Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 4 Ogos 2013

4 Hari lagi nak raya

                    Raya dah dekat dah...tinggal 4 je lagi..Cepatnya pulak masa beredar ...Lihat sekeliling betapa semangatnya masing-masaing nak sambut raya,...tengok fb macam-macam kawan-kawan postkan       ...ada yang seronok main main bunga api dengan anak-anak di kampung halaman.siap pasang pelita lagiAda pulak yang berkongsi buat kuih raya    dengan adik beradik..paling best dan cemburu tengok ada yang berpeluang berbuka puasa dengan semua ahli keluarga ...bestnya ..bertuahnya mereka..tapi aku ...tahun ini hanya melihat kegembiraan orang...tiada kemeriahan ..kalau tidak fikirkan anak-anak taknak rasanya nak buat persiapan..mereka masih tidak tahu lagi nilai hari raya dan kampung halaman .ini mungkin mereka masih punya mak dan ayah iaitu aku...yang penting ada baju dan kasut raya itu yang buat anak-anak ni gembira...                                                    Perasaan aku ni...jauh berbeza dengan anak-anak...maklum kita orang kampung ..bila raya mesti nak balik kampung..apatah lagi tahu perasaan terutama mak yang sedih sebab anaknya tak balik.. akupun sudah mula membayangkan  jika umur ini masih panjang dan diberikan kesempatan  melihat anak-anak dan cucu ..pasti aku juga merasa sedih bila hari yang mulia nanti anak-anak tiada di sisi..   suatu hari nanti itu juga yang aku rasa seperti mak merasa   pada hari ini... 
hingga ke hari ini rasanya boleh dikira berapa kali je aku dengar lagu raya ...itupun kebetulan ke pasaraya atau bila dengar iklan kat tv..kalau dalam kereta jangan harap aku buka radio ..masuk kereta je terus buka cd...malas nak dengar celoteh orang tentang raya kat radio tu..sedih..tapi ada juga hiburkan hati sibukkan diri jugak pergi ke kedai-kedai beli barang-barang yang aku suka saje nak terkenang kalau kat kg pun pasti aku sibuk borong barang-barang keperluan raya..namun..walau apa cara yang aku buat..tak akan sama kalau raya tanpa keluarga dan sanak saudara..kawan -kawan  mampu membuat ceria tapi tak mampu buat kita bahagia..Indahnya raya kan...
kalau boleh biarlah tahun depan Ramadan cepat hadir...nak sambut raya dengan insan-insan tersayang...mudah-mudahan masih diberi kesempatan..andai ini Ramadan yang terakhir..maknanya tiada lagilah peluang itukan..
Sebenarnaya jemari ini  rancak lagi ini menuliskan apa yang dirasa..yelah hanya disini yang dapat diluahkan..nak luahkan pada orang tak pasal-pasal diperlinya kita balik..orang tak akan faham perasaan kita hanya kita sendiri je yang faham perasaan kita sendiri Sesekali ambil masa menyendiri..pejamkan mata..bayangkan semua memori-memori terindah tika dekat raya dan berhari raya bersama ..bayangkan saat itu buat aimata ini mengalir...
hanya beberapa tahun kebelankangan  ini diri ini berpeluang solat hari raya bersama adik beradik tapi tahun ni dan tahun lepaspun takde lagi
seperti kelaziman dan inilah saat diri ini tunggu lihatmak mengayam ketupat nasi dan tugas aku pulak letak beras dalam sarung ketupat lepas tu tukang rebus dengan kakak..sebolehnya tiap kali raya aku nak mak buat ni..ini yang paling aku suka..hanya mak yang perasaan hobi aku tiap raya.sebab tu mak akan usahakan jugak kalau aku ada..
bab bunga pulak ni satu lagi tak sah rasanya kalau takde bunga baru yang menghiasi..pastinya aku usahakan jugak bunga yang baru...ini dua penting...indahnya beraya di desa...ok..tertiba aku tak dapat nak menulis...jemari terhenti air mata laju mengalir,....
mak...saya selalu pejam mata rasa mak ada di sisi..
-Anak Pantai-
 
 
                                        

Khamis, 1 Ogos 2013

Sekilas rasa....Aidilfitri Yang tak diNanti..

 
Salam semua...
Hanya tinggal beberapa hari lagi kita dah nak sambut raya.Pastinya perasaan antara kita berbeza-beza...Ada antara kita pastinya tak sabar-sabar menantinya Aidilfitri kerana dapat berjumpa dengan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.Mungkin juga Aidilfitri nanti bakal mengubah hidup kerana akan mendirikan rumah tangga dan sebagainya.Bagi yang merantau pastinya pula tak sabar-sabar untuk pulang ke kg halaman yang sentiasa mengamit kerinduan..Dalam kegembiraan ada juga yang sedih bila tibanya lembaran..Kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup kita sangat memberikan kesan di hati.. Apalah maknanya Aidilfitrikan..
Pada sesiapa yang berpeluang bersama ibu bapa ,suami isteri dan kaum keluarga tu,bersyukurlah kerana nikmat bersama mereka masih ada.
Betapa indahnya Aidilfitri nanti dapat bersalam dengan mereka.Mana yang keruh dapat dijernihkan dan segala keriuhan di petang raya untuk menyediakan persediaan raya itulah yang amat ditunggu-tunggu..Betapa bertuahnya kita andai dapat menikmatinya setiap tahun..
Terkadangdi sudut hati cemburu jugak bila lihat orang lain dapat bersama keluarga di hari raya..inilah nikmat yang telah lama Allah tarik dalam hidup saya..Betapa bertuahnya adik-beradik yang lain yang saban tahun dapat bersama mak dan ayah ..Sepanjang masa  dapat menatap wajah ibu dan ayah .Inilah nasib hidup diperantauan..Dalam setahun hanya berapa hari sahaja peluang menikmati hidup bersama ibu dan ayah..
Seperti tahun ini...tidak dapat merasa sejuknya tangan mak dan ayah serta darah daging yang lain. di pagi raya apabila bersalam memohon kemaafan..Hanya ucapan salam di gagang telefon yang pastinya berbeza suasana..
..Tiada kemeriahan tiada kegembiraan..Beginilah nasib anak rantau...banyak perkara telah hilang ...Semoga tahun hadapan umur masih panjang untuk menyambut Aidilfitri ....
Tahun ni dengar lagu arwah Sudirman Balik Kampung..rasa macam tak sedap je..
rasa nak marah je kat DJ sebab pasang lagu tu...jalan paling selamat jangan buka radio dalam kereta buka cd baru tidak menghantui perasaan.
Betapa hebatnya hari raya kan...sesiapa pun antara kita ,walau kerasnya hati tapi bila tiba raya ...sedikit sebanyak tercuit juga rasa hati..
Kesimpulannya
BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN ....SELAGI MASIH ADA PELUANG REBUTLAH PELUANG BERSAMA DENGAN INSAN-INSAN TERSAYANG..SELAGI MASIH ADA HAYAT INI.
JANGAN NANTI  BILA SUDAH TIADA BARU  ADA RASA TERKILAN DI HATI..
ESOK LUSA BELUM PASTI 
MUNGKIN TAK SEMPATPUN UNTUK SAMBUT AIDILFITRI LAGI..


Rabu, 31 Julai 2013

Kata Hati saya...untuk hari ini..

Jalani hari ini dengan kesempurnaan..nak sentiasa jadi yang terbaik dari insan-insan yang terbaik..Peluang yang diberi seharusnya tidak dipersiakan.Itulah harapan ...

Tinggikan semangat untuk mengapai bintang di langit walaupun kita tahu tak mungkin bisa kita capai kerana insan yang dalam hatinya mempunyai azam pasti akan berusaha bersungguh-sungguh berbeza dengan insan yang tidak menpunyai azam dan cita-cita..Hidup terkapai-kapai tanpa arah tujuan

Jika kita mengharapkan  orang lain yakin dan mempercayai kita begitu juga orang lain mahu kita yakin dan percayai mereka..Hidup ini senang jika kita saling percaya antara satu sama lain..

Carilah kelemahan diri menjadikan kita untuk sentiasa  memperbaiki diri  ...dan jauh dari sifat tinggi diri.

Orang sabar sentiasa diuji..sabar itu membentuk peribadi akhlak terpuji.. 

Terima kasih semua ...terima kasih untuk segalanya...