Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 26 Ogos 2012

Cuti hanya seketika

Lama sungguh saya tinggalkan blog ini tanpa berita ..banyak cerita boleh saya tuliskan cuma terkadang saya berfikir wajarkah saya kongsikan dengan rakan-rakan di alam maya...di samping itu juga saya banyak terluah di facebook sahaja...tapi blog ini adalah antara benda yang amat saya sayangi...diari perjalanan hidup ini..suka duka semua terlakar di sini..
Tika jari ini menitipkan bicara.terdengar kokokan ayam sahut menyahut..hanya hari ini bunyi itu dapat didengari kerana esok pagi kg halaman ini terpaksa ditinggalkan untuk sekian kali..
Balik beraya kali ini kurang terasa kemeriahan raya kerana kesibukan majlis kahwin anak sedara..namum begitu syukur sangat-sangat kerana majlis berjalan begitu lancar..meriah dengan kehadiran ramai jemputan.
Esok pastinya airmata mengalir lagi...sedih pilu untuk tinggalkan mak serta keluarga ...apakan daya telah ditakdirkan diri ini jauh daripada keluarga..Banyak juga kenangan yang dibawa balik ke Kuching nanti..Terima kasih pada teman-teman yang sudi berkunjung ke rumah..Tak sangka rupanya kita ada talian persaudaraan..Juga kenangan manis terpisah 15 tahun dengan saudara sepupu dan raya ini  dapat bertemu seperti yang kita impikan..Angan-angan dah jadi kenyataan kan..
 Pagi hari raya pertama orang beraya dengan keluarga kami beraya di KLIA..pukul 4 petang barulah dapat merasa kemeriahan di kampung.
Bergambar di Tren ERL 
Sempat sambut raya di rumah staf suami di Bangi
Raya kedua sebelum bertolak ke Kota Bharu
 Aimy dan Alif bersama Pok Jo
 Anak-anak permata hati
Bersama Mak dan Kak Jan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!