Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 9 September 2012

UKM - Ilmu, Mutu dan Budi--Kenangan suka duka disini...




Terjumpa video ni pastinya terimbas kembali suka duka ketka menjadi sebahagian penghuni warga Universiti Kebangsaan Malaysia..Seakan baru semalam rasanya pelbagai peristiwa tercipta disini. SEakan baru semalam juga menyanyikan lagu ini ketika minggu Orientasi tu...Hakikatnya peristiwa ini 15 tahun telah berlalu....Banyak kenangan suka duka tercpta dan kini menjadi memori yang terindah..Dalam mengejar cita-cita ,tidak lupa Allah menganugerahkan Cinta dan benih cinta itu telahpun menjadi bunga-bunga bahagia dengan 5 Cahayamata..
Tak terduga universiti yg diangankan menjadi kenyataan..Menjadi salah seorang penghuni di sini selama 4 tahun adalah satu anugerah yang tak ternilai yang Allah berikan..Sesusungguhnya janji-janji Allah itu pasti..Allah akan tunaikan hajat hambanya sekiranya hambanya tidak putus berusaha dan memohon kepada-Nya. Permulaan langkah disini begitu sukar ..bermula dengan airmata tapi berakhir juga dengan airmata..tapi akhirannya airmata penuh kemanisan..Usaha 4 tahun terbalas dan paling manis bila dapat membanggakan kedua ibu bapa.
Teringat keadaan diri masa tu..Hanya 5 pasang sahaja baju yang dibawa dengan 3 helai tudung merah,putih dan hitam..berbanding dengan kawan-kawan yang lain..penuh kemewahan..rendahnya diri masa tu..berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah...tahap keyakinan terlalu sedikit..Tapi Allah itu Maha penyayang...Dia sentiasa memberikan jalan bila masa kekusutan melanda diri..Dia juga memberikan teman-teman yang sentiasa bersama saat senang jua disaat kesukaran..Dan yang paling manis..Dia juga menghadirkan pertemuan jodoh ini juga disini...Syukur padaMu ya Allah...Banyak kenikmatan yang Engkau kurniaan hingga terkadang diri ini alpa pada-Mu.

Selasa, 4 September 2012

Lautan kehidupan kita berombak-ombak

Allah menghadirkan ombak di lautan kehidupan kita atas pelbagai sebab.
Kadang-kadang sebagai petunjuk dan iktibar kepada orang lain.
Kadang-kadang sebagai hukuman kecil atas keterlanjuran kita ataupun sebagai petanda supaya tidak terus leka.
Ada orang,
ombak gembira dalam kehidupannyalebih.
Maka,bahagialah selalu orang itu.
Ada orang pula ombak sedih dalam kehidupannyalebih.
Maka berduka selalulah orang itu.
Ada juga orang yang ombak kehidupannya seimbang,maka seimbanglah naluri rasa orang itu.
Namun,ada juga yang Allah jadikan ombak kehidupannya tiada alunan..Malah orang itu tidak pernah mengenal ganasnya alunan ombak..
Bersyukurlah ,lautan kehidupan kita berombak-ombak...!!

Rabu, 29 Ogos 2012

Sekitar Sambutan Hari Lahir Mak(27 Ogos 2012)






 Terharunya tengok dapat gok mak belah kek hari lahirnya

Kenangan sebahagian adik beradik dan cucu

 Abg Din dan Mak rupanya berkongsi bulan yang sama

Sederhana tapi kemeriahan tetap terasa
 Makan-makan ....kita jamu selera sampai kenyang
 Adam dengan dunia game dia dan Aimy tengah menghayati rasa kek

Suka sangat Pok Jo dapat makan kek

Ahad, 26 Ogos 2012

Cuti hanya seketika

Lama sungguh saya tinggalkan blog ini tanpa berita ..banyak cerita boleh saya tuliskan cuma terkadang saya berfikir wajarkah saya kongsikan dengan rakan-rakan di alam maya...di samping itu juga saya banyak terluah di facebook sahaja...tapi blog ini adalah antara benda yang amat saya sayangi...diari perjalanan hidup ini..suka duka semua terlakar di sini..
Tika jari ini menitipkan bicara.terdengar kokokan ayam sahut menyahut..hanya hari ini bunyi itu dapat didengari kerana esok pagi kg halaman ini terpaksa ditinggalkan untuk sekian kali..
Balik beraya kali ini kurang terasa kemeriahan raya kerana kesibukan majlis kahwin anak sedara..namum begitu syukur sangat-sangat kerana majlis berjalan begitu lancar..meriah dengan kehadiran ramai jemputan.
Esok pastinya airmata mengalir lagi...sedih pilu untuk tinggalkan mak serta keluarga ...apakan daya telah ditakdirkan diri ini jauh daripada keluarga..Banyak juga kenangan yang dibawa balik ke Kuching nanti..Terima kasih pada teman-teman yang sudi berkunjung ke rumah..Tak sangka rupanya kita ada talian persaudaraan..Juga kenangan manis terpisah 15 tahun dengan saudara sepupu dan raya ini  dapat bertemu seperti yang kita impikan..Angan-angan dah jadi kenyataan kan..
 Pagi hari raya pertama orang beraya dengan keluarga kami beraya di KLIA..pukul 4 petang barulah dapat merasa kemeriahan di kampung.
Bergambar di Tren ERL 
Sempat sambut raya di rumah staf suami di Bangi
Raya kedua sebelum bertolak ke Kota Bharu
 Aimy dan Alif bersama Pok Jo
 Anak-anak permata hati
Bersama Mak dan Kak Jan


Isnin, 30 Julai 2012

Cerita tentang kawan....


  1. · ·