Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 6 Mac 2010

Antara Kg Halaman dan Bumi Kenyalang..(Keduanya Kusayang)


Telah jauh ku tinggalkan
desa halaman yang penuh kenangan...
Demi mencari sinar kehidupan...
Di bumi Kenyalang ini.....
Seringkali rindu datang menyapa...
Pada insan-insan yang tersayang...
Tiap kali rindu datang
Tiap kali itulah hati mengundang pilu..
Kerana waktu bertemu
mungkinkah akan ada lagi...
Atau mungkin pertemuan semalam
Akhiran segalanya...
Pastinya takdir penentu segalanya...
Bagiku.hanya doa yang mampu..
Agar masih ada ruang waktu
Untuk aku
Mengucup tangan ibu
Melihat wajah ayahku
Bersama melayari kasih darah sedagingku..
Jua menatap insan-insan yang pernah mengukir memori buatku.....
Di sini...
Jua ada memori yang tersendiri...
Pastinya jua menyentuh rasa hati.
Antara suka dan duka
Antara ria dan airmata...
Ada cerita aku dan dirinya...
Kenyalang...bila tiba saat ini pergi..
Aku pasti menangis...
Melangkah pergi meninggalkan
Yang tinggal
Memoriku di Bumi Kenyalang...
Abadi dalam ingatan
Dan tak akan hilang
Walau tanpa dipandangan...

2 ulasan:

  1. Salam...
    Pepatah ada mengatakan takkan tempua bersarang rendah....Tiada angin masakan pokok bergoyang...dan hujan emas dinegeri orang..hujan batu di negeri sendiri..mesti ada sebabnya terciptanya pepatah2 itu kan.andai nak dibandingkan batu dgn emas terlalu juah perbezaannya,org buta pun tak akan pilih batu..Tapi tuk nenek kita tetap memilih batu walau mereka tahu batu tak ada harga pun jika dibanding emas.Betapa simboliknya pepatah itu dan amat payah untuk dirungkai makna yang tersirat tapi pada mereka yg mengalaminya atau menghadapinya pasti ada jawapanya.pada mereka yg tak menghadapi pasti tak dpt mengrungkai makna disebalik kata2 itu.Didalam nya terdpt seribu persoalan dan seribu pengorbanan yg terpaksa diberikan.Tapi sebagai perantau kg halaman tetap pilihan pertama.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat tumpah darah,tempat bermain,tempat cinta pertama berputik,tempat segalanya yang pertama.Walaupun emas itu mahal ia akan jadikan kita insan yg gundah memikirkan kekayaan yg dimiliki takut di ambil secara paksa oleh sesiapa pun yg berkenan.Tapi batu yg tak berharga tak perlu ditakuti walau terbiar di tepi laman.di sirami hujan dan disinari terik mentari setiap hari.

    BalasPadam
  2. Salam untuk pengulas setia.
    Tq atas ulasan awak..sememangnya kalau difikirkan kampung halaman lah yang menjadi pilihan kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu ayah,sedara mara dan adik beradik kan.Walau dicampak kemana sekalipun pasti akan kembali juga untuk bertemu dengan mereka ni..Saya pun begitu ,Selagi ada insan-insan yang saya sayang di sana pasti saya akan kembali..Tapi perlu diingat ada orang akan ingat kg halamannya kerana kenangan manis yang tercipta dari kecil hingga ke dewasa..Tetapi ada yg tak ingin kenang kg halaman kerana sejarah pahit.Macam saya kut...kalau diingatkan Batu rakit tu banyak sejarah pahit saya di sana.walau saya tak nafikan kerana pahit tu menjadikan saya manusia yang berguna...Hinaan masyarakat dah biasa telinga saya dengar jauh sekali nak dapatkan sedikit penghormatan..tetapi itu memori silam ...Kalau saya tak tinggalkan kg halaman yang berbatu tu pastinya penghormatan tak dapat saya miliki...Emas tetap ada harga walau dicampak kemanapun...Kerana dia batu sebab tu dia tidak diperlukan walau dicampak kemanapun tak akan ada orang mengutipnya..Kecuali orang yang dah memiliki emas akan terfikir pada batu untuk melengkapkan taman kehidupan...Yang pasti saya dan anda pastinya tak akan lupa rumput di bumi walau berada di tinggi manapun.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!