Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 18 Mac 2014
Saat awak sakit....
Mr Budu ...saat awak sakit perasaan saya juga sakit memikirkan kesihatan awak...saat nadi awak bergerak kencang saat itu juga jantung saya bergerak laju...sama laju dengan awak..saya lebih suka saya sakit bukan awak yang sakit kerana saya tak mampu nak jaga awak waktu awak sakit sepertimana awak jaga saya waktu saya sakit.....tolong jaga kesihatan awak...jaga untuk saya...saya takut kehilangan awak.....
Ahad, 16 Mac 2014
LUAHAN DARI HATI....
Lama tidak meluahkan perasaan...kesibukan demi kesibukan ujian demi ujian yang mendatang apa yang di rasa hanya simpan dalam hati...sebenarnya saya rindukan awak ...awaklah tempat saya luah perasaan ...blogku...awak hanya mendengar apa yang saya tulis dari hati ini...tanpa prajudiskan..tanpa komen atau tanpa mempersendakan perasaan saya...hilang tekanan saya bila jemari ini menitipkan bicara pada dada awak...
Dalam hidup ini sememangnya tidak dapat dinafikan,ujian demi ujian melanda hidup semua orang.atas semangat kuat atau tidak je untuk menghadapinya kan...dulu diri ini seorang yang tabah dalam menghadapi segala ujian dan badai yang melanda namun kini diri tidak setabah dulu.mudah tewas dalam semua ujian..saya rindukan saya yang dulu sebenarnya..banyak dah berubah dalam hidup saya...adakah ini takdir saya...
segala tentang saya....semoga ada masa untuk saya kembali seperti saya yang dulu..
dalam kesibukan kecelaruan fikiran sentiasa menghantui...terlalu takut kehilangan...saya tak kuat untuk menghadapi segalanya..dimana diri berada sentiasa diganggui fikiran yang membimbangkan...kadang-kadang takdir seseorang itu diberikan Allah bahagia hingga ke hujung nyawa..ada pula derita bahagia derita ke hujung pula...ada pula yang seimbang..apa takdir saya ya....adakah derita bahagia dan kembali derita...rasa nya macam itu takdir saya...Semoga Allah panjangkan jodoh saya dengannya..terlalu sayang dirinya dan tak sanggup membayangkan tanpa dia disisi...
mencari rezeki di bumi kenyalang seakan dah tawar..semangat mula kurang..nampaknya tiba masa untuk kaki ini melangkah pergi.mencari satu tempat lain yang untuk berbakti ..Cukuplah rasanya di sini..berbakti hampir 8th disini..tapi bila ya...tak sabar dan tak sabar...berada dalam suasana yang semakin tegang...buat diri semakin memberontak..
-Anak Pantai-
Contoh Surat Jemputan

SMK DEMAK
BARU
JALAN DIPLOMATIK OFF JALAN BAKO
93050 PETRA
JAYA
Tel :082 311670
KUCHING. Fax:082 312721
_______________________________________________________________________________
Ruj. Kami JPS(W)SMKDB(mur)/153/02/03/04/( ) Tarikh :
22 Feb 2013
Kepada
Ketua Polis
Balai Gita
Batu 2 ½ Jalan Matang
93050 Kuching,
SARAWAK.
Tuan
JEMPUTAN UNTUK MEMBERI CERAMAH SALAHLAKU PELAJAR TINGKATAN 4
Sukacita
perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak
kami ingin menjemput tuan untuk memberi
ceramah
berkaitan salahlaku kepada pelajar.
3. Untuk makluman pihak tuan,ceramah tersebut
akan di adakan pada:
TARIKH : 2 Mac 2013
MASA : 10.30-11.30 pagi
TEMPAT : KANTIN SMK DEMAK BARU
4. Semoga dengan kehadiran tuan dapat
menambahbaik pengurusan disiplin serta meningkatkan sahsiah diri kepada
pelajar..
5. Atas kerjasama yang tuan berikan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………
( FATIMAH HAMID )
Pengetua
SMK Demak Baru
Jalan
Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching.
Sumbangan basikal oleh PPKI SMK Demak baru kepada adik Shahrul
Penyerahan basikal oleh PPKI SMK Demak baru kepada adik mohd shahrul pelajar PPKI yang sanggup berjalan kaki ke sekolah pergi dan balik hari 10 km...
Alhamdulillah hasil sumbangan pengetua ,guru dan ppm PPKI SMK Demak baru dapat meringankan beban adik Shahrul...
Sabtu, 15 Mac 2014
Berjaya buat lok Ching
Lok Ching
500g ikan Selayang dikisar lumut
100g tepung ubi kayu
1biji bawang besar- dikisar
1sudu besar garam
1/3serbuk perasa
Cara memasak
Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat
Tuangkan dalam bekas gaul kan bersam tepung ubi garam dan serbuk perasa
Gaul kan hingga sebati dan bulat2kan menjadi bebola kecil
Panaskan minyak dan goreng sekejap
Cucuk pada lidi dan bakar.
Sos manis
4 ulas bawang putih
1sudu besar tepung ubi dibancuh dengan 2 cawan air
4sudu makan gula
1/2sudu garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak
Tuliskan bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan
Masukkan air
Masukkan gula,garam,serbuk perasa dan pewarna merah.warna merah sedikit je
Try .cuba. Test ya...
Kek pisang kukus mudah dan simple..
Bahannya
Pisang 4 biji
2cawan tepung gandum
2 biji telur
1sudu serbuk soda
1sudu barking powder
2 cawan gula
3/4cawan minyak masak
Esen pisang.
Lecek pisang,masukkan gandum,serbuk soda,barking powder.kacau sebati kemudian masukkan telur,gula minyak masak.kacau lagi sampai betul sebati kalau nak mudah dan cepat pakai mixer atau blender..kukus atau bakar...jadilah seperti di atas.
Singang ikan Terengganu
Singang ikan Terengganu
Bahan
Ikan tongkol
Lengkuas
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Asam keping
Garam
Ajinomoto
Cili halus (letak je sebiji macam tu)
Kalau nak letak kacang bendi pun best juga..
Selamat mencuba
Sira labu dan pisang kukus
Masak ikan tenggiri berlada
Ini pun kesukaan Mr Budu
Bahan
Ikan tenggiri ( digoreng terlebih dahulu)
Lada kering ( ditumbuk dan ditumis)
Seulas bawang putih(ditumbuk dan ditumis
Sebelas bawang besar di tumbuk ( ditumbuk dan ditumis)
Sebelas bawang besar di mayang
Asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam,gula apung
Lada besar yang di mayang..
Bubur Cha-Cha
Permintaan Mr Budu...Bubur Cha Cha...
Tiba- tiba Mr Budu buat permintaan nak makan bubur ChaCah petang ni.buatlah kita demi memenuhi selera insan yg tersayang...
Bahan
Tepung gandum
Air
Kapur
Sedikit garam
Perkarangan merah dan kuning
Ubi keledek
Gula apung
Gula
Daun pandan..
Cara buat dia
Uli tepung dengan air garam dan air kapur
Panaskan air,buat kecil-kecil
Rebus kan ubi keledek buat dadu
Masakan santan,gula garam ,gula apung campurkan dengan ubi dan gandum yang telah di masak tadi
Siap untuk di makan....
Khamis, 6 Mac 2014
Selasa, 4 Mac 2014
Sakit Kepala o sakit Kepala
Sehari dua ni sakit Kepala memanjang...sungguh menganggu kelancaran untuk mengajar,Namun sentuhan mereka berdua dapat Jugak meringankan rasa sakit Kepala ketika di sekolah.sesungguhnya mereka sudah seperti anak- anak sendiri.amat rapat dan mudah peka dengan apa yang berlaku pada daya.sayang ya salah seorang dari mereka tahun ini tahun terakhir bersama saya..pastinya Cikgu Akan rindu kamu hid ayah..walaupun pipi Cikgu setiap hari dengan airliur kamu.tapi Cikgu Suka kerana kamu Cikgu Ada rezeki menjadi guru...
Langgan:
Catatan (Atom)


















































