah selalu daripada Allah agar apa yang ditentukan olehNya dapat kita rentasi dengan mudah.
Sabtu, 15 September 2012
Gelagat Anak-anak murid PPKI 8
Ni dapat idea timbul bila pintu bilik berlubang...dapatlah idea tutup dengan bunga..
jangan kacau cikgu buat kerja ni
Langgan:
Catatan (Atom)

















































































