Salam semua...
Hanya tinggal beberapa hari lagi kita dah nak sambut raya.Pastinya perasaan antara kita berbeza-beza...Ada antara kita pastinya tak sabar-sabar menantinya Aidilfitri kerana dapat berjumpa dengan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.Mungkin juga Aidilfitri nanti bakal mengubah hidup kerana akan mendirikan rumah tangga dan sebagainya.Bagi yang merantau pastinya pula tak sabar-sabar untuk pulang ke kg halaman yang sentiasa mengamit kerinduan..Dalam kegembiraan ada juga yang sedih bila tibanya lembaran..Kehilangan insan-insan tersayang dalam hidup kita sangat memberikan kesan di hati.. Apalah maknanya Aidilfitrikan..
Pada sesiapa yang berpeluang bersama ibu bapa ,suami isteri dan kaum keluarga tu,bersyukurlah kerana nikmat bersama mereka masih ada.
Betapa indahnya Aidilfitri nanti dapat bersalam dengan mereka.Mana yang keruh dapat dijernihkan dan segala keriuhan di petang raya untuk menyediakan persediaan raya itulah yang amat ditunggu-tunggu..Betapa bertuahnya kita andai dapat menikmatinya setiap tahun..
Terkadangdi sudut hati cemburu jugak bila lihat orang lain dapat bersama keluarga di hari raya..inilah nikmat yang telah lama Allah tarik dalam hidup saya..Betapa bertuahnya adik-beradik yang lain yang saban tahun dapat bersama mak dan ayah ..Sepanjang masa dapat menatap wajah ibu dan ayah .Inilah nasib hidup diperantauan..Dalam setahun hanya berapa hari sahaja peluang menikmati hidup bersama ibu dan ayah..
Seperti tahun ini...tidak dapat merasa sejuknya tangan mak dan ayah serta darah daging yang lain. di pagi raya apabila bersalam memohon kemaafan..Hanya ucapan salam di gagang telefon yang pastinya berbeza suasana..
..Tiada kemeriahan tiada kegembiraan..Beginilah nasib anak rantau...banyak perkara telah hilang ...Semoga tahun hadapan umur masih panjang untuk menyambut Aidilfitri ....
Tahun ni dengar lagu arwah Sudirman Balik Kampung..rasa macam tak sedap je..
rasa nak marah je kat DJ sebab pasang lagu tu...jalan paling selamat jangan buka radio dalam kereta buka cd baru tidak menghantui perasaan.
Betapa hebatnya hari raya kan...sesiapa pun antara kita ,walau kerasnya hati tapi bila tiba raya ...sedikit sebanyak tercuit juga rasa hati..
Kesimpulannya
BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN ....SELAGI MASIH ADA PELUANG REBUTLAH PELUANG BERSAMA DENGAN INSAN-INSAN TERSAYANG..SELAGI MASIH ADA HAYAT INI.
JANGAN NANTI BILA SUDAH TIADA BARU ADA RASA TERKILAN DI HATI..
ESOK LUSA BELUM PASTI
MUNGKIN TAK SEMPATPUN UNTUK SAMBUT AIDILFITRI LAGI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!