Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 10 April 2010
Aktiviti Hari Ini
- Aktiviti hari ini.
- Hari ini terpaksa pergi sekolah sebab kena ganti...Tapi semangat tak adalah ...kenapa ekk..Malasnya aku nak mengajar hari ini...
- Nak jupe dengan Cikgu Saiee bincang pasal teks ucapan yang aku buat nie...tapi lega bila fikir benda nie dah siap.
- Nak tengok fail-fail disiplin yang berlambak tu..Hari Isnin tunggulah apa reaksi nazir pasal disiplin aku nie..harap-harap ok le.Jangan banyak teguran dahlah.
- Rekod pengajaran harian dari isnin lagi belum buat ni..kenalah ngadap laptop hari ini jugak.Kesibukan dengan emcee bola baling buat banyak kerja aku tertunggak....
- Teks untuk perhimpunan mingguan pun belum buat lagi ni...isk yang mana satu aku nak mula dulu...Ya Allah permudahkanlah urusanku ini...Amin...
Maaf Kerana Kesibukanku
nggungjawab kat sekolah..terpaksa le lupakan seketika bloq kesayangan ni..walaupun hati meronta-ronta nak menulis,meluahkan apa yang terpendam..Maaf pada teman-teman yang sentiasa ada di sisi walaupun jauh dari pandangan mata terpaksa melupakan kalian buat seketika....Tapi rindu tetap ada tau..
Percayalah deh....teman bagi diri ini amat berharga dan bermakna........sepi dan kosong je rasa.
Harap Baby Akil Cepat Sembuh
Teks Pengacara Majlis Pertandingan Nasyid
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2010.
MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2010.
13 April 2010.
Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.
Dari Raub pergi ke Pontian
Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak.
Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang .
Yang Berhormat. Hj Fadillah Bin Hj Yusuf ……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………
Yang Berbahagia . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching.
Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010.
Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru –guru,tuan-tuan-puan-puan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching.
Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6 penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.
Nyayian Lagu Negaraku
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia ,marilah sama-sama dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku.
Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi.
BACAAN DOA
BACAAN DOA
Hadirin yang dihormati
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi.
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,
Majlis dengan ini mempersilakan yang berbahagia .En Beduie Bin Uney .Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.
Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.
Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.
Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah Kuching untuk mempersilakan Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching 2010.
Majlis mempersilakan…..
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berhormat ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi.
Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira.
Kain pelikat panjang sembilan
Tersusun corak cantik warnanya,
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya.
ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID.
Hadirin sekalian
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan ……………………………………………………………………selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………………………..
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.
Hadirin dan hadirat sekalian…
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuchingbagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.
1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..
Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.
Dipersilakan…………………………………………………..Selaku Ketua Jemaah Hakim.
Seterusnya………………………………………………………………………………….
Dan……………………………………………………………………………….
2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.
Di persilakan guru pengiring
2-Sk Lumba Kuda
3-SK Gersik
4-Sk Semariang
5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad
6-SK Stapok
7-SK Stoh
8-SK Lebai Mentali
9-SK Bau
10-SK Buso
11-SMK Tun Abang Haji Openg
12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
13-SMK Seni,Kuching
14-SMK Tunku Abdul Rahman
15-SMK Siburan
Dan
16-SMK Lundu.
Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah.
Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari SK……………………………………………………………….
Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah rendah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………
Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah .
Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari ……………………………………………………………….
Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah menengah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah –sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.
Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Datuk.Majlis mempersilakan….
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann cenderamata itu tadi.
PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan…………………………….dari SK………………………untuk membuat persembahan. Dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah –sekolah rendah bahagian Kuching.
PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH
Hadirin yang dihotmati sekalian,
Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat menengah.Dipersilaka Kumpulan…………………………………………….dari …
…………………………………………..untuk membuat persembahan.
Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah Sekolah-sekolah bahagian Kuching.
Lagu Ibu Pertiwiku
Dikesempatan ini, mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang Berhormat –Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.
Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.
Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Bedui Bin Uney untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk ,Yang Berhormat-Yang Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Sabtu, 3 April 2010
Jumaat, 2 April 2010
Rabu, 31 Mac 2010
Aktiviti Kraftangan(Membuat Penanda Buku)
PPM Nilip sedang teliti mengunting .Azila lak sibuk mewarna.
Selasa, 30 Mac 2010
Malam Itu Milik Kita....
Buat teman yang ada pada malam ini...yang baca bloq nie...tq.Semoga tidur kalian selepas ini diulit mimpi yang indah..Begitu juga pada teman yang masih berjaga sesungguhnya malam itu amat indah bila dihayati....
Andai ada bulan,pastinya kita akan memandang bulan yang sama
Selamat Menempuh Exam Buat Ieda (Adik Bongsuku)
Selamat Menghadapi peperiksaan untuk IDA ...Buat yang terbaik okey...Semoga tenang menjawab soalan .Jangan stress sangat..tempuhinya dengan tabah , usaha serta tawakal .
Hari Selasa Yang Indah..
Pepagi lagi aktiviti hari ini terbuka facebook. kebetulan lina kawan lama masa kompleks dulu ada sama..apa lagi chatting lah aktiviti kami...Lina ...Tak sangka Facebook mendekatkan kita kan..Apa yang kita kongsi pastilah hanya kita je yang tau...Sesungguhnya memori silam datang silih berganti kini...Terkenang saat kita di SMK Kompleks dulu..Tapi kan Na....kenangan antara kita sejak di sekolah rendah lagikan..Yang pasti kini antara kita menyulam satu kehidupan keluarga yang amat indah.Syukur kita kepada Allah kerana memberikan insan tersayang yang tahu menghormati hati kita dan amat menyayangi kita walau seringkali diri teruji dengan rencah hidup ini...Buat zu...aku terlalu sayang padamu zu...walaupun dimana aku berada tak akan aku lupa insan yang banyak di sisiku tika ku susah dan senang dulu.....
Sajak Buat Teman
Teman
Bicara ini buatmu...
Yang seringkali ada
Biarpun masa sentiasa beralih..
Keadaan sentiasa berubah..
Tapi dirimu tak pernah berubah....
Teman...
Sesekali masa silam kusingkap
Terasa semalam segarnya berlaku
Memori kau dan aku tercipta
Dalam gurau senda kita
Ada jua lagu duka
Ada jua lagu duka
Kita alunkan bersama
Mengikut tari kehidupan....
Teman...
Memang rencah hidup kita
Pertemuan,perpisahan....
Silih berganti...
Tapi dirimu tetap abadi
Di sudut hati...
Kerana dirimu insan yang sentiasa ku sayangi........
Langgan:
Catatan (Atom)
Orang lain sibuk duk latih murid-murid main bocce yang cikgu empat orang kat atas sibuk duk posing......
Setiap hari Rabu waktu pagi inilah aktiviti yang akan selalu dijalankan buat kelas PKBP 2.Macam-macam ragam dia orang nie nak siapkan satu penanda buku.Sabar jelah.

Inilah hasilnya....