Teman..
Tertiba rasa rindu hadir..
Pada suka duka kita..
Episod demi episod cerita
Kita lakarkan ditalian kehidupan..
Terkadang episod cerita itu cukup membahagiakan..
Gurau senda usik mengusik..
Menjadi bahan menghiasi hari-hari kita
Namun jua episod duka melanda..
kita saling perli memperli..
kita lupa
segala manisnya
mula antara kita
ada rasa sakitnya
Yang hanya kita je rasa
Teman..
Mungkin suatu ketika
Kita tidak lagi dapat bersua muka
Mungkin jua antara kita telah tiada
Hanya yang tinggal memori-memori silam
Untuk kita kenang..
Takutnya hadapi saat perpisahan
Kerana kita telah sebati
Jiwa kita seakan sama
Tetapi kita hanya manusia biasa yang
tak dapat menolak takdirnya..
Namun andai itu benar-benar terjadi
cukup aku sangat berbangga menjadi sahabatmu,temanmu hingga ke akhir hayat..
Terima kasih hanya itu yang mampu kuungkapkan..
- Anak Pantai -
Pengunjung setia nak jadi teman anak pantai boleh tak?Beruntung lah teman anak pantai tu..sentiasa diingat dan dikenang...itulah dinamakan teman sejati..menjaga aib kawan...melindungi keburukan kawan...dan sentiasa ada untuk sahabatnya..
BalasPadamboleh2...lagi kita suka..kawan biar seribu kan..jangan suruh jadi musuh dahlah kita tak nak..saya ni insan yg ingt kawan dgn cara coretanlah saya dapat menghargai kawan..
PadamPengunjung setia dah jadi teman sayapun...dah masuk blog saya ni pun cukup saya hargai tau...