Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 5 Mac 2010

Detik Manis Bersama.....



Kenangan bersama keluarga di hari perkahwinan La...Saat manis dapat berkumpul bersama dengan mereka ...Mungkin susah dah nak ambil gambar macam ni lagi...









 
  
 Nie keluarga mertua .Datang dari jauh kerana meraikan La...

 
  
  
 Tak sangka ketika acara memotong daging ,terjumpa tiga keping daging yang telah dipotong yang terukir kalimah Allah.

Rabu, 3 Mac 2010

Koleksi gambar Aimy


 
 Gambar-gambar ni hari pertama aimy lahir ke dunia.

Keluarga Bahagiaku

 
Inilah keluarga ku...Sesungguhnya aku bahagia dikurniakan suami dan anak-anak yang membahagiakan..

Permata hatiku....

Hari Pertama Nur Aimy (10 Feb 2009)

 
Tak percaya rasanya aku akan dapat cahayamata lagi..Dan paling bahagia lahirnya baby perempuan yang selama ini kunantikan untuk temankan kakaknya Nur Alya...KAU BEGITU SEMPURNA..DI MATAKU KAU BEGITU INDAH.. .

Rindu kat Mak...

 
Mak........
Jarak dan masa telah memisahkan kita
Namun ingatan padamu tak pernah pudar
Telah ditakdirkan diri ini jauh dengan dirimu...
Walaupun tanpa kerelaan...
Garis senyum mu 
Aku tau kau pilu
Ada sendu yang mak simpan dilubuk hati
Ada duka yang mak pendam kerna kami
Ada cerita sedih yang belum berakhir..
Kau teruji dengan insan yang tersayang..
kau jua turut teruji dengan sikap anakmu dan cucumu....
Kerana diri ini jua kini seorang ibu...
Aku mula mengerti ...
Perasaan rindu yang membara...
Perasaan kecil hati pada anak yang terlupa jasa seorang ibu...
Perasaan bimbang pada insan-insan yang pernah kita lahirkan...
Perasaan pengorbanan yang perlu kita lakukan...
Segala-galanya Mak...
Aku amat mengerti perasaanmu...
Walau jarak beribu batu...
Antara aku dan dirimu...
Tapi hati ini sentiasa rindu padamu....
Doaku ...
kebahagian..kerahmatan..dan kesejahteraan
Sentiasa di sisimu...
Walau apa pun yang kulakukan 
tak terbalas jika dibandingkan kasih sayang mu...
Sesungguhnya waktu ini aku rindu padamu.....


Isnin, 1 Mac 2010

Sekitar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Sinthia(26/2/2010)

Nie sekitar sambutan hari lahir Santhia...PKBP 8..Selamat ulangtahun kelahiran buat Sinthia cikgu ucapkan semoga panjang umur dan sentiasa berjaya dalam pelajaran.Jangan nakal-nakal tau..Terimalah hadiah dan kek dari cikgu dan kawan-kawan PKBP 8...

Ahad, 28 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY(1 mac 2010)

Selamat hari ulang tahunmu teman ( 1 Mac 2010) Ingin rasanya menjadi insan yang pertama mengucapkan happy birthday buatmu...Doaku semoga kesejahteraan,kebahagiaan,ketenangan sentiasa kau miliki.Semoga dipanjangkan umur..Sentiasa dilimpahkan rezeki dan cemerlang dalam kerjaya yang kau miliki....Sebagai seorang temanmu,sememangnya diri ini tidak pernah melupakan tarikh itu sejak mengenalimu dulu dan kini walaupun jarak dan masa telah lama memisahkan kita...

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY

 Sempena ulangtahun kelahiranmu...

 Teman...

Tiada kad untukku utuskan

Hanya dilaman bloq bisu ini

Kutitipkan ucap selamat buatmu

Kiranya kau akan membacanya

Atau mungkin hanya catatan ini tak kau sedari..

Biarpun segala kemungkinannya...

Kutetap ingin titipkan

Ucap selamat ulangtahun kelahiran buatmu..

Semoga....

Umurmu dipanjangkan Yang Maha Esa...

Lahirmu di dunia ini pastinya mengembirakan ibu dan bapa mu..dan insan-insan lain yang mengenalimu..

Aku seorang temanmu yang sentiasa ingin lihat kau ceria..

Gembiramu adalah bahagiaku..

Tanpamu terkadang sepi jua duniaku

Aku pasti kau pun begitu

Hanya terkadang jarak memisahkahkan kita...

Untuk kita menciptakan kembali kenangan waktu dulu...adalah tak mungkin

Namun kita tetap ada satu ingatan antara kita...

Kupasti ...

Engkaupun begitu

Lalu kuukirkan tinta ini

Agar menjadi satu coretan yang bermakna...

Harapan kau akan bahagia bila membacanya...

Ingin jua kupastikan kau akan tetap mengingatiku sebagai antara temanmu

Rindulah aku bila kau ingat kenangan dulu...

Antara kita pernah ada suka duka,gurau senda dan jua masam muka

Namun itu semua kini hanya memori silam yang tak akan kembali...

Mungkin hanya  kita kenangi..

Untuk kita selagi ada bernama ingatan 

Kenangku selalu dalam doamu....



 



 

 





 

 

 

 

 

Rabu, 24 Februari 2010

Sajak Rindu Buat Pantai.....

Disinilah tempat permainanku,tempat berkongsi ilmu dan tempat segalanya....nampak Pulau Bidong dan Pulau redang yang indah permai..https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=bf05ae89de&view=att&th=126fac9c5af1a67d&attid=0.4&disp=inline&realattid=f_g60o27us3&zw
Pantaiku..Batu Rakit.....
tiapkali mata ini memandangmu
pasti mengamit sayu
rindu kembali bersatu
pada memori dan insan yang kutinggalkan
terimbas kenangan dulu
masa kecil dan alam kedewasaanku
kau kongsikan bersama suka dukaku
setiamu mendengar luahan hatiku...
melalui tinta kayuku mencoretkan perasaanku
Terkadang jua kau menghiburkan
pada diri ini yang keresahan
ditinggalkan oleh insan yang tersayang..
pantaiku....
kau pernah menyatukan aku kembali dengannnya
kau pernah jua menghadirkan insan misteri buatku
kau pernah jua menjadi saksi segala kenangan indah aku dan dirinya...
pastinya
aku akan kembali
ke sisimu lagi
atas undangan rindu......

Isnin, 22 Februari 2010

Pantai Batu Rakit Yang Kurindui

f baturakit terengganu 05 10 08 262edcr jpg Sebenarnya seronok jumpa gambar Pantai Batu Rakit kat blog  daripada seseorang yang duk sama kampung.
Permandangan yang di bawah ini sentiasa menghiasi ruang mata..Syahdunya tak sabar nak balik kg...
Dulu setiap petang aktiviti aku jalan-jalan kat tepi pantai tu....sesekali kutulis kata-kata luahan hati walaupun pasti takde orang yang membacanya...
Sunrise at Batu Rakit Beach by SHAZRAL.
 Gambar pantai Batu Rakit diambil dari Shazral photo.Cantik kan pantai kat Batu Rakit ni.

Gambar ni pulak pantai Batu Rakit yang diambil dari sifoo.com..Lihatlah perahu nelayan tu.....Dulu malam-malam duk kat tingkap tengok lampu-lampu yang berkelip .Tengok suasana orang candat sotong...Ada kenangan kat situ.
Nampaknya tak Batu Rakit dalam laut tu...Gambar ni dari plenkongjoran...Batu tu sering menjadi tempat untuk aku tenung lama-lama.Kat pantai ni pulak tempat permainan aku dan juga.....
Dulu kalau tempat lepak suka duk tepi perahu macam ni...Wei ...cantiknya aku kan.(Foto dari foto media .com)
Nie gambar kat pantai Pagar Besi ...Tempat rumah aku sekarang.Yang pasti Batu Rakit tetap abadi di hati.

Sajak buat teman 2

Teman
Andai kini kau dan aku
terpisah  kerana jarak waktu
Tapi
Harus kau tau
Segalanya bukan niatku untuk
jauh dan jauh darimu...
dan juga 
ingin kumahu kau tahu
kenangan antara kau dan aku
masih tetap segar 
dan 
tak mungkin luput
dalam kotak ingatanku..
kerana dirimu
insan yang sentiasa ada
di sudut kamar hatiku...