Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 22 Januari 2015

Bila Azib di bawa ke sekolah

Riuh .lucu dan sesekali buat diri ini stress.ap tidaknya barang -barang kedai lepas satu .satu diambilnya..bila tiba mood nak balik mulalah mengamuk dan menangis..tapi syoknya Azib semua anak-anak murid dah jadi geng nya.

Rabu, 21 Januari 2015

Lagi gambar hari ini ..kelas PPKI 5

Seronok dengan mereka...bila boring aktiviti rakam gambar sebahagian cara saya mrngajar mereka...dalam kelas waktu saya mengajar mereka seperti anak saya..pendekatan saya marah saya buang ketepi gurauan sesekali saya panggil nama mereka dengan nama penyanyi terkenal..gelak sakan mereka ketawa..perkataan sayang tak lekang dibibir..kesannya mereka sudah menghafal masa saya masuk bila dan waktunya.....belum tiba waktu mengajarpun mereka dah mula memanggil saya...bagi saya cukuplah saya sudah di hati mereka..antara salah seorang guru yang mereka suka..alhamdulillah..ini cara saya...cara orang lain berbeza yang penting matlamat kita sama...mendidik mereka insan yang kurang upaya ini agar mampu berdiri sendiri...

Gurau senda dengan mereka rutin harian saya

Biarlah gambar berbicara...dunia saya adalah dunia pelajar istimewa..tanpa mereka rezeki saya mingkin tiada...mereka umpama anak saya sendiri...

Selasa, 20 Januari 2015

Tabahkan Hati Bila Ujian Menghampiri

Dalam hidup kita sering kali kita diuji
kanan dan kiri
tengah dan tepi
tetap kita tidak dapat lari
yang pasti tempuhilah dengan ketabahan di hati
pasti sinar kebahagiaan akan kau miliki
Terkadang kita tewas di pertengahan perjalanan
namun bangkitlah jangan terus tersungkur
orang yang mudah mengalah adalah orang yang gagal dalam hidupnya..
orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal berkali-kali 
yakinlah tiap usaha pasti ada ganjarannya
yang pasti
tabahkan hati bila ujian menghampiri..

Ombak.....tiba-tiba rindu kamu

Petang ni jiwa rasa nak tengok sangat pergerakan ombak..mungkin jiwa dalam keresahan..kalau duduk di kampung dulu-dulu pastilah ombak tempat aku luah perasaan..walaupun ombak itu tidak mengerti perasaan tapi hati ini .tapi hati akan tenang apabila segala keresahan dan kesedihan dapat dilepaskan pada ombak dan pantai...ia ibarat teman yang paling rapat dalam hidup ini..apakan daya tika dan saat ini berpisah jauh aku dengan ombak dan pantai..

Mak....rindu ini untukmu...
Ayah sendu dihati sayu di jiwa mengenangimu...semoga dirimu tenang diàlam sana

Senyumlah

Senyumlah
Satu dunia akan tersenyum dengan mu
Senyum selalu
Tiada siapa yang akan menyakitimu...
Biarpun terkadang senyumanmu itu tidak balas.
Ingatlah..lontarkan senyuman sembunyikan kelukaan...

Cuti...bukan kemahuan fikiran.

Hari ini terpaksa mencutikan diri ...rasa malu tebal je muka kena bgatahu pengetua mohon cuti sebab pengasuh anak tidak datang kerana terlibat dengan banjir.semalam suami dah mencutikan dirinya..hendak tak hendak giliran aku pulak yang bercuti..
Dalam hati dah berkira nak melakukan pelbagai kerja...tapi balik dari hantar aimy ke sekolah..kepala tiba-tiba berdenyut dan tanda-tanda migrain mula menyerang..buja handbag telan ubat tahan sakit...dan aku pun tertidur berjam-jam biarkan azib bermain seorang....
Kita merancang Allah tentukan😂

Isnin, 19 Januari 2015

Ayam untuk Nazmee

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan ..
Tapi rasa nak kongsi satu perasaan dengan seorang anak khas ini.beliau seorang pelajar terencat àkal dan ditakdirkan adiknya pun kategori lembam.dijaga oleh ibu kerana ayah murid meninggal dunia ketika mereka masih kecil.
Entah mengapa hati dan perasaan saya sebagai srorang guru pada murid ini bukan perasaan biasa.tiap kali saya terpandangkan wajahnya pasti perasaan sayu menyelinap di hati...sukar untuk saya marah pada dia.perasaan ini tidak dapat saya tafsirkan bagaimana...murid ini saya lihat setiap hari hanya membawa biskut kering dan melalui risikan pada ràkan guru rupanya murid ini begitu suka dengan àyam goreng.
Bermula detik itu.jika saya ke kantin.pasti ayam goreng saya belikan untuknya..yang membahagiakan saya murid ini makan dengan begitu nikmat sekali..hari ini seketul ayam masih tidak mencukupi dan saya bahagikan lagi separuh ayam goreng untukknya...dia makan hingga menjilat jari..selesai makan dia cuci tangan dan sy kongsikan tisu saya separuh untuknya...

Hari Isnin yang basah

Rasanya seminggu sudah Kuching di basahi oleh hujan..termasuk hari ini perjalanan ke sekolah ditemani oleh titis -titis hujan..namun maaf tidak sempat untuk aku membilangnya..
Tu je nak bagitahu...
Tapi best jugak kerana hujan hari ini...



Ayah....rinduku padamu tidak pernah berakhir..

angin pantai begitu gemersik sekali...terkadang menganggu rambut yang aku sisir rapi...namun sesekali kubiarkan sahaja rambut itu menyentuh pipi...jauh kurenung masa silam...terbayang satu persatu wajah-wajah yang aku sayangi tapi kini tiada lagi di dunia ini..
sungguh sesekali aku terasa begitu sayu mengenangkan sikap dan tingkahlaku ku semasa hayat mereka masih ada..
aku tahu sifat kedegilan dan memberontak dalam diam aku dahulu kini meninggalkan satu kesan yang amat dalam disudut hati ini..tertusuk tajam tanpa dapat dibuang rasa sakit ini..takkan ada ubat yang boleh merawat kelukaan yang aku rasa
melihat ombak datang silih berganti memukul pantai...seakan terlihat kelibat arwah ayah.sedang menjala ikan bersama ku..tika itu aku berlari anak mengikut ayah .rasa seronok tanpa memikirkan masalah...sama-sama kukutip ikan yang terlekat dijala ayah. dan kusimpan didalam plastik yang ayah bawa dari rumah..sesekali aku bermain dengan ombak yang datang dan pergi memukul pantai.
aduhai ayah...seakan baru semalam kita ciptakan kenangan itu ,tapi bila tiba-tiba saya tersedar dari lamunan..itu semua kenangan lantas tanpa disedari pipi saya basah dengan airmata..saya akui semasa hayat ayah masih ada ,saya sering kali mempersiakan masa tanpa mengambil kesempatan bersama ayah..rupanya hayat ayah tidak lama untuk saya menebus balik kesalahan ini ayah..di saat kasih sayang saya mula bercambah terhadap ayah....ayah telahpun pergi buat selamanya..inilah takdir saya...Allah menghukum saya dengan perasaan bersalah ayah buat selamanya...dan buat saya terkilan saya tidak dapat menatap wajah ayah serta mencium pipi ayah untuk kali terakhir...doa dan harapan saya ,semoga ayah tenang di alam sana..

Belajarlah Menjaga Hati Sendiri

Membahagiakan orang itu mudah tapi untuk meminta orang membahagiakan kita itu payah..
Mudah untuk menjaga hati tapi tidak mudah orang menjaga hati kita
Sabar je lah..


Ahad, 18 Januari 2015

Belajarlah Seikhlas Hati

Ilmu yang dicari dengan ikhlas tanpa paksaan daripada sesiapa pastinya kemanisan akan dirasai apabila kejayaan itu kita miliki....
Ilmu yang dicari dengan ikhlas tanpa paksaan daripada sesiapa pastinya kemanisan akan dirasai apabila kejayaan itu kita miliki....
Dalam hidup ini bukan mudah untuk senang tapi amat mudah untuk susah...Justeru itu belajarlah seikhlas hati mu kerana bila hatimu ikhlas untuk mencari ilmu, mudah sahaja ilmu itu kau dalami dan pelajari..Carilah ilmu itu wahai anak-anak muridku...perbaikilah nasib diri kerana tanpa usaha kalian sendiri kejayaan tidak bisa kau takluki dengan mudahnya.Banggakanlah ayah ibu mu dengan sebuah kejayaan..wangikan namanya dengan haruman kejayaan mu yang cemerlang.Serikan hidup mereka dengan sahsiahmu yang terpuji.jadilah anak soleh yang sentiasa meletakkkan ibu dan ayahnya disudut hati yang abadi..Hormatilah guru mu kerana ilmu yang kau cari pasti akan diberkati dan jangan sesekali lupakan Rabbul Izzati ..Dia yang merencanakan segala perjalanan hidup kita...
-Anak Pantai-