Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 3 April 2010
Jumaat, 2 April 2010
Rabu, 31 Mac 2010
Aktiviti Kraftangan(Membuat Penanda Buku)
PPM Nilip sedang teliti mengunting .Azila lak sibuk mewarna.
Selasa, 30 Mac 2010
Malam Itu Milik Kita....
Buat teman yang ada pada malam ini...yang baca bloq nie...tq.Semoga tidur kalian selepas ini diulit mimpi yang indah..Begitu juga pada teman yang masih berjaga sesungguhnya malam itu amat indah bila dihayati....
Andai ada bulan,pastinya kita akan memandang bulan yang sama
Selamat Menempuh Exam Buat Ieda (Adik Bongsuku)
Selamat Menghadapi peperiksaan untuk IDA ...Buat yang terbaik okey...Semoga tenang menjawab soalan .Jangan stress sangat..tempuhinya dengan tabah , usaha serta tawakal .
Hari Selasa Yang Indah..
Pepagi lagi aktiviti hari ini terbuka facebook. kebetulan lina kawan lama masa kompleks dulu ada sama..apa lagi chatting lah aktiviti kami...Lina ...Tak sangka Facebook mendekatkan kita kan..Apa yang kita kongsi pastilah hanya kita je yang tau...Sesungguhnya memori silam datang silih berganti kini...Terkenang saat kita di SMK Kompleks dulu..Tapi kan Na....kenangan antara kita sejak di sekolah rendah lagikan..Yang pasti kini antara kita menyulam satu kehidupan keluarga yang amat indah.Syukur kita kepada Allah kerana memberikan insan tersayang yang tahu menghormati hati kita dan amat menyayangi kita walau seringkali diri teruji dengan rencah hidup ini...Buat zu...aku terlalu sayang padamu zu...walaupun dimana aku berada tak akan aku lupa insan yang banyak di sisiku tika ku susah dan senang dulu.....
Sajak Buat Teman
Teman
Bicara ini buatmu...
Yang seringkali ada
Biarpun masa sentiasa beralih..
Keadaan sentiasa berubah..
Tapi dirimu tak pernah berubah....
Teman...
Sesekali masa silam kusingkap
Terasa semalam segarnya berlaku
Memori kau dan aku tercipta
Dalam gurau senda kita
Ada jua lagu duka
Ada jua lagu duka
Kita alunkan bersama
Mengikut tari kehidupan....
Teman...
Memang rencah hidup kita
Pertemuan,perpisahan....
Silih berganti...
Tapi dirimu tetap abadi
Di sudut hati...
Kerana dirimu insan yang sentiasa ku sayangi........
Isnin, 29 Mac 2010
Persahabatan bertaut kembali.
Tak sangka buat facebook tak sampai seminggu dah jupe balik teman-teman masa Sek Men Kompleks dulu..Memang tak terduga langsungpun dapat bercerita balik dengan Zue,Lina ,Emi, Mus dan Zulsyam..
Sesungguhnya zaman persekolahan kita banyak memori indah waktu persekolahan..Kini bila dah masing-masing jadi isteri dan suami...dan juga punya anak-anak baru bertemu balik.tu pun di alam maya je...Apapun Tq pada kalian semua kerana masih ingat diri ini...
Khamis, 25 Mac 2010
Aktiviti Hari ini.
Aktiviti sepanjang hari Khamis(PKBP SMK Demak Baru)
- Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
- Sambutan Hari Jadi pelajar PKBP 8 (Ridzuan Azani).
- Latihan Bowling di BDC,Tabuan Jaya.
- Persedian Pameran Antarabangsa.
Rabu, 24 Mac 2010
Rindu kat kalian
Rasanya setiap hari nak bagi tau diri ini sentiasa rindu pada insan-insan yang paling aku sayangi.....Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah..
Tengok gambar kat atas nie...sebenarnya ada kenangan jugak...Dulu masa kat kg aku sentiasa menyusuri gigi air dan pasti tangan tak akan lupa menitipkan beberapa ayat kat pasir tu.Bila ombak tu datang, catatan itu akan hilang,Bila hilang aku tulis lagi...Segala perasaan yang terpendam semuanya aku curah kat pasir tu...Kini dah ada bloq sendiri...pasir tidak kutinggalkan tetapi kerana bloq ada,curah kat bloq jelah..tetapi sesekali ke pantai pasti tangan tetap akan menari-nari menuliskan bait kata..Anak pantailah katakan.
Kau Tetap Abadi
Waktu yang berlalu........
Meninggalkan banyak memori
Cerita kita
Menjadi kenangan kini
Telah pun kusimpan
Dalam ingatan ini.
Segar di sudut hati
Kerana apa yang terjadi
Seperti mimpi-mimpi
Datang dan pergi
Suka duka kita silih berganti
Kita harungi dengan berani
Keranamu teman...
Tak terupaya untuk kutinggalkan
Walau memori baru sentiasa bertandang...
Kerana Memori bersamamu....
Abadi di hati...
Aktiviti Hari Ini
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)
Orang lain sibuk duk latih murid-murid main bocce yang cikgu empat orang kat atas sibuk duk posing......
Setiap hari Rabu waktu pagi inilah aktiviti yang akan selalu dijalankan buat kelas PKBP 2.Macam-macam ragam dia orang nie nak siapkan satu penanda buku.Sabar jelah.

Inilah hasilnya....