Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 21 September 2012

Sekitar Lawatan Dari SMK SRI Rahmat ,Johor


 Semalam PPKI SMK Demak baru menerima kunjungan daripada guru-guru dan pelajar PPKI SMK Sri Rahmat ,Johor.Sesungguhnya kami berbesar hati menerima kunjungan dari mereka.Seronok dan meriah melihat gelagat guru-guru dan pelajar bila bertemu..Apapun terima kasih daun keladi..Semoga tahun hadapan kunjunglah lagi.







































Khamis, 20 September 2012

Begitulah adat dunia..

Mencari dimana silapnya ..dimana kekurangannya bila diri dipertikaikan.Adakala terkilan di hati bila setiap perkara tidak dihargai..
Begitulah  adat dunia..bila ada tak dihargai bila tiada dicari..
Bila dah pergi 
Jangan nak rayu-rayu lagi
sebab segalanya terlambat kini..
Kadang tu rasa dah buat terbaik untuk insan-insan yang kita sayang..
Rupanya belum tentu yang terbaik itu dah cukup terbaik dimata orang lain..
 Betapa sukarnya memuaskan hati sendiri dan terlalu lagi sukar memuaskan hati orang lain..
Rambut sama hitam tapi nalurinya pasti berbeza..
 
Hihihi...hanya sekadar coretan rasa dari 
-Anak Pantai-



Rabu, 19 September 2012

Terima Kasih Teman...

Teman..
Tertiba rasa rindu hadir..
Pada suka duka kita..
Episod demi episod cerita
Kita lakarkan ditalian kehidupan..
Terkadang episod cerita itu cukup membahagiakan..
Gurau senda usik mengusik..
Menjadi bahan menghiasi hari-hari kita
Namun jua episod duka melanda..
kita saling perli memperli..
kita lupa 
segala manisnya 
mula antara kita
ada rasa sakitnya
Yang hanya kita je rasa
Teman..
Mungkin suatu ketika
Kita tidak lagi dapat bersua muka
Mungkin jua antara kita telah tiada
Hanya yang tinggal memori-memori silam 
Untuk kita kenang..
Takutnya hadapi saat perpisahan
Kerana kita telah sebati 
Jiwa kita seakan sama 
Tetapi kita hanya manusia biasa yang 
tak dapat menolak takdirnya..
Namun andai itu benar-benar terjadi
cukup aku sangat berbangga menjadi sahabatmu,temanmu hingga ke akhir hayat..
Terima kasih hanya itu yang mampu kuungkapkan..

- Anak Pantai -

Aktiviti Hari ini...di PPKI SMK Demak Baru

 Kek hari jadi adik Arif
 Semoga Allah memberkati usiamu..dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki dan dipermudahkan di dalam setiap urusan
 Cikgu Badrul Hisyam Ameran Dan Ustaz Badrul
 Sabar menunggu untuk menyanyikan lagu Selamat Ulangtahun

 Ucapan ringkas daripada adik Arif

 Hanya suapan kek je yang dapat diberi hihi
Kebetulan kami berempat puple hari ni... 



 Cikgu Jamal Shukuri Bolhassan Penolong Kanan PPKI bersama Ustaz Badrul
 SEronok Cikgu Dayang makan kek. Cikgu Lina termenung  je...

Sabar menunggu

Buat kraflah ni 

Mastura dan Arina antara murid yang rajin membantu.

Sesekali ku mencurah rindu...

 
Sesekali ku mencurah rindu...tak terbatas ingatan ini padamu..
Kepadamu ku curah kasih..Harapan terkadang goyah..namun inginku kukuhkan keyakinan ini sesungguhnya
kita sering dibatasi..realiti dan fantasi..adakalanya realiti lebih indah daripada fantasi dan begitulah sebaliknya...apapun realiti atau fantasi..dirimu tetap kuingati...
Biar dimana kaki ini melangkah...harapanku agar kau tetap setia...
Biar di mana dirimu berada..
Moga kasih sayang itu kau tetap bajainya biar sentiasa segar
dan tidak pudar oleh putaran waktu..
Yakinlah..
Disetiap ruang dan sudut hati ini telahpun penuh dengan namamu..
-Anak Pantai-