Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 3 April 2012
Contoh Pantun Bacaan Doa
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana ditinting kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.
Garam ada kicap pun ada
Sayang lada terlupa bagi
Pantun ada ucapan ada
Sayang tiada berdoa lagi
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa Tetak buluh kajang sepuluh
Mari jolok sarang penyegat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.
Contoh Pantun Di Akhir Majlis
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara
Di atas dahan burung tempua
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
Sekitar Majlis Pertunangan Anak Kak Diah

Cincin langkah bendul dan cincin pertunangan
Majlis menyarungkan cincin
Tersenyum manis selepas sah menjadi tunangan orang
Perbincangan di antara pihak lelaki dan perempuan
Ibu pihak perempuan Kak Diah berselendang hitam
Semua tu hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki
Tetamu
Antara wakil dari pihak lelaki
Tak sangka jumpa bekas anak murid kat majlis ni.Atiqah namanya.
Alya bersama Kak Diah
Liza salah seorang anak Kak Diah
Rombongan pulang pihak lelaki
Langgan:
Catatan (Atom)
























































