Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 19 Januari 2015

Ayam untuk Nazmee

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan ..
Tapi rasa nak kongsi satu perasaan dengan seorang anak khas ini.beliau seorang pelajar terencat àkal dan ditakdirkan adiknya pun kategori lembam.dijaga oleh ibu kerana ayah murid meninggal dunia ketika mereka masih kecil.
Entah mengapa hati dan perasaan saya sebagai srorang guru pada murid ini bukan perasaan biasa.tiap kali saya terpandangkan wajahnya pasti perasaan sayu menyelinap di hati...sukar untuk saya marah pada dia.perasaan ini tidak dapat saya tafsirkan bagaimana...murid ini saya lihat setiap hari hanya membawa biskut kering dan melalui risikan pada ràkan guru rupanya murid ini begitu suka dengan àyam goreng.
Bermula detik itu.jika saya ke kantin.pasti ayam goreng saya belikan untuknya..yang membahagiakan saya murid ini makan dengan begitu nikmat sekali..hari ini seketul ayam masih tidak mencukupi dan saya bahagikan lagi separuh ayam goreng untukknya...dia makan hingga menjilat jari..selesai makan dia cuci tangan dan sy kongsikan tisu saya separuh untuknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!