Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 3 April 2012

Sekitar Lawatan Guru dan Pelajar PPKI SMK Felda Jelai,Negeri Sembilan

































Contoh Pantun Bacaan Doa

Flowers
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana ditinting kias ibarat
Angkat tangan  jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Flowers

Garam ada kicap pun ada
Sayang lada terlupa bagi
Pantun ada ucapan ada
Sayang tiada berdoa lagi

Flowers
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Mari jolok sarang penyegat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat. 
 

Contoh Pantun Di Akhir Majlis

Blue Roses 
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Blue Roses 
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Blue Roses 
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Blue Roses 
 Di atas dahan burung tempua 
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Blue Roses 
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Blue Roses 
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi

Blue Roses 
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi


 

Sekitar Majlis Pertunangan Anak Kak Diah



 Cincin langkah bendul dan cincin pertunangan

 Majlis menyarungkan cincin
 Tersenyum manis selepas sah menjadi tunangan orang
 Perbincangan di antara pihak lelaki dan perempuan
 Ibu pihak perempuan Kak Diah berselendang hitam
 Semua tu hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki
 Tetamu
 Antara wakil dari pihak lelaki
 Tak sangka jumpa bekas anak murid kat majlis ni.Atiqah namanya.
 Alya bersama Kak Diah

 Liza salah seorang anak Kak Diah







 Rombongan pulang pihak lelaki



Isnin, 2 April 2012

Cuba Melawan Kesakitan

Get Well Soon Graphic #57 
 Bermula petang Khamis hari tu..badan sudah rasa lain macam.sempat jugak menelan dua panadol yang ada dalam beg tangan.Khamis ,Jumaat, Sabtu,Ahad dan hari ini Isnin demam semakin melarat.Mata kiri pulak asyik keluarkan airmata tak
berhenti..Bahagian kiri kepala berdenyut sambil nak muka matapun payah..
Akhirnya hari ini terpaksalah mohon cuti kerana memang betul-betul tak mampu untuk buat kerja.
Bilalah aku nak sembuh ni  !!

Jumaat, 30 Mac 2012

Tiap Gambar Itu Adalah Kenangan

 Sewaktu mengikuti Taklimat Perkembangan Staff
 Perhimpunan Sekolah
 Melawat Planetarium
 Terima Pelawat  PPKI dari Kuala Lumpur
 Majlis Nilam
Bersama pelajar-pelajar PPKI SMK Tabuan Jaya,Kuching.

Hadi...Sesungguhnya Terlalu Merinduimu..

Sayu nya hati apabila melihat gambar ni...
Kenangan bersama Arwah Hadi terus kembali menjelma.Rindunya pada dia yang telah pergi buat selamanya.
Hadi..hingga saat ini hadi tetap dalam ingatan cikgu
.Gambar Hadi cikgu tampalkan di dinding tempat meja cikgu,Setiap hari gambar Hadi menjadi santapan mata cikgu.
Pastinya juga ada manik-manik jernih yang akan gugur dari mata cikgu dikala memori-memori tika cikgu mengajar dulu kembali tersingkap.
Belum puas rasanya cikgu mengajar Hadi tapi Hadi telah pergi awal meninggalkan Cikgu.
Adakalanya cikgu mengharapkan dalam tidur cikgu ada mimpi bersama Hadi..Sesungguhnya Cikgu rindukan Hadi.Hadi..tenanglah di alam sana yang telah menjanjikan syurga buatmu.
.Doakan cikgu juga dapat bersama dengan Hadi di sana.