Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 5 November 2014

Resepi Pizza Mini Yang Sedap

Pizza mini....teruja buat pizza sampai ke malam bercinta dengan pizza 
BAHAN
Tepung gandum 4 cawan
Air suam 1 1/2 cawan
2 sudu teh yis
Secubit garam
Secubit gula
Minyak jagung atau minyak masak
Cara_ caranya

Buat telaga ditengah dan masukkan yis dan gula serta garam dan sedikit minyak.kemudian curahkan air dan uli sehingga menjadi doh.jika masi lembik adunan tu tambahkan lagi gandum sedikit hingga doh tidak lekat ke tangan.
Kalau nak cepatkan panaskan oven kemudian tutup dan masukkkan doh seketika dalam oven.pasti doh itu akan cepat kembang
Cara nak buat pizza
Panaskan oven 200c
Keluarkan doh dan uli sedikit dan bahagikan kecil- kecil.
Taburkan sedikit tepung atas papan canai .canai sedikit doh dan alihkan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak
Pastikan sekelilingnya sedikit tebal.
Tekan doh yg ditengah dengan garfu supaya elak bahagian tengah naik.
Bahan topping

Parutan keju mozarela
Ikan tuna dalam tin
Nenas dalam tin dihiris nipis
Bawang holand dan làda banggala dihiris dadu
Sos tomato
Sos cili digaul bersama
Hotdog
Jejari ketam
Bakar 15 minit hingga 20 minit bergantung pada saiz pizza.

Bye-Bye Pizza Hut..saya tak perlukan awak lagi....
@@@ sesunguhnya mak terlalu sayangkan anak-anak mak...sayankan kalian tiada semadan...buat suami terima kasih kerana sayang saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!