Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 6 November 2014

Resepi Talam Labu Yang Sedap

Jom makan talam labu
Resepi
Bahan A
250 gm labu dikukus hingga empuk dan dilecek
220gm gula pasir
200ml santan
70gm tepung jagung
60gm tepung sagu
2 biji telur
Bahan B
300ml santan
100gm tepung beras
100gm gula pasir
50gm tepung ubi
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
Satukan adunan A dan didalam bekas lain satukan bahan B.
Kukus bahagian A hingga masak
Kàcau bahan B sehingga sebati dan pekat di atas dapur tanpa henti ..kemudian curahkan diatas bahan A dan kukus lagi sehingga masak.
Untuk Resepi Kita..drp cgu ita

Resepi Cakoi Sedap

Cakoi bersos kastad manis antara menu pagi ini
Resepi 
Bahan :
400 g tepung - diayak
1 cawan air 1 sudu besar majerin - dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar.
Kacau agar sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Biarkan selama 6 jam.
Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain . Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Sos manis:
Bahan :
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3 - 4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste
Cara membuatnya : Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana. Kacau selalu dengan menggunakan whise sehingga sedikit pekat-pekat manja. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

Resepi Kuih Keria

Kuih keria tidak dilupa
Bahan-Bahannya 
600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air
Cara membuatnya 
Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
Kemudian boleh diangkat,

Rabu, 5 November 2014

Resepi Kosui Pandan Sedap



Bahan-bahan
1 1/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung ubi (kurangkan satu sudu besar dari satu cawan tadi)
1/2 cawan tepung beras
Bahan B
jus daun pandan
600mlm air
2 sudu kecil air kapur
Bahan C
Kelapa Parut putih dan garam secukupnya
Caranya
Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya
dalam satu bekas yang sesuai campurkan kesemua bahan A.Gaul rata
Masukkan bahan B ke dalam bahan A.nak cepat pakai blander je
Apabila air kukusan sudah mendidih tapiskan bachan ke dalam loyang.jangan tapis awal bacuhan bimbang ia akan sedikit mendap.
tutup loyang dengan aluminuium foil supaya air tidak menitik di atas kiuih.kukus sehingga 45 minit..dan gaullah dengan kelapa apabila ia sejuk.

Resepi Pizza Mini Yang Sedap

Pizza mini....teruja buat pizza sampai ke malam bercinta dengan pizza 
BAHAN
Tepung gandum 4 cawan
Air suam 1 1/2 cawan
2 sudu teh yis
Secubit garam
Secubit gula
Minyak jagung atau minyak masak
Cara_ caranya

Buat telaga ditengah dan masukkan yis dan gula serta garam dan sedikit minyak.kemudian curahkan air dan uli sehingga menjadi doh.jika masi lembik adunan tu tambahkan lagi gandum sedikit hingga doh tidak lekat ke tangan.
Kalau nak cepatkan panaskan oven kemudian tutup dan masukkkan doh seketika dalam oven.pasti doh itu akan cepat kembang
Cara nak buat pizza
Panaskan oven 200c
Keluarkan doh dan uli sedikit dan bahagikan kecil- kecil.
Taburkan sedikit tepung atas papan canai .canai sedikit doh dan alihkan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak
Pastikan sekelilingnya sedikit tebal.
Tekan doh yg ditengah dengan garfu supaya elak bahagian tengah naik.
Bahan topping

Parutan keju mozarela
Ikan tuna dalam tin
Nenas dalam tin dihiris nipis
Bawang holand dan làda banggala dihiris dadu
Sos tomato
Sos cili digaul bersama
Hotdog
Jejari ketam
Bakar 15 minit hingga 20 minit bergantung pada saiz pizza.

Bye-Bye Pizza Hut..saya tak perlukan awak lagi....
@@@ sesunguhnya mak terlalu sayangkan anak-anak mak...sayankan kalian tiada semadan...buat suami terima kasih kerana sayang saya.

Resepi Pizza Yang Sedap dan Mudah

Terhasilnya pizza tuna.pizza ayam.pizza hotdog dan pizza chesse..tq Resepi Kita...
Saya menggunakan resepi yang diambil daripada di atas..sesungguhnya resepi ini amat menjadi...dan menjadi kesukaan anak-anak dan suami.juga anak murid saya.Terima kasih pada yang memberi resepi iniCuba buat pizza..hasilnya lepas ni...tgh duk bakar.
Yang di atas pizza mini untuk dibawa ke sekolah

Cikgu Norzita's photo.

Pelbagai pizza dibuat semalam antaranya pizza chesse piza tuna ,pizza ayam dan hot dog


Inilah pizza chesse,pizza tuna,dan pizza ayam serta hotdog yang dibuat semalam...Alhamdulillah anak0
Cikgu Norzita's photo.
Cikgu Norzita's photo.
Cikgu Norzita's photo.
Cikgu Norzita's photo.

Rabu, 29 Oktober 2014

Resepi Lempeng pisang bakar

Lempeng pisang bakar menu petang bersama lepat pisang

Resepi
Sesikat pisang masak
11/2 cawan tepung gandum

2 sudu gula
Secubit garam
Kelapa parut
Daun pisang
Caranya
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Letakkan 2 senduk atau lebih adunan pisang ke atas daun pisang.ratakan
Lipat daun pisang tadi .tekan tekan sikit supaya leper
Bakar diatas kuali atau oven



Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi Mee Goreng



Bahan-Bahan
Sebungkus mee kuning
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
1 sudu garam
1 sudu gula
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekap
1 sudu cuka makan
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
sedikit isi ayam yang telah direbus
seikat sayur sawi
1 biji telur

Cara Membuatnya
Mee dicuci dan ditoskan
mayang bawang besar dan pukul bawang putih
Panaskan minyak dan goreng bawang dengan cili boh hinnga naik wangi
masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali sayur dan telur
Masukkan air rebusan ayam dan biar seketika
Masukkan telur dan sayur
Masukkan mee dan goreng hingga asap naik ke atas kuali
tambahkan lagi dengan daun sup atau daun saderi serta perahan asam limau kalau suka.

Resepi sayur lemak putih kacang bersama cendawan butang



Bahan-Bahan (1 mangkuk kecil )

3 batang kacang panjang
1 labu bawang besar dibelah 6
2 ulas bawang putih dimayang
1 cili besar dibelah 4
3 biji cendawan butang dihiris
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit belancan
1 cawan santan
sedikit air


Cara Membuatnya
masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau hingga masak.masak dalam api yang sederhana


Resepi Cara Berlauk

BAHAN UNTUK INTI 
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.