Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 18 Oktober 2010

Hari Kelima Mak,Kak Jan dan Fatin di Kuching





Hari ke-5 mak dan Kak Jan di Kuching,berkesempatanlah jugak membawa mereka menaiki bot penampang dan juga meninjau keindahan bandaraya Kuching dari puncak bukit Dewan Bandaraya Kuching Utara..















Ahad, 17 Oktober 2010

Mak...Kak JaN dan Fatin di Bumi Kenyalang...

Tak sangka dalam ketakutan mak untuk menaiki kapal terbang dahulu rupanya dahkali ketiga mak datang ke Kuching menjenguk kami .Kedatangan kali ini di temani Kak Jan dan anaknya Fatin..Mengikut cerita Kak Jan ,sepanjang perjalanan ke sini Mak menjadi pemandu pelancong dia orang..

Rabu, 6 Oktober 2010

Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri dan Hari Jadi.

Sambutan hari jadi dan ramah tamah Aidilfitri diadakan serentak kerana kekangan masa ..kali ini giliran Najmi,Nazmi,Wani,Ariana ,Zul Adli dan aku sendiri...

Rabu, 1 September 2010

Cuti Sakit Lagi

Sekarang nie kesihatanku semakin tidak menentu..hinggalah hari ini aku tewas juga..Terpaksa mohon cuti sakit sebab rasanya aku tak mampu nak mengajar dengan kudrat yang lemah ni..Berat badanpun makin susut dari 54kg semasa baru puasa hari ni bila timbang dah 47kg..Macamana tak susut makanan susah nak masuk..kalau dapat masukpun mulalah melawan untuk tidak memuntahkannya balik..Di sekolah cuba untuk menyembunyikan kelemahanku ini...ikutkan hati mahu je aku ambil cuti tanpa gaji sebulan dan berehat kat rumah..Tapi aku nak kuatkan semangat lawan apa yang kurasa..Jangan lemah sangat...Ujian kali ini memang hebat tak pernah kualami sebelum ini...Semoga aku tabah menghadapinya...

Abg Sham Pergimu Tak Kembali

Pagi merdeka  yang cerah dan damai,ketika aku sekeluarga membersihkan rumah sebelum kami balik kampung tiba-tiba handphoneku berbunyi.Di skrin hanya keluar nombor sahaja bukan nama daripada si pemanggil.hati berbelah bahagi untuk menjawabnya ataupun tidak.Sememangnya dah jadi kebiasaanku apabila nombor yang aku tak tahu muncul memang susah benar aku nak menjawabnya.Tapi ku cuba menjawab panggilan tadi.Suara seorang perempuan yang pernah aku dengar..Dia pulak menanyakanku betul ke yang bercakap ni ita...Rupanya Shikin isteri abg Sham..Dengan penuh tangisan dia memberitahuku Abg Sham dah takde..Telah pergi bertemu penciptanya pada tanggal 19 Ogos 2010 iaitu pada hari Khamis setelah koma ketika usia 39 tahun..setelah hampir sepuluh tahun melawan derita sakit buah pinggangnya..Shikin mohon maaf padaku kerana terlewat memberitahu disebabkan nombor ku baru ditemui...Saat itu aku rasa macam mimpi...terkedu dan hanya sempat berpesan pada Shikin agar bersabar dengan ujian yang dihadapinya...Airmata ku mengalir laju tanpa menghiraukan suami dan anak-anak..Aku pulak yang tak dapat menahan kesedihan kerana aku terkilan aku tak menghubungi Abg Sham dah lama walaupun ada tergerak hati untuk bertanya khabar tetapi bila kesibukan membayangi diri aku terlupa untuk menghubunginya...
Mengapa aku sedih dengan pemergiannya...Arwah denganku sememangya tiada langsung pertalian saudara tapi antara kami terlalu mengambil berat antara satu sama lain..Aku rapat dengannya dari arwah belum berumahtangga hinggalah apabila beliau berkahwin dengan Shikin ,aku dan arwah serta keluarganya semakin rapat dan mesra..Arwah sememangnya menganggap aku macam adik sendiri..Dia sentiasa prihatin apa yang berlaku dan apa yang aku lakukan..Aku jugak menyayangi arwah macam abang aku sendiri...kerana selama ni aku tidak merasa kasih sayang seorang abang..Bila aku ada masalah dia lah yang banyak membantu dan sentiasa memberikan nasihat demi nasihat..Arwah juga seorang yang sentiasa tidak kedekut dan baik hati..Kemana pun apabila dia pergi pasti akan ada buah tangan untuk aku...Segala pemberiannya pula masih kujaga dan kupakai hingga kini...Hingga hari ini salah satu pemberiannya iaitu beg kecil..hari-hari digunakan oleh anak perempuanku ke sekolah..Sesungguhnya banyak kenangan -kenangan bersama arwah semasa hayatnya..Masih juga jelas di pandangan mata ketika aku melawatnya semasa arwah menjalani dialisis ..Dengan semua jururawat yang ada kat situ arwah dengan ceria memperkenalkan aku adik dia...Itulah kali terakhir aku berjumpa dan melihatnya..Selepas itu aku hanya bertanya khabar kesihatannya melalui telefon sahaja..dan khabar yang terakhir Abg Sham telah tiada....InsyaAllah pertalian kemesraan ini tidak akan terputus walau arwah telah tiada kerana isteri dan anak-anak arwah masih ada..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Cikgu Noor Hisham Mohamed dan di tempatkan dalam golongan insan-insan yang soleh..Al-Fatihah....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Akhirnya namaku terpahat jua.

SEJARAH PENUBUHAN

PROGRAM KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

SMK PANDAN JAYA

Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sek. Men. Keb Pandan Jaya ditubuhkan pada awal tahun 2001. Pada sesi awal penubuhan, Program Khas Integrasi Bermasalah ini hanya terdri daripada satu kelas tahap tinggi dan dua buah kelas tahap rendah dengan jumlah pelajarnya seramai 35 orang di mana 2 orang pelajar  telah ditempatkan di kelas biasa (inklusif) dalam Ting. 1 dan Ting. 2. Guru adalah 7 orang dan penyelaras pertama ialah Puan Norzita Binti Mohamed. Pelajar di sini berusia antara 13 hingga 19 tahun yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.(dipetik dari Laman Web Penddikan Khas SMK Pandan Jaya)

Terharu sebenarnya apabila terjumpa laman web Pendidikan Khas SMK Pandan Jaya nie..Lepas rindu pada insan-insan yang pernah bersama ketika dulu..Sememangnya SMK Pandan Jaya masih kekal subur di hati ini.Mana mungkin dapat dilupakan kerana di sana banyak kenangan manis baik dengan rakan-rakan guru,murid khas jua murid perdana dan juga barisan pentadbir yang sangat memberikan komitmen dan sokongan yang amat jitu.



Inilah dia Pn Hajah Fazilah Ibrahim...Sesungguhnya diri ini ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana sepanjang diri ini berkhidmat di SMK Pandan Jaya,beliau seorang yang cukup memahami Program Pendidikan Khas..Terima kasih Puan..kerana menjadikan saya seorang pendidik yang berwawasan..Andai diberi peluang hati ini masih ingin bekerja di bawah pimpinan puan..Semoga SMK Pandan Jaya sentiasa cemerlang diu bawah pimpinan puan..
 


pengetua1

Jumaat, 27 Ogos 2010

Kacang Panjang dan Terung

Pagi tadi aku dengan PPM Nilip serta mak pelajar masuk kebun pertanian kami..Terkejut jugaklah lama tak melawat rupanya kacang panjang kami telahpun mengeluarkan hasil .Begitu jugak pokok-pokok terung..Buah -buah terung juga telah munculkan diri..Seronok tak terkata.

PPM Nillip Dan Mak IzaniBayam juga tak ketinggalan ada hasilnya.

Aktiviti Membuat Popia Bersama Anak Murid

Waktu kokurikulum hari tu ,kita orang ambil kesempatan buat popia simpul dan gulung bersama dengan murid-murid.Intinya Cikgu Zaimah masak sendiri.Rasanya puas hati jugaklah sebab popia ikan ni sedap daripada beli kat kedai...

Kad Raya Pertama Kuterima

Dahulu kalau tiba bulan puasa,maka banyaklah kad-kad raya yang aku terima baik daripada kawan-kawan ,adik beradik dan tak lupa daripada seseorang yang begitu istimewa..Bila tiba hari raya pulak kad-kad itu aku letakkan dibawah meja,gantung di tiang dan tak lupa di tampal didinding.Kekadang ada juga tetamu yang datang beraya membelek-belek membaca kad raya kami.Tapi itu dulu.Sekarang nie susah dah nak terima kad raya lagi.maklum sms,facebook,email cukup sebagai pengganti kad raya..Tapi bagiku kad raya lebih bererti dan paling istimewa.
Tahun ini aku dapat kad raya yang sungguh istimewa.Rasanya kad raya ini yang pertama dan terakhir untuk hari raya tahun ini.Istimewa kad ini kerana selama 4  tahun bersama pelajar istimewa baru tahun ini dia buat kad raya sendiri dan diberikan kepadaku dengan kata-kata yang asli tidak dikutip oleh mana-mana.Aku tunjukkan pada ayah pelajar tersebut,terharu beliau dengan sikap anaknya.
Rasanya kad raya ini pertama dan terakhir aku dapat daripada pelajar yang bernama Rahmat ni kerana tahun depan dia sudah tamat persekolahan..Terima kasih Rahmat kerana tak lupa kat cikgu.

Khamis, 26 Ogos 2010

- Sepasang Kurung Biru

Entah kenapa aku sangat dengar lagu nie bila musim raya ...Lagu ni yang selalu aku pasang berulang-ulang .

mungkin lirik dan iramanya tangkap syahdu ..