Julung kali anak-anak murid ini berkhemah setelah ditubuhkan awal tahun ini..Apa yang membanggakan satu-satunya Pendidikan Khas yang turut serta bersama dengan pelajar aliran perdana .Sebanyak 14 buah sekolah Peringkat Negeri Sarawak telah mengambil bahagian.Pendidikan Khas SMK Demak Baru mendapat tempat ke lapan dari 14 buah sekolah yang bertanding...
Sebahagian pelajar Pendidikan Khas yang terlibat menerima sijil penyertaan JPA3 daripada En Ramli Hj Hasbi,pengetua SMK Demak Baru..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 17 Julai 2010
Khamis, 15 Julai 2010
Pergi Tak Kembali..(Takziah buat Kak Ita)
Al Fatihah buat Arwah ibu kakak iparku,Kak Ita yang baru saja kehilangan ibu tercinta pada pagi tadi..Tak sangka dapat mesej dari Joe..Perginya secara tiba-tiba..Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di samping insan-insan yang soleh..
Jasa Bonda
Ketika memandu untuk ke tempat sekolah..terdengar lagu nie dimainkan di Klasik Nasional..Kebetulan anak sulungku Alya ada sama.Lantas aku kata lagu ini aku tujukan buat dia..Aku minta dia dengar betul-betul lirik lagu tu."Marah bukan kebencian tapi tanda sayang"Itu yang aku tekankan padanya,marahku sebagai ibunya selama ini bukan tanda aku membencinya tetapi kerana sayangku padanya aku tak mahu dia gagal dalam hidupnya..Harap dia faham apa maksudku..Dalam masa yang sama fikiran terus melayang pada mak di kampung sana...Terharu sungguh aku bila dengar lagu nie..kerana pernah dulu bila mak marah kat aku ,pasti aku rasa mak tak suka aku..Tapi bila aku dah jadi ibu macam mak..baru aku faham marah seorang ibu kerana terlalu sayangkan anaknya..Tapi alhamdulillah kerana pengorbanan mak ,aku kini menjadi seorang pendidik walau hanya untuk pelajar istimewa ...tapi aku bahagia..Pada mak...rindu padamu tak pernah padam..terima kasih atas segala pengorbananmu..Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Mak..jua ayah...
Rabu, 14 Julai 2010
Wahai Pelajar ...Mengapa Kegelapan Pilihanmu
Terkadang aku betul-betul kecewa dengan sikap sesetengah pelajar kini..Pantang dicuit sikit sudah menunjukkan belangnya.Walaupun hanya menjeling pasti akan penumbuk hinggap kat muka ..Itu belum tentu lakonan terbaik di depan ibu bapa mengalahkan aktor Que Haidar atau Rosham Noor..Padahal di sekolah anak macam hantu,ponteng kelas ,lawan guru sudah menjadi tabiat mereka..Ibu bapa tanpa usul periksa datang menyerang tapi akhirnya muka merah bagai buah saga kerana termalu anak sendiri rupanya perangai mengalahkan hantu..Seminggu kepala aku dah dijergah migrain..baru pagi tadi macam dah ok sikit..tertiba hari ini kes disiplin datang bertimpa-timpa..Lantas kepala kembali berdenyut.Salah satu kes tadi betul-betul buat aku sedih..Bayangkan sekolah dah tingkatan 4,apabila aku tanya apa pekerjaan ayahnya dia jawab tak tahu...Patutlah sesuka hati je buat perangai kat sekolah ,pekerjaan ayah sendiripun tidak diperdulikan..Dimana timbulnya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Apa yang menyedihkanku majoriti pelajar yang melanggar peraturan sekolah ini datang dari keluarga yang di belenggu kemiskinan..Tapi malangnya kemiskinan itu tidak memberikan motivasi buat mereka..Lantas kenangan silam muncul kembali..terkenang di zaman kemiskinan ku dulu ,Allah memilih ku untuk menjadi salah seorang insan yang berjaya walaupun dibelenggu dengan dugaan yang bertimpa...Allah tinggikan semangatku untuk terus berusaha tanpa jemu..Ya Allah aku berdoa padaMu..Kau lapangkanlah hati anak-anak muridku agar mudah bagi mereka menuntut ilmu,jua kau tingkatkanlah kesedaran bagi mereka agar menjadi anak dan pelajar yang berjaya..Tabahkan hati mereka dalam menuntut ilmu serta kau jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang mempunyai akhlak yang terpuji....
Isnin, 12 Julai 2010
Terima Kasih Atas Kunjungan....
Abe Atok berkata... Terima kasih cikgu,
kerana sudi ajar saya
Sejak dari darjah satu
hingga jadi manusia..
mintak halal segala ilmu
cikgu bagi selama masa
walau jasa sebesar debu
hingga saja boleh berjaya..
"Petikan dari sebuah lagu dikir barat"
Nama pena saya pun Abe Atok,
Tapi tak tahu r ucapan trima ksih tu
ditujukan pada
abe atok yang mana satu..
prasan la plak saya...hehehe..
yang pasti saya selalu transit
keruangan cikgu..
kerana sudi ajar saya
Sejak dari darjah satu
hingga jadi manusia..
mintak halal segala ilmu
cikgu bagi selama masa
walau jasa sebesar debu
hingga saja boleh berjaya..
"Petikan dari sebuah lagu dikir barat"
Nama pena saya pun Abe Atok,
Tapi tak tahu r ucapan trima ksih tu
ditujukan pada
abe atok yang mana satu..
prasan la plak saya...hehehe..
yang pasti saya selalu transit
keruangan cikgu..
- sekampung.. berkata...
- Firstly...sye bangga bile ade insan sekg yg ada blog dan dpt lah kirenya sye kongsi ruangan yang sama utk mengingati atau mengimbau setiap kenangan sye semasa di besarkan di kampung Batu Rakit.Walaupun sye tak mengenali insan yg bernama ita namun kenangannya terlalu dekat dihati.terasa mcm pernah kenal atau jumpa.Sye rasa ita lbh junior dr sye..Takpelah...tak penting itu semua..yg penting sye nk berkongsi cerita ttg gmbr no 4.sye rase btg kayu reput tu pernah jd tempat sye bakar ikan yg dpt dr aktiviti ngail ptg2.ikn 'kerong'keras.Gambar no 5 lak,ia diambil dkt dgn pulau Bidong diwaktu mlm.mmg aktiviti candat sutung paling glamer kt bt rakit.Kerana sye sndri prnh merasainya.skrg pun mesti gian nk g cndat ble tibe musimnya.Skrg ni tak blk kg dh nk candat sutung.pulau kapas jd galang ganti.Foto no 6 lak pemandangan batu rakit dan pasir pantai yg memutih..mmg bt itu tak prnh tenggelam walau musim tengkujuh sekalipun mcm hati ita pd seseorang..pantai tu tmpt ita dan kwn sekampung ita bemain-main sambil mata menjeling pada seseorang...
- 2010 Februari 22 21:45
Aktiviti Kupas Bawang PKBP 2
Kerana kepala tak seberapa ok ,pukul 10.00 tadi aku keluar curi dari sekolah pergi beli bawang merah dan bawang besar..Aktiviti hari ini aku ajar dia orang kupas bawang..Banyak peristiwa lucu berlaku.Ada yang takut pegang pisau,tangan keras macam kayu ,mata berair-air kerana tak tahan tajamnya air bawang walau bawang tu telah direndam air terlebih dahulu.Nak ajar ABC susah sangat tapi secara tak langsung semacam terapi untuk aku apabila keseronakkan dia orang dengan aktiviti tu mengurangkan beban sakit migrain ku ini...Minggu depan aku nak aktiviti yang lebih canggih lagi..
Migrain Oh Migrain
Dua tiga hari nie..badan terganggu dengan sakit sendi, demam ,kepala yang berdenyut terasa macam disedut .Pepagi lagi kelas PKBP 4 dah mula menanti..Mengajar pada hari ini macam diawangan..Tapi kugagahi jua demi tanggungjawab..Setengah jam di dalam kelas kepala bertambah denyutnya..Lantas aku memohon maaf daripada pelajar kerana aku terpaksa beredar untuk mengisi perut kerana perut kosong mana mungkin dapat kutelan ubat migrain..Sejak kebelakangan ini migrain semakin galak menganggu diri.mungkinkah kerana tekanan kerja atau tekanan perasaan tanpa aku sedari..Apapun aku kena tetapkan dalam hati Sakit Itu Nikmat baru dapat kutempuhi ujian ini..
Ahad, 11 Julai 2010
Sabtu, 10 Julai 2010
Buah Tangan Abg Muhaditsin- Tq
Terima kasih pada Abg Muhaditsin yang buatkan video ni untuk cikgu...
Rasa
Dalam diri kita pasti ada rasa
Terkadang rasa itu dikongsi
Terkadang rasa itu disembunyi...
Terkadang rasa itu perlu dijauhi...
Rasa cinta pada insan
Rasa kecewa pada keadaan
Rasa bangga bila disayangi
Rasa sedih membaluti diri..
Rasa sunyi bila tiada yang menemani...
Rasa hiba bila rindu datang menyapa..
Rasa pahit untuk kuterima
Kenyataannya kini...
Pahit akan manis akhirnya...
Langgan:
Catatan (Atom)




