Alhamdulillah,buka mata diri ini masih lagi bernyawa.syukur pada Allah masih lagi diberikan kesempatan bernafas di alam ciptaanNya.Namun ada rasa frust juga sebab tak terjaga awal untuk menyiapkan kerja-kerja disiplin yang belum selesai.
Hari ini atau esok nazir nak datang memeriksa fail-fail disiplin..Akulah antara insan-insan terpilih yang bakal berjumpa dengan tetamu yang tak diundang tu.. Kata orang hidup mesti diteruskan..Kalau ada teguran terimalah dengan hati terbuka.Biasalah kerja mana ada yang sempurnakan.
Terkadang tu ada juga terlintas di hati nak letak jawatan sebagai S/U Disiplin nie..kerja tak pernah habis.sesekali ada juga rasa iri hati pada member-member yang tak busy macam aku ni.Dapat rehat yang panjang.Aku lak terkadang tu makan pun tak terjamah..
Apapun hari ini aku terpaksalah menyerahkan diri aku apabila diperlukan oleh nazir nanti...Ya Allah semoga aku sentiasa di bawah perlindunganMU.Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!