Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 9 Jun 2010

Hanya Sebuah Catatan

 
Entah bagaimana untukku mulakan catatan sepiku kali ini,tak tahu di mana permulaannya...terasa bagai ada satu perasaan yang bermukim di hati...adakah perasaan sedih,gembira atau hiba...mungkin jua kesemua perasaan itu datang bersilih ganti..
Balikku ke kg halaman kali ini seakan tiada serinya..sedih memerhati sikap sesetengah insan-insan yang aku sayangi seakan cuba untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,terkilan kerana ada yang terasa hati dengan sikap kedua ibu bapaku pada mereka..Mengapa ini yang sengaja kita ciptakan??? Sepatutnya kita boleh mengusir perasaan yang merosakkan hubungan kasih sayang itu pergi...dan pergi jauh...jauh..Terkadang hati ini tertanya-tanya mengapa kita tidak merenungi pengorbanan mereka berdua selama ini..Carilah kebaikan yang pernah mereka buat pada kita..Dan andai kata kita yang terguris hati...biarlah...jangan hati  mereka berdua kita hiriskan...Mengapa di antara kita lebih mempercayai orang lain daripada darah daging kita sendiri..Sedangkan kita sedia maklum orang itu sengaja merosakkan fikiran,meracuni kita dengan cerita yang tidak betul...Masih belum terlambat untuk kita membetulkan kesilapan...Hati ini memang tak sanggup melihat airmata kalian titiskan ketika mereka memejamkan mata sekiranya ada perasaan kalian yang kecil hati dengan sikap mereka berdua..Tapi aku ingin melihat kalian bertepuk tangan kerana insan itu telah tiada...
Aku pernah menulis catatan demi catatan luahan rasa buat ayahku..dan masihku ingat catatanku itu pernah menyatakan ayah pastinya tiak akan membaca catatanku ini..Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Petang itu,ketika aku berehat bersama keluarga,,kelihatan kelibat ayah datang ke rumah dengan membawa beberapa ekor ikan..Ayah lantas meminta adik bongsuku membahagikan kepada beberapa bahagian untuk diberikan pada anak-anaknya..Ayah sempat jua bertanyakan nasi untuk dia makan,Malangnya ketika itu nasi telahpun masak tetapi lauknya belum lagi tersedia..Ayah sabar menunggu...Dalam ayah sabar menunggu itu,aku mendapat sedikit kekuatan untuk menunjukkan blog yang kutulis selama ini pada ayah...Ayat yang pertama aku tunjukkan dan kubaca dihadapannya ialah ucapan selamat hari bapa yang aku dedikasikan padanya..Ketika itu,airmata ini hampir menitis tapi cepat-cepat kutahan dan airmata ini hampi gugur apabila aku sampai ke ayat-ayat"Doa dan harapanku semoga Allah memberkatimu"..Aku meneruskan lagi  untuk membaca "Diari Untuk Ayah"..Ayah dengan tekun mendengar apa yang aku baca.Kutoleh di belakang,kulihat kakakku Aya menitiskan airmata ..Dalam hati ini Tuhan saja yang tahu,airmata ku menitis jua apabila tiba ayat terakhir "Selamat Hari BaPa , ayah" kuucapkan padanya..Kerana selama ini itulah yang pertama kuucapkan padanya..Selepas itu aku tak mampu meneruskannya,lalu kubangun menyapu airmata yang gugur ini sebelun ayah melihatnya..
Tengahari sebelum itu,perasaan ku telahpun dikongsi dengan kakakku yang kedua..Kutunjukkan padanya blog yang aku tulis selama ni..Aku biarkan dia membacanya satu persatu..airmatanya gugur satu persatu..Aku katakan padanya aku tulis ini semata-mata melepaskan perasaanku selama ini..Hati ku cukup tenang apabila aku dapat menulisnya..Aku katakan jua padanya blog ini sampai bila-bila pun tetap ada walau aku telah memejamkan mata.Mungkin akan menjadi renungan atau pengajaran pada anak-anak dan cucu-cucuku nanti...
Angan-anganku bila pulang ke kampung nanti,aku ingin memeluk anak sedara ku yang baru..Sememangnya itu yang kulakukan apabila terpandang dirinya,,kupeluk dan kucium dirinya sepuas hati..
Pagi Ahad yang damai...aku dan beberapa orang adik beradik dan anak buah telah pergi ke pantai..Hajat hati mencari etak yang banyak sekarang ni..Suasana kat tepi pantai memang meriah dengan orang ramai yang mencari etak dan mandi manda..Apa yang ingin kukongsikan perasaan ku ketika itu ialah,inilah kali pertama aku mandi ombak dengan mak bersama dengan adik beradikku yang lain..Terharu dan mula aku fikir yang bukan-bukan...Ya Allah apakah pertanda yang kau berikan padaku ini...
Aku juga telah kutunaikan hajatku apabila pulang ke kampung nanti iaitu menjejakkan kakiku di pondok buruk itu..Sebelum pergi ke pagar besi iaitu rumah baru ku sekarang,malam itu,aku singgah dahulu di Batu Rakit..Sayu kulihat rumahku itu ,pelbagai kenangan datang silih berganti dan mataku jua tak lepas memandang di belakang....Arr kenangan lama mengusik kembali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!