Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 16 September 2012

PPKI 8 Juara Kelas Paling Patriotik..Akhirnya kejayaan itu milik kami :)

























Kejayaan menjadi milik kami...
Bermakna sangat pada saya cikgu kelas kerana disebalik kejayaan ini ada perit getir...Banyak duit poket sendiri yang dihabiskan..namun kurang dihargai oleh sesetengah pihak...sentiasa ingin menafikan...
Apapun Allah sentiasa bersama.
TQ Allah!!

Menjadi Setabah Kaktus..

 
Hati terfikir bagaimana pokok kaktus boleh hidup di padang yang gersang ,yang pastinya jauh dari untuk mendapatkan keperluan air..Tapi itu semua adalah kehendak Ilahi..Allah yang Maha Kaya ,Maha Pencipta ,semuanya boleh terjadi..
Apakah kelebihan kaktus ni...
Hanya pokok yang hodoh.berduri tapi akhirnya menumbuhkan bunga yang cantik dan berbau harum.
Tidak perlu disiram setiap waktu ,mudahnya perjagaan dia.
salah satu spesis mahkluk Allah yang boleh bertahan hidup di padang pasir..
Memiliki kelebihan menyimpan air di dalam akar,daun dan pangkal pokok dalam tempoh masa yang lama dan kuantiti air semaksima mungkin selepas hujan yang sedikit.
Allah jadikan pula duri-duri yang tajam sebagai pelindung daripada haiwan pemangsa selain daripada berfungsi menghalang tiupan angin kuat dan mengurangkan penyejatan air di dalam pokok.
Sesuai dengan makna kaktus ini dalam bahasa arab iaitu"sabar" sememangnya pokok ini mempunyai sifat yang sabar..Menunggu jangkamasa yang lama untuk melihatnya berbunga dan dipandang cantik..
akhirnya menjadi kesayangan orang..
Begitu juga diri ini..bila difikirkan elok juga menjadikan diri setabah kaktus...Harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada diri..Bila difikirkan...setiap kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa diharungi dulu kepayahan dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Yang penting bina keuatan diri untuk menutup kekurangan dan kelemahan pada diri..Kekurangan rupa boleh ditutupi dengan kecerdasan dan ilmu yang berguna.Dan paling kita tidak harus lupa minta lah selalu daripada Allah agar apa yang ditentukan olehNya dapat kita rentasi dengan mudah.

Sabtu, 15 September 2012

Gelagat Anak-anak murid PPKI 8

 Ni dapat idea timbul bila pintu bilik berlubang...dapatlah idea tutup  dengan bunga..
 jangan kacau cikgu buat kerja ni








































Khamis, 13 September 2012

Lakaran Lukisan Perdana Menteri dan Lukisan Buahan-buahan tempatan..

 Ada iras PM kita tak...emmm nilah lukisan pertama saya lukis..lawak sungguh.
Ini pulak lukisan buah-buahan tempatan.. dua lukisan ini adalah kerja anak perempuan saya,tapi dia ni mcm saya jugak yang kurang seni...kesian kat dia terhasil buah yg tak seberapa ni...
Apapun ini yang membuatkan anak saya ALYA tersenyum..
Demi dia saya sanggup lakukan apa saje:)
Mak sayang Alya..Mak tahu alya sentiasa baca blog yang mak tuliskan..Apa yang mak inginkan kakak dapat membuktikan keupayaan kakak..Carilah masa depan agar tidak menyusahkan diri sendiri..
Masih belum terlambat meneruskan jejak mencari kejayaan..

12 September....:)

Alhamdulillah semalam 12 September genaplah usia diri 39 tahun dan 11 September pula genap sudah 14 tahun melayari alam rumah tangga..Sesungguhnya bersyukur kepada Yang Maha Esa diberikan kesejahteraan dan umur yang panjang serta juga dapat melayari pengkongsian hidup berumahtangga dengan aman dan tenang...
Terima kasih pada rakan -rakan yang mengucapkan selamat ulangtahun pada diri ini..Harapan dan doa kalian pada diri ini mudahan dimakburkan.
Pada suami tq2 juta2 tq kerana menjadi suami yang amat baik pada diri ini..pada kawan-kawan yang memberikan hadiah juga terima kasih..Pada bekas anak murid terima kasih jugak kerana pemberian coklat tu.. Cincin bentuk love tu ..serta kata-kata dan doa kalian..
TERIMA KASIH DAUN KELADI:)
SAYANG YOU ALL!!

Isnin, 10 September 2012

Isnin.Minggu baru Azampun baru

Selamat Hari Isnin..permulaan pada minggu yang baru.Terlebih rehat dua hari bercuti dengan meninggalkan aktiviti kraf serta menambah tunggakkan kerja sekolah yang semakin banyak.Bukan tiada masa untuk membuatnya tapi jiwa seakan kosong dua hari ini.Rancangan yang dirancangkan untuk dua hari ini entah kemana.Gila saya dengan facebook semalam hanya meluahkan tekanan yang saya rasa .Hari ini ..buka mata saya nak pasang azam nak sibukkan kembali diri saya.Sesungguhnya saya perlu sibukkan diri baru saya happy.Saya tidak memikirkan apa-apa yang bercelaru diminda ini..
Saya taknak memikirkan orang lain.Saya harus memikirkan diri saya.Keadaan saya.apapun tentangsaya dan kehidupan di sekeliling..
Stop dulu..dah terlambat untuk ke sekolah...
SETIAP ORANG DIBERIKAN DUGAAN DAN UJIAN YANG PELBAGAI.ADA DUGAAN DALAM BENTUK GEMBIRA ADA PULA DUGAAN DALAM BENTUK KESEDIHAN.DAN ADAKALANYA KEDUA-DUANYA.APAPUN BENTUK DUGAAN YANG DIHADAPI JANGAN KITA JAUHKAN DIRI KEPADA SIAPA PENCIPTA.
ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA INGINKAN..