Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 27 Julai 2011

Bila diulit rindu

Heart Made With Pink Flowers
Bila diulit rindu
Hati mula resah..
Mungkinkah..kau rasa apa yang kurasa
Sepi di sebalik keriuhan
Sepi di sebalik kesibukan
Sepi di mana-mana tanpa sempadan
Walau sesekali sepi itu indah
Namun banyak kali sepi buat hati gundah
Menguji kesabaran
Menguji hati jua perasaan
Tanpa prasangka kukukuhkan rasa hati
 Kau rasa apa yang kurasa.

Rabu atau Khamis ...Nazir dan Disiplin buat aku gabra

Wednesday Graphic #9Alhamdulillah,buka mata diri ini masih lagi bernyawa.syukur pada Allah masih lagi diberikan kesempatan bernafas di alam ciptaanNya.Namun ada rasa frust juga sebab tak terjaga awal untuk menyiapkan kerja-kerja disiplin yang belum selesai.
Hari ini atau esok nazir nak datang memeriksa fail-fail disiplin..Akulah antara insan-insan terpilih yang bakal berjumpa dengan tetamu yang tak diundang tu.. Kata orang hidup mesti diteruskan..Kalau ada teguran terimalah dengan hati terbuka.Biasalah kerja mana ada yang sempurnakan.
Terkadang tu ada juga terlintas di hati nak letak jawatan sebagai S/U Disiplin nie..kerja tak pernah habis.sesekali ada juga rasa iri hati pada member-member yang tak busy macam aku ni.Dapat rehat yang panjang.Aku lak terkadang tu makan pun tak terjamah..
Apapun hari ini aku terpaksalah menyerahkan diri aku apabila diperlukan oleh nazir nanti...Ya Allah semoga aku sentiasa di bawah perlindunganMU.Amin.

Isnin, 25 Julai 2011

Majlis cukur jambul cucu Cikgu Jamal


 Sabtu yang lepas saya tidak ketinggalan menghadirkan diri di majlis cukur jambul cucu pertama ,Penolong Kanan PPKI, En Jamal Shukuri Bolhassan.Tergambar seisi keluarga beliau yang begitu teruja dan gembira dengan hadirnya cucu tersebut.Apapun tahniah diucapkan.

















Nielah cenderahati buat baby yang cukur jambul

Buah Logan

Saya akui sejak datang ke Sarawak ni pelbagai perkara baru yang saya jumpa yang tidak akan saya jumpa di Semenanjung.Sememangnya ini sesuatu yang mengindahkan saya.

 Beginilah  rupa buah logan
Buah logan yang dikupas kulitrnya

Alahai Azib





Adam dan Taekwondo







Lagi macam-macam Gaya Aimy





Gelagat Azib











Pelbagai warna kehidupan di PPKI SMK Demak Baru