Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 18 Januari 2015
Jarak memisahkan kita
Buat insan-insan disayangi...jarak kini terlalu jauh memisahkan kita...hanya lafaz rindu seringkali terucap dibibir tiap kali ingatan ini pada kalian..sesungyuhnya masa dan kesempatan ketika kita bersama terlalu mahal harganya...hari berlalu silih berganti seringkali mengharapkan pertemuan ini cepatlah berlaku..peritnya sebuah perpisahan manisnya bila berlaku pertemuan...apakan daya demi tugas kalian terpaksa kutinggalkan tanpa kerelaan hati.
Berjauhan dengan kalian mengajar diri ini satu nilai persaudaraan dan kasih sayang...
Doa dan harapan semoga kalian baik-baik sahaja di sana...kenangilah diri ini bila rindu datang bertamu...
Jus limau petua sakit kepala
Dapat satu petua daripada seorang kawan..katanya kalau sakit kepala perahkan limau nipis atau lemon atas sudu dan bakarkan sekejap di atas api kemudian minum...dan aku pun mencuba seperti yang disarankan ..ternyata kurasa kesannya..selepas setengah jam denyutan sakit berkurangan dan aku dapat tidur dengan lena..
Terima kasih teman atas petua itu..m
Timba dan perigi
Timba dan perigi satu ketika dahulu meninggalkan seribu kenangan pada diri ini...penuh suka dan duka.
Apatahnya..kemiskinan yang melingkari dan kehidupan tika dan saat itu.
Menumpang perigi orang....untuk aktiviti mandi dan mencuci pakaian dan segalanya..
2 buah perigi yang digunakan.satu terpaksa melintas jalanraya yang besar untuk ke perigi dan satu lagi melintasi sebuah rumah orang lain untuk ke sana.
Ketika itu usia remaja.diri tidak terlepas diusik insan-insan nakal yang cuba mendekati..ketika itu malu dan rimas dengan suasana yang seperti itu.namun apa boleh buat..tempuhi dengan muka yang at tebal...kerana perigi ini dilontarkan satu teka teki..disuruh memilih satu daripada kotak dan kotak emas menjadi pilihanku.sampai sekarang jawapan itu masih blm kutemui.
Mengarut pulak...cerita dan perigi..aku suka guna timba besi ini ringan dan kecik.tapi arwah ayah ada juga membuatkan timba dari plastik bekas sabun atau minyak masak.paling aku suka guna perigi atau telaga ni bila musim hujan.bukannya apa perigi biasanya akan menjadi dalam hingga kita dapat cedok macam tu je..senang sikit nak cedok air dan taklah penat sangat nak karai nya...
Bila musim kemarau ini yang buat penat sikit..telaga akan menjadi dalam..penat untuk kita mencedok air..seingat aku dulu tapak tangan habis jadi keras dan mengerutu...hmm kenangan mengusik jiwa dan terlalu mahal harganya
Bila Mr Budu Masuk Dapur
Rasanya saya nak ucapkan jutaaan banyak-banyak kat awak Mr Budu...tak sangkalah pulok tiba-tiba datang semangat masak awak tu setinggi langit..semalam awak masakkan buat saya dan anak-anak dari pagi hinggalah ke malam dan saya hanya tidur dan tidur tapi awak faham sebab awak lihat saya bertukus lumus siapkan kerja sekolah...sebenarnya dah lama kan awak tak masak buat saya .sedangkan dulu awak suka buat nasi goreng tu untuk saya...
Hari ni awak muncul balik ...saya amat terharu dan cukup terharu..
Semalam awak buatkan cucur bawang.nadi goreng dan mee goreng dan awak masakkan tumis berlada dan ikan 3 rasa...
Mr budu...semoga senangat masak awak tu akan sentiasa bertambah ya..sayang awk..
Mesyuarat pertama yang panjang
Itu je yang dapat aku tulis...mesyuarat yang panjang yang hanya berpihak kepada sebelah pihak..
Ikut jelah..walau dalam hati sedikit kecewa bila mana terlalu menjaga hati
Sabarlah ta..
Kebahagiaan akan kau rasa bila mana kau tinggalkan tempat ini
Percayalah
Kehidupan .kebahagian sukar untuk kita jangkakan
Kadang-kadang bahagia je kita rasa
Kadang-kadang kesedihan datang tanpa diminta.
Jarang-jarang kita rasa bahagia sepanjang masa
Ada ketika airmata pasti mengalir bila kesedihan pula yang bertandang..
Sakitnya hanya hati kita yang rasa tak mampu dicerita pada sesiapa.
Khamis, 15 Januari 2015
Luahan Hatiku
Tika dan saat ini tahap stress diri ini cukup tinggi.cuba untuk menghiburkan hati dengan pelbagai cara...tapi tidak dapat membantu...senyum belum bereti aku bahagia kerana dibalik senyum ada tangis yang menghiris...
Diri umpama hilang diawangan tanpa dapat dikawal.
Mana perginya semangat dulu.
Mana-?dah cuba mencari..kecelaruan jua yang aku temui..
Tidak sekuat dulu untuk menghadapi situasi begiti getir..
Segalanya dirasakan bukan diri sebenar...
Ita hidup ini perjuangan...berjuanglah mengatasinya..
Senang untuk mwnulis tapi tak mudah untuk menghadapinya...😢😢😢