Pagi merdeka yang cerah dan damai,ketika aku sekeluarga membersihkan rumah sebelum kami balik kampung tiba-tiba handphoneku berbunyi.Di skrin hanya keluar nombor sahaja bukan nama daripada si pemanggil.hati berbelah bahagi untuk menjawabnya ataupun tidak.Sememangnya dah jadi kebiasaanku apabila nombor yang aku tak tahu muncul memang susah benar aku nak menjawabnya.Tapi ku cuba menjawab panggilan tadi.Suara seorang perempuan yang pernah aku dengar..Dia pulak menanyakanku betul ke yang bercakap ni ita...Rupanya Shikin isteri abg Sham..Dengan penuh tangisan dia memberitahuku Abg Sham dah takde..Telah pergi bertemu penciptanya pada tanggal 19 Ogos 2010 iaitu pada hari Khamis setelah koma ketika usia 39 tahun..setelah hampir sepuluh tahun melawan derita sakit buah pinggangnya..Shikin mohon maaf padaku kerana terlewat memberitahu disebabkan nombor ku baru ditemui...Saat itu aku rasa macam mimpi...terkedu dan hanya sempat berpesan pada Shikin agar bersabar dengan ujian yang dihadapinya...Airmata ku mengalir laju tanpa menghiraukan suami dan anak-anak..Aku pulak yang tak dapat menahan kesedihan kerana aku terkilan aku tak menghubungi Abg Sham dah lama walaupun ada tergerak hati untuk bertanya khabar tetapi bila kesibukan membayangi diri aku terlupa untuk menghubunginya...
Mengapa aku sedih dengan pemergiannya...Arwah denganku sememangya tiada langsung pertalian saudara tapi antara kami terlalu mengambil berat antara satu sama lain..Aku rapat dengannya dari arwah belum berumahtangga hinggalah apabila beliau berkahwin dengan Shikin ,aku dan arwah serta keluarganya semakin rapat dan mesra..Arwah sememangnya menganggap aku macam adik sendiri..Dia sentiasa prihatin apa yang berlaku dan apa yang aku lakukan..Aku jugak menyayangi arwah macam abang aku sendiri...kerana selama ni aku tidak merasa kasih sayang seorang abang..Bila aku ada masalah dia lah yang banyak membantu dan sentiasa memberikan nasihat demi nasihat..Arwah juga seorang yang sentiasa tidak kedekut dan baik hati..Kemana pun apabila dia pergi pasti akan ada buah tangan untuk aku...Segala pemberiannya pula masih kujaga dan kupakai hingga kini...Hingga hari ini salah satu pemberiannya iaitu beg kecil..hari-hari digunakan oleh anak perempuanku ke sekolah..Sesungguhnya banyak kenangan -kenangan bersama arwah semasa hayatnya..Masih juga jelas di pandangan mata ketika aku melawatnya semasa arwah menjalani dialisis ..Dengan semua jururawat yang ada kat situ arwah dengan ceria memperkenalkan aku adik dia...Itulah kali terakhir aku berjumpa dan melihatnya..Selepas itu aku hanya bertanya khabar kesihatannya melalui telefon sahaja..dan khabar yang terakhir Abg Sham telah tiada....InsyaAllah pertalian kemesraan ini tidak akan terputus walau arwah telah tiada kerana isteri dan anak-anak arwah masih ada..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Cikgu Noor Hisham Mohamed dan di tempatkan dalam golongan insan-insan yang soleh..Al-Fatihah....
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Abg Sham..aku terlalu merinduimu...semoga roh mu tenang di alam sana..Al-fatihah
BalasPadamtertiba hati ini begitu mengingatimu...Al-fatihahbuatmu..
BalasPadam