Terasa tersentak seketika apabila mendengar khabar berita pagi tadi,sesungguhnya segala yang terjadi itu adalah kehendak Dia Yang Maha Berkuasa..Al fatihah sahaja yang dapat mengiringi pemergiannya buat selama-lamanya..Pastinya di saat ini kesedihan menyelubungi diri mu teman..Semoga kau tabah dengan apa yang berlaku ini...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...AlFatihah...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 10 Jun 2010
Pergi Tak Kembali..
Terasa tersentak seketika apabila mendengar khabar berita pagi tadi,sesungguhnya segala yang terjadi itu adalah kehendak Dia Yang Maha Berkuasa..Al fatihah sahaja yang dapat mengiringi pemergiannya buat selama-lamanya..Pastinya di saat ini kesedihan menyelubungi diri mu teman..Semoga kau tabah dengan apa yang berlaku ini...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...AlFatihah...
Rabu, 9 Jun 2010
Hanya Sebuah Catatan
Entah bagaimana untukku mulakan catatan sepiku kali ini,tak tahu di mana permulaannya...terasa bagai ada satu perasaan yang bermukim di hati...adakah perasaan sedih,gembira atau hiba...mungkin jua kesemua perasaan itu datang bersilih ganti..
Balikku ke kg halaman kali ini seakan tiada serinya..sedih memerhati sikap sesetengah insan-insan yang aku sayangi seakan cuba untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,terkilan kerana ada yang terasa hati dengan sikap kedua ibu bapaku pada mereka..Mengapa ini yang sengaja kita ciptakan??? Sepatutnya kita boleh mengusir perasaan yang merosakkan hubungan kasih sayang itu pergi...dan pergi jauh...jauh..Terkadang hati ini tertanya-tanya mengapa kita tidak merenungi pengorbanan mereka berdua selama ini..Carilah kebaikan yang pernah mereka buat pada kita..Dan andai kata kita yang terguris hati...biarlah...jangan hati mereka berdua kita hiriskan...Mengapa di antara kita lebih mempercayai orang lain daripada darah daging kita sendiri..Sedangkan kita sedia maklum orang itu sengaja merosakkan fikiran,meracuni kita dengan cerita yang tidak betul...Masih belum terlambat untuk kita membetulkan kesilapan...Hati ini memang tak sanggup melihat airmata kalian titiskan ketika mereka memejamkan mata sekiranya ada perasaan kalian yang kecil hati dengan sikap mereka berdua..Tapi aku ingin melihat kalian bertepuk tangan kerana insan itu telah tiada...
Aku pernah menulis catatan demi catatan luahan rasa buat ayahku..dan masihku ingat catatanku itu pernah menyatakan ayah pastinya tiak akan membaca catatanku ini..Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Petang itu,ketika aku berehat bersama keluarga,,kelihatan kelibat ayah datang ke rumah dengan membawa beberapa ekor ikan..Ayah lantas meminta adik bongsuku membahagikan kepada beberapa bahagian untuk diberikan pada anak-anaknya..Ayah sempat jua bertanyakan nasi untuk dia makan,Malangnya ketika itu nasi telahpun masak tetapi lauknya belum lagi tersedia..Ayah sabar menunggu...Dalam ayah sabar menunggu itu,aku mendapat sedikit kekuatan untuk menunjukkan blog yang kutulis selama ini pada ayah...Ayat yang pertama aku tunjukkan dan kubaca dihadapannya ialah ucapan selamat hari bapa yang aku dedikasikan padanya..Ketika itu,airmata ini hampir menitis tapi cepat-cepat kutahan dan airmata ini hampi gugur apabila aku sampai ke ayat-ayat"Doa dan harapanku semoga Allah memberkatimu"..Aku meneruskan lagi untuk membaca "Diari Untuk Ayah"..Ayah dengan tekun mendengar apa yang aku baca.Kutoleh di belakang,kulihat kakakku Aya menitiskan airmata ..Dalam hati ini Tuhan saja yang tahu,airmata ku menitis jua apabila tiba ayat terakhir "Selamat Hari BaPa , ayah" kuucapkan padanya..Kerana selama ini itulah yang pertama kuucapkan padanya..Selepas itu aku tak mampu meneruskannya,lalu kubangun menyapu airmata yang gugur ini sebelun ayah melihatnya..
Tengahari sebelum itu,perasaan ku telahpun dikongsi dengan kakakku yang kedua..Kutunjukkan padanya blog yang aku tulis selama ni..Aku biarkan dia membacanya satu persatu..airmatanya gugur satu persatu..Aku katakan padanya aku tulis ini semata-mata melepaskan perasaanku selama ini..Hati ku cukup tenang apabila aku dapat menulisnya..Aku katakan jua padanya blog ini sampai bila-bila pun tetap ada walau aku telah memejamkan mata.Mungkin akan menjadi renungan atau pengajaran pada anak-anak dan cucu-cucuku nanti...
Angan-anganku bila pulang ke kampung nanti,aku ingin memeluk anak sedara ku yang baru..Sememangnya itu yang kulakukan apabila terpandang dirinya,,kupeluk dan kucium dirinya sepuas hati..
Pagi Ahad yang damai...aku dan beberapa orang adik beradik dan anak buah telah pergi ke pantai..Hajat hati mencari etak yang banyak sekarang ni..Suasana kat tepi pantai memang meriah dengan orang ramai yang mencari etak dan mandi manda..Apa yang ingin kukongsikan perasaan ku ketika itu ialah,inilah kali pertama aku mandi ombak dengan mak bersama dengan adik beradikku yang lain..Terharu dan mula aku fikir yang bukan-bukan...Ya Allah apakah pertanda yang kau berikan padaku ini...
Aku juga telah kutunaikan hajatku apabila pulang ke kampung nanti iaitu menjejakkan kakiku di pondok buruk itu..Sebelum pergi ke pagar besi iaitu rumah baru ku sekarang,malam itu,aku singgah dahulu di Batu Rakit..Sayu kulihat rumahku itu ,pelbagai kenangan datang silih berganti dan mataku jua tak lepas memandang di belakang....Arr kenangan lama mengusik kembali...
Semoga Kau Tabah...Teman
Sabtu, 5 Jun 2010
Wajah Mu Di Mata Ku
Ketabahanmu waktu bersamaku...
Membuktikan pengorbanan dirimu
begitulah yang kuharapkan selama-lamanya...
Kasih..kuharap engkau memahaminya.....
Membuktikan pengorbanan dirimu
begitulah yang kuharapkan selama-lamanya...
Kasih..kuharap engkau memahaminya.....
Balik Kampung
Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua..Semoga perjalanan hari ini untuk bertemu dengan insan-insan aku sayangi berjalan lancar..6 bulan meninggalkan kg halaman pastinya akan ada perubahan yang berlaku..jua pastinya aku tak akan jumpa insan-insan yang dah pergi meninggalkan dunia..Pantaipun pastinya berubah..yg tidak berubah adalah kenangan di suatu ketika dulu....

Rabu, 2 Jun 2010
Diari Untuk Ayah...
Ayah...
Sempena bulan memperingati seorang insan yang digelar bapa atau ayah...Diri ini menyusun jari memohon ampun dan maaf ,kerana walau apa yang terjadi dahulu sama ada baik atau buruknya ..diri ini tidak pernah malu mempunyai seorang insan seperti ayah..tapi terkadang perasaan kecewa lebih menguasai akal fikiran sebab itulah terkadang tingkahlaku diri ini melukakan ayah..Dulu seringkali yang nampak di mainan mata hanyalah keburukan-keburukan yang ada pada ayah..Begitu derhakanya anakmu ini ayah..Hakikatnya disebalik yang buruk itu,sebenarnya ada memori-memori indahku ketika bersama ayah..Pastinya diri ini tidak akan lupa tiap kali cuti sekolah..ayah yang selalu bawa aku melawat sanak saudara ..hinggakan aku yang lebih mesra dengan saudara mara ayah berbanding adik beradik yang lain..Pasti jua kuingat panggilan manja ayah padaku dulu"adik" kerana jarak dengan adik lelaki ku hampir 6 tahun,menjadikan aku anak yang terlalu manja dengan ayah...Kau tak pernah mengasariku seperti mana kau mengasari anakmu yang lain...Ayah, disaat catatan ini kutulis airmata ini sentiasa membasahi pipi..terasa bigitu jahatnya anakmu ini,kerana selama ini segala kebaikanmu padaku telah kukuburkan...rupanya terlalu banyak juga kenangan manis kita bersama..Pasti jua kuingat..rambutku ini ..siapa lagi kalau bukan dirimu yang menguntingnya..walaupun guntinganmu itu menjadikan aku seperti seorang lelaki,tetapi aku selalu meminta dirimu untuk mengunting apabila kuterasa rambut itu semakin panjang..Pasti jua kuingat..kau langsung tidak marah apabila bergurau dengan ku,walaupun kadang kala gurauanku melampaui batasnya,pijak kepalapun ayah langsung tidak marah.Arrg..banyak lagi kenangan-kenangan manis ayah bersamaku tika dulu...hingga kini..Ayah..hanya pintaku..maafkan segala kesalahanku padamu..Doaku..dirimu sentiasa dirahmati oleh Allah...SELAMAT HARI BAPA untuk ayah...
harapan
Kita semua mempunyai impian....kita bisa meletakkan harapan..tapi tidak semua harapan dan impian kita terlaksana..Adakalanya berkubur dipersimpangan sebelum sempat kepenghujungnya..ibarat disangka panas hingga ke petang tapi sayang hujan gugur ditengahari ..hilanglah sinar cahaya mentari ,yang muncul beraraknya awan kelabu..kelam suasana yang sebelum ini begitu ceria..itulah lumrah kehidupan suka duka silih berganti..tapi pasti semua di antara kita mengharapkan duka itu tidak bertandang dalam hidup kita...Tapi kita insan biasa tak mampu melawan ketentuan yang telah ditetapkan..
Bayangan wajah duka
Dengar lagu ni je.pasti terbayang balik saat-saat duka kat kg dulu masa zaman remajaku...suka sangat duk depan pintu ,lepas tu nyanyi lagu ni..Nasier wahab penyanyi yang aku minat sebab lagu-lagu dia yang menyentuh perasaan..Banyak lirik lagu dia yang kena mengena dengan hidup aku..
Lestari"Rindu Di Puncak Mahligai"
Layan lagu nie..best tengok kata-kata yang tercoret dalam klip video yang dibuat...terusik minda dan jiwa..Ahaks..
Selasa, 1 Jun 2010
Me..& Jah & Kak Kam
Buat Jah dan Kak Kam..inilah hasil posing-posing yang kita ciptakan lewat hari semalam...semoga berpuas hati deh..Untuk JaH..kAK iTA dah tunaikan janji..
Gambar nie diambil ketika APC dan Majlis Persaraan Cikgu Mazlan & Cikgu Fatimah..
Ketika Majlis makan tengahari di Kelab Golf,Sarawak...
Lepas makan...kita ambil gambar..yang syoknya bunga pun sama dengan warna baju..
Kacak Kak Kam bergaya...kalah sidak model ya..cayak dengan kitak Kak Kam..kalah mek dengan Jah..
(Sahabat sejati akan sentiasa di sisi..TQ buat kalian berdua)
Sejenak di Bako (Sarawak)
Dalam meniti saki baki hari-hari mak dan joe di Bumi Kenyalang ni,sempat jua sempena cuti Gawai ,aku bawa mereka melihat keindahan sungai Bako ,tempat pelancong-pelancong ke Taman Negara..Semestinya tidak kunafikan indah permandangan di sini..
Hati cukup terpesona seketika melihat indahnya ciptaan Tuhan ni..
Sungai di sini memang terdapat buaya..pernah beberapa tahun lepas ,seorang pelajar tahun 2 telah menjadi mangsa haiwan tersebut...Hajat hati nak naik bot tapi mereka semua tak berani..Takutlah...apalagi..
Beberapa aksi yang sempat terakam,sebelum meninggalkan Sg Bako....
Kenangan Terindah Mak Dan Joe (Bumi Kenyalang 3)
Lawatan seterusnya membawa Mak dan Joe ke Pusat Membeli Belah (SPRING)
Tersenyum Mak apabila dipeluk oleh menantu...senyum tak terkata..
Kat Taman Buaya..tapi sayang..tak dapat menghayati betul-betul sebab hujan turun dengan lebatnya..
Sempat mandi di Chalet Talang-Talang,Sematan..selepas pergi membeli belah di Serikin..
Bergambar kenang-kenangan di Gua Angin,Bau,Sarawak
Kenangan Terindah Mak Dan Joe (Bumi Kenyalang 2)
Mak dan Joe sempat jugak melawat ke Telaga Air..
Gambar ni dirakamkan ketika dah hampir maghrib..di gigian Sungai Telaga Air.

Kenangan Terindah Mak dan Joe di Bumi Kenyalang
Tidak terasa masa berlalu begitu pantas sekali..sedar tak sedar lusa (3/6) mak dan joe akan balik ke kg..Terasa macam baru semalam kehadiran mereka berdua..Namun terubat sedikit rasa hati apabila 5/6 nanti aku sekeluarga pula menyusul meninggalkan Bumi Kenyalang nie..
Alhamdulillah..sempat juga sepanjang Mak dan di Sarawak nie dapat juga kuluangkan masa membawa mereka berjalan-jalan..
Masa ni bawa Mak dan Joe melawat DBKU ..meninjau keindahan Kuching dari atas puncak..Memang cantik tempat nie..
Dulu mak amat payah diambil gambarnya..Siap membebel lagi...Tapi kini mak cukup spoting bila gambarnya kuambil..
Berehat seketika di DBKU(atas bukit)
Ketika melawat Wisma Bapa Malaysia.
Sewa perahu tambang menyusuri sungai Sarawak..
Inilah pakcik yang membawa kami melihat persisiran Sg Sarawak..Tak mahalpun bayarannya RM 60.00 je.
Asalnya mak amat takut nak naik perahu..tapi bila dah naik bukan senyum lagi sampai ke telinga..
Sempat bergambar di Pantai Pasir Pandak,Santubong...Pantai di sini tidak sama dengan pantai di Terengganu yang pasir nya bersih ..
Tidak lepaskan peluang menulis sesuatu di pasir pantai...
Renungan seorang yang kupanggil "mak" mungkin mengenangkan anak-anak yang di tinggalkan di Terengganu...
Ahad, 30 Mei 2010
Jangan Tunggu Esok
-Senyumlah untuk hari ini kerana belum pasti hari esok kita mampu tersenyum.kerana mungkin esok buat hati kita terluka..-
-Luahkanlah apa yang dirasa untuk hari ini...mungkin esok dirimu tak sempat untuk meluahkannya apabila dia telah tiada..-
-Andai ada terguris hati..jangan biarkan ia bermukim di hati...kongsilah dengan sesiapa yang memahami dan mengerti perasaanmu..
-Bahagiakan hidup insan yang kita sayangi...jangan sampai dia meluahkan perasaan terkilan dengan sikap kita yang tidak mengambil berat kehidupannya
-Anak Pantai-
Langgan:
Catatan (Atom)










