Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 24 Mei 2010
Nasyid - Doa Perpisahan
Semoga Allah tabahkan hati di atas perpisahan ini..Teruskan perjuanganmu teman walau di mana sahaja berada..Kenangku di dalam doamu...Semoga tuhan berkatimu....
Perpisahan Tanpa Kerelaan
Hakikat yang harus ditempuhi...dalam perjalanan hidup kita pertemuan dan perpisahan akan silih berganti..
Terima Kasih Kepada pengunjung blog
Segalanya adalah cerita berkaitan apa yang berlaku pada saya....Apa yang baik jadikan panduan dan yang tidak elok usah diikutkan...Tq..
Ahad, 23 Mei 2010
Hangatnya Cinta
Dengar lagu ini teringat zaman alam remaja dulu...lagu ini sentiasa meniti dibibirku tiapkali aku buat kerja ...tapi pastilah kerana lirik lagu dia yg penuh bererti...zaman remaja yg kelakar bila dikenang,,,seorang gadis yg sentiasa memakai baju t dengan kain batik...tapi masa tu adalah yg paling cantik doh rasa...rindunya nak kembali zaman remaja dulu...
Khamis, 20 Mei 2010
Isnin, 17 Mei 2010
Sambutan Hari Guru SMK Demak Baru
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya..Penat tapi aku puas segala perancangan berjalan dengan lancar..Ni tahun ke -3 aku terlibat sepenuhnya merancang bersama dengan Cikgu Najmiah..Terlalu banyak halangan dan dugaan demi memastikan kegembiraan untuk rakan-rakan guru..
Antara kek sempena hari guru
Seronok sangat aku dengan Cikgu Dayang,dapat pujian daripada pengetua kerana membuat pentas yang cantik..
Masa ni duk dengar Cikgu Jamal baca perutusan daripada pengarah pelajaran..sempat lagi berposing dengan norazi,kristie ,Izzudin dan Maxwell,anak-anak murid cikgu yang tersayang....
Nie antara cup kek yang aku suruh Cikgu dayang buat..Sedap................sangat..kek ni tau...Tq Kak atas kerjasama..Antara kek sempena hari guru
Berposing jap dengan salah seorang pelajar yang akan mempersembahkan tarian ibannya..P
Persembahan nyayian daripada semua guru SMK Demak Baru dan jugak bacaan ikrar..Yang pasti riuh rendah kerana sorakan dan sokongan daripada murid-murid..Sayang..you all..Seronok sangat aku dengan Cikgu Dayang,dapat pujian daripada pengetua kerana membuat pentas yang cantik..
Kad-kad ucapan hari guru yang aku terima..
Bersama Sinthia dan Ariana...anak murid yang amat baik...
Tq Azani...kerana pemberian telekung dan sejadah untuk cikgu..
Antara hadiah yang diberikan oleh anak-anak murid..
Terima kasih pada semua anak-anak murid cikgu yang sentiasa mendoakan cikgu..
Ahad, 16 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU
Sesungguhnya banyak suka duka dalam hari-hari seorang guru...Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru,walau di mana sahaja berada..
Jumaat, 14 Mei 2010
Selamat Datang Mak dan Joe..ke Bumi Kenyalang
Hari ini...memang aku tak sabar nak tunggu mak dan joe datang..Tidur malam tadi dah tak lena.Pukul 1..00 pagi dah jaga,mata dah segar..Rasa pepagi lagi aku nak tunggu mak kat lapangan terbang..tapi kerja tetap kerja..Dah janji dengan murid PKBP 2 nak semai biji sayur hari nie...Semoga hari ini biarlah cepat masa berlalu...
Apakah Rindu Masih Di Hatimu
Peristiwa semalam diingatan tidak mudah kulupakan,...sebak rasa ...biar kuterima apa yang dirasa...suka dan duka...terlalu pedihnya jiwa yang tersiksa ...Pada janji yang telah kuberi...semoga kau mengerti....
Sesekali
Sesekali bila aku fikirkan...
- Aku sentiasa mengingati seseorang....tapi mungkinkah orang yang aku ingati itu akan jua mengingati aku.
- Kita mahu orang sentiasa menjaga hati kita,tapi pernah ke aku menjaga hati mereka..
- Bila kebaikanku seringkali disalah ertikan...mengapa mereka tidak memadang dari sudut mata hati...
- Aku frust dengan sikap sesetengah orang yang bekerja tapi tidak menjiwai kerja yang diamanahkan..ambil kesempatan daripada kelemahan orang lain...
- Dapatkah aku berjumpa lagi dengan orang-orang yang aku sayangi...bila jarak kini memisahkan aku dengan mereka..
Isnin, 10 Mei 2010
Sabtu, 8 Mei 2010
Mak...Selamat Hari IBu...
Buat ibu tercinta yang berada di Batu Rakit ,Terengganu.......Selamat Hari ibu..Sesungguhnya jasa ibu tak mungkin bisa ku balas walau apa jua yang telah kulakukan..Mak..terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan diri ini...Pengorbananmu membesarkan diriku demi juga melihat diri ini berjaya sentiasa segar di hati..Tak mungkin kulupa...Walau dalam keadaan derita kau tetap sabar menempuhinya demi melihat anak-anakmu tidak derita seperti mu...Dari kejauhan ini,anakmu ini mendoakan dirimu sentiasa di bawah kerahmatanNya..
Buat ibu mertua,Ma....selamat hari ibu buat ma..semoga ma sentiasa di panjangkan umur,sihat dan sentiasa di rahmati Allah..Ma..terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu ma .Terima Kasih Ma...kerana memberikan seorang anak sebagai suami buat saya ,kerana anak ma telah berjaya menjadi ketua dan suami yang amat penyayang..TQ..SELAMAT HARI IBU...BUAT MAK DAN MA..
Buat ibu mertua,Ma....selamat hari ibu buat ma..semoga ma sentiasa di panjangkan umur,sihat dan sentiasa di rahmati Allah..Ma..terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu ma .Terima Kasih Ma...kerana memberikan seorang anak sebagai suami buat saya ,kerana anak ma telah berjaya menjadi ketua dan suami yang amat penyayang..TQ..SELAMAT HARI IBU...BUAT MAK DAN MA..
Jumaat, 7 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)