Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 9 Mac 2010
Papan Kenyataan Lembaga Disiplin
Kesibukan di sekolah memang tak dapat diciter...Nasib baik ada bloq nie..dapat jugak luah perasaan..Gambar diatas adalah papan kenyataan yang aku buat untuk lembaga disiplin sekolah..Maklum tugas setiausaha disiplin lah katakan terpaksalah buat kerja nie...Lepas nie pulak terpaksa fikir papan kenyataan PKBP dan Lembaga Pengawas lak..(ada sesapa nak komen...hehe)
Mural Kelas PKBP 2
Mural di atas adalah di dalam kelas PKBP 2 .Guru kelas dia Cikgu Khatijah.Puas rasa hati tengok mural nie walau tak cantik tapi inilah satu-satunya mural yang aku lukiskan dan warnakan bersama rakan-rakan dan anak murid yang lain selama perkhidmatan 13 tahun di bidang perguruan.Jika di imbas masa sekolah dulu ...aku hanya pandai lukis rumah yang buruk je...Betul lah kata orang bila dah terjun ke bidang pendidikan nie terutamanya Pendidikan Khas secara tak langsung kekreatifan tu terus datang...Berbakat ke aku nie...Hehe..
Bilik Mesyuarat PKBP SMK Demak Baru
Buat Cikgu Diana di SMK Sri Nering ,Terengganu...inilah bilik mesyuarat Pendidikan Khas yang kak ita buat...Ada idea tak nak tolong cantikkan mana yang patut..(rindu sangat masa kita sama-sama kat Demak dulu...penuh giler-2.Paling tak lupa masa kita pergi beraya sama2 ketika suami kita jauh kan..)
Gambar Terbaru Aimy buat Nenek.
Buat nenek...cheksu..acik...Pok jo ,Tokki ..Aimy rindu kat kalian semua...Semoga kita dipertemukan di bulan Jun nanti....
Isnin, 8 Mac 2010
Hari-Hari yang Penuh Kesakitan
Beberapa hari ini ,sakit kepala menjadi-jadi...Migrain yang teruk jugak lah sebab makan pil tahan sakit pun tetap jua terasa sakitnya..Baru 2minggu lepas dah terkena migrain..Nie datang balik..Lucunya dalam kesakitan mampu lagi tersenyum..dibelakang hanya Allah je yang tau sakit macam nak pecah kepala...Bermula Isnin petang ,bawa kereta dah tak mampu tapi terpaksa tahan jugak nak angkut anak-anak bawak balik..Kat rumah terus terbaring tak boleh bukak mata..keadaan ini berlarutan hinggalah hari Jumaat dah tak boleh tahan dan sembunyi lagi..
Kerana tak tahan balik terus tanpa bagitau kat sesapa...Dalam perjalanan aku menangis sepuasnya sebab tak tahan sakit..Hinggalah hari nie akhirnya aku tewas jua..Terpaksa col pengetua mohon cuti dan pergi klinik....(dalam minda aku nie sebenarnya asyik duk fikir adakah ajalku dah hampir.....)
Sabtu, 6 Mac 2010
Antara Kg Halaman dan Bumi Kenyalang..(Keduanya Kusayang)
Telah jauh ku tinggalkan
desa halaman yang penuh kenangan...
Demi mencari sinar kehidupan...
Di bumi Kenyalang ini.....
Seringkali rindu datang menyapa...
Pada insan-insan yang tersayang...
Tiap kali rindu datang
Tiap kali itulah hati mengundang pilu..
Kerana waktu bertemu
mungkinkah akan ada lagi...
Atau mungkin pertemuan semalam
Akhiran segalanya...
Pastinya takdir penentu segalanya...
Bagiku.hanya doa yang mampu..
Agar masih ada ruang waktu
Untuk aku
Mengucup tangan ibu
Melihat wajah ayahku
Bersama melayari kasih darah sedagingku..
Jua menatap insan-insan yang pernah mengukir memori buatku.....
Di sini...
Jua ada memori yang tersendiri...
Pastinya jua menyentuh rasa hati.
Antara suka dan duka
Antara ria dan airmata...
Ada cerita aku dan dirinya...
Kenyalang...bila tiba saat ini pergi..
Aku pasti menangis...
Melangkah pergi meninggalkan
Yang tinggal
Memoriku di Bumi Kenyalang...
Abadi dalam ingatan
Dan tak akan hilang
Walau tanpa dipandangan...
Olahraga Pendidikan Peringkat Kebangsaan Shah Alam
Semua kini tinggal kenangan..Terkenang pada Fuad anak murid yang sentiasa menghormati cikgu dan sentiasa membantu bila diperlukan.Selamat berjaya di Pusat Pemulihan Samarahan..
Jumaat, 5 Mac 2010
Detik Manis Bersama.....
Khamis, 4 Mac 2010
Kraftangan (Poket Serba Guna)
Langgan:
Catatan (Atom)














































