TEKS UCAPAN MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN
Terima kasih Pengerusi majlis…
Yang Berbahagia ,Datin
Aisah binti Jaman Pengetua Sekolah
Menengah Kampong Jawa
Yang di
hormati Puan Anita Mat Idris YDP PIBG
SMK Kampong Jawa
Yang diraikan Bersama Puan
Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Kokurikulum dan Puan Noraidah binti Jaafar .
Yang berusaha Puan Azwin Fairuz binti Ajidan,Penolong
Kanan Pentadbiran
Puan Eng Hong Li ,Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Puan Noraidah Binti Abd Ghafar ,Penolong Kanan
Petang
Puan Nordiana Binti Ngaspan ,Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Kampong Jawa.
Barisan guru kanan mata Pelajaran
Pengerusi dan AJK SMK Kampong Jawa.
Suami tercinta En Mohd Faisal Ibrahim
Rakan-rakan guru dan staf
Tuan-puan serta mrid-murid yang dikasihi sekalian.
Asalamualaikum dan salam Sejahtera.
Hadirin sekalian,ingin saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana memberikan saya berucap sepatah dua kata.
Kalau sebelum ini,saya
menyaksikan dan meraikan rakan-rakan
yang bersara,hari ini tiba jua giliran saya ,pengucapan terakhir dari saya
sebagai seorang guru yang bakal bersara.
Dengan penuh rasa Syukur ke hadrat Ilahi,kerana
merestui majlis persaraan Titipan Memori Seikhlas Budi yang cukup
bermakna dan amat indah yang diadakan ini untuk saya dan rakan guru
yang lain.Pastinya tanggal 15 December 2023 ini merupakan tanggal yang paling
haru,dalam lipatan hidup saya,kerana diraikan sebegini merupakan penghargaan
yang amat tinggi yang diberikan oleh pihak sekolah dan rakan-rakan
semua.Sempena persaraan pilihan saya pada 1 Januari 2024.
Pada
kesempatan ini , saya mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada rakan guru dan AKP terutamanya kepada Yang
Berbahagia Datin Aisah Binti Jaman, Pengetua SMK Kampong Jawa,Pengerusi Kelab
Bagus dan AJK ,rakan-rakan guru dan AKP
, kerana mengadakan majlis khas ini
untuk kami bertiga. Penghargaan yang amat tinggi dan amat bermakna untuk saya.
Semoga Allah memberi keberkatan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Hadirin sekalian,
Sepanjang perjalanan hidup
mengharungi kancah pendidikan ini,saya menggarap banyak pengalaman,sampai
kadang-kadang terasa 24 jam sehari itu tidak mencukupi .Dunia pendidikan ini
sebenarnya terlalu indah .Beberapa tahun bersama .rakan seperjuangan ,kalian semua
telah memberikan banyak gelak tawa dan rasa kegembiraan.Situasi ini buat kita
termasuk saya lupa beban tugas pendidikan.Saya gembira pada waktu kita bersama ,khususnya
di PPKI ,bermuafakat dan bermesyuarat ,makan bersama ataupun kita sama-sama
bersantai membuat lawatan.Sesungguhnya kita Bersama-sama merasakan susah
senangnya berada dalam dunia pendidikan ini.
Hadirin sekalian,
kekuatan. Sesebuah organisasi akan cemerlang bila semua
kakitangan bekerjasama ,bantu membantu dalam segala hal..kerana tidak ada
manusia yang sempurna sifatnya , melainkan Allah…..Oleh itu saya berpesan
rakan-rakan untuk terus bekerjasama demi anak bangsa, agama dan Negara. Saya
juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada, pengetua , barisan Penolong kanan, rakan guru dan Rakan
AKP kerana memberi sokongan yang padu kepada saya.
Apa saja yang saya capai selama 25 tahun dalam dunia pendidikan
,sebenarnya adalah sebahagian daripada
semangat kerja berpasukan,saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai guru
yang terasing dan diasingkan.
Apa saja program atau projek atau tugasan,sentiasa ada orang
yang memberi bantuan dan kalian adalah sebahagian daripada orang-orang itu.Ada
yang menasihatkan ada yang memberi sokongan .Ada yang memberi bantuan.Ada yang
memberikan keyakinan dan harapan.dan tidak kurang juga tulus Ikhlas menghargai
kejayaan yang saya kecapi.Kerja berpasukan inilah yang memberikan kejayaan dan
kenangan yang amat manis Dan kalaupun ada sedikit persilisihan ,maka itu
hanyalah sekadar asam garam kehidupan untuk mendapatkan persefahaman.
Berkerja bersama kalian khususnya di PPKI memberi makna bahawa ada sahabat yang memberi
perhatian ketika saya menghadapi kesulitan.Tanpa di sedari ,kalian juga banyak
memberi sumbangan kepada kehidupan saya dan keluarga,terima kasih untuk
segalanya.
Terima kasih juga untuk warga SMK Kampong Jawa PIBG ,Penguasa kantin,rakan-rakan di bahagian pembersihan,kedai buku dan rakan
di bahagian keselamatan.Terima kasih atas segala yang tercipta antara kita.
Hadrin sekalian.
Kejayaan seseorang itu pastinya ada seseorang yang memain
watak utama yang menyokong perjuangan .Begitu juga saya,Ingin saya mengambil
kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan
tercinta,suami saya En Mohd Faisal Ibrahim,yang sentiasa memberi 100 peratus
sokongan dalam kerjaya saya. Bermula dari awal saya berkhidmat hingga ke hari
ini,insan inilah yang mengajar saya supaya sentiasa bersemangat ,Ikhlas dalam
bekerja dan sentiasa memberi bantuan dalam apa saja demi memastikan segalanya lancar
dan terbaik.Terima kasih kerana tidak pernah mempersoalkan masa kerja saya.
Terima kasih juga untuk murid-murid,khususnya murid-murid
PPKI.Terima kasih kerana memberi banyak memori yang manis yang tak
terlupakan.Kepada Murid-murid yang menduduki SPM nanti,cikgu doakan semoga
kalian semua cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini,
saya mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan
dan kesilapan yang dilakukan ,terkasar bahasa dan tingkahlaku yang menyinggung
perasaan tuan-tuan dan puan-puan dan halalkan makan minum juga. Di sini juga
saya memberi kemaafan kepada semua. Semoga hidup kita bertambah berkat dan
diredhai ALLAH SWT.
Yang patahkan tumbuh,yang hilang kan berganti,
Begitulah hidup ini, bila saya berundur akan ada penggantinya, Diharap
pengganti saya nanti ,seorang yang lebih baik dan komited dalam kerja dan akan
terus menjulangkan SMK Kampong Jawa.
kepada murid-murid,saya akan rindukan kerenah kalian
semua,rindukan suara kecil memberi
salam,rindukan senyuman Ikhlas,pelukan ….dan berbagai… Saya akan rindukan
suasana kerja bersama rakan. Usik mengusik kata mengata ,bimbing membimbing . Atas
pilihan sendiri,saya terpaksa berundur untuk melangkah ke era baharu menjalani
kehidupan yang belum dirancang lagi. Namun semangat dan jiwa saya dalam bidang
pendidikan tetap unggul dalam jiwa dan sanubari….saya masih bersedia untuk
menyumbangkan bakti untuk anak bangsa khasnya di SMK Kampong Jawa ini……selamat tinggal rakan-rakan selamat
tinggal murid-muridku…..jadilah anak
kebanggaan ibubapa. JANGAN LUPA KENANGLAH SAYA DALAM DOA ANDA.
SEKIAN…..TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!