Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 17 Ogos 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS MINGGU PENDIDIKAN KHAS(PERTANDINGAN MEMBACA SAJAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.) SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

 TEKS PENGACARA MAJLIS MINGGU  PENDIDIKAN KHAS(PERTANDINGAN MEMBACA SAJAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS ,PPKI SMK KAMPONG JAWA.)

SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

 

 

HARI :SELASA

TARIKH:17.8.2021

MASA:9.00 PAGI

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup.Dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung dan disepanjang pertandingan deklamasi sajak berlangsubg nanti.Tidak juga dibenarkan menulis apa-apa di ruangan chatting atau sembang kecuali ada pertanyaan ..

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Selamat datang kami ucapkan

Kata bermadah salam diberi.

Kehadiran semua kami alu-alukan

Majlis meriah bertambah seri

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang

SMK Kampong Jawa,

Barisan Hakim yang arif ,

YM Raja Ahmad Termizi bin Raja Abdullah dan

En Mohd Zawal bin Abdul Razak ,Guru Bahasa Melayu Aliran Perdana SMK Kampong Jawa,

Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS PPKI SMK KAMPONG JAWA 2021.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Sempena Minggu Pendidikan Khas   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan Pendidikan anak -anak murid PPKI  .

Antara objektif program ini diadakan ialah melahirkan dan membentuk murid berdisplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah .Membentuk keperibadian dan sahsiah mulia dalam kalangan murid PPKI dan juga melatih dan mendedahkan kepada murid tentang pengurusan di dalam segala aspek kehidupan.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

 

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN PK PPKI

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa merangkap  pengerusi program pada hari ini untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH TN  PENGETUA

Hadirin dan hadirat sekalian,

 

Seterusnya,  majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan  Yang Berusaha  Tuan Haji Hishamuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Kampong  Jawa,Sekolah Amanah untuk menyampaikan bingkisan kata ,dan sekaligus merasmikan Minggu Pendidikan Khas ,SMK Kampong Jawa 2021

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan

Demikian satu pengucapan yang telus,pecikan kata yang halus,membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha ayahanda Tuan Pengetua di atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

 Hadirin yang dihormati sekalian,untuk makluman semua,berikut adalah pertandingan -pertandingan yang dianjurkan oleh Unit PPKI SMK Kampong Jawa bersempena Minggu Pendidikan Khas.

!.Pertandingan Deklamasi sajak

2.Pertandingan Capan dan Kolaj Kefungsian Rendah

3.Pertandingan Bento dan gubahan tuala Kefungsian Sederhana

Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Jumaat,iaitu pada pukul 2.30 petang 20 Ogos 2021.

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam pertandingan -pertandingan yang dianjurkan bersempena Minggu Pendidikan Khas ini berjalan lancer.


PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS PPKI SMK KAMPONG JAWA 2021.

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya kita akan memulakan PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KHAS PPKI SMK KAMPONG JAWA 2021.

 

Sebelum tirai pertandingan di buka ,izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan menghakimi sepanjang pertandingan ini di adakan. Kedua -dua panel terdiri yang dipilih  adalah guru yang mengajar Bahasa Melayu di aliran Perdana  yang sangat berpengalaman .

Hakim pertama ialah YM Raja Ahmad Tarmizi Bin Raja Abdullah , juga merupakan Ketua  guru disiplin ,SMK Kampong Jawa.

Hakim seterusnya En Ahmad Zawal bin Abdul Razak ,yang sering kita lihat dan dengar suaranya sebagai pengacara majlis dalam pelbagai majlis di sekolah

 

 

 

 

 

Hadirin sekalian, sebelum memulakan pertandingan moleklah sekiranya saya

membacakan terlebih dahulu syarat-syarat pertandingan yang perlu dipatuhi oleh setiap

peserta dalam pertandingan ini.

Antara syarat pertandingan adalah seperti berikut:

 

1.Terbuka kepada semua murid PPKI SMK Kampong Jawa.

2.Sajak yang dideklamasikan adalah dalam Bahasa Melayui sama ada ciptaan sendiri atau di ambil daripada karya orang lain.

3.Tema sajak adalah bebas tetapi tidak menyentuh sensitivity kaun dan agama.

4. Masa diperuntukkan adalah 5 minit.

5.Gaya persembahan dan pemilihan pakaian yang bersesuaian akan diambil kira untuk permakahan.

6.Murid juga digalakkan memnngunakan alat peragaan ataupun props.

7.Keputusan hakim adalah muktamad.

Itulah tadi syarat  -syarat pertandingan pada pagi ni.

 Kak ita besok boleh x selitkan ucapan terima kasih kepada wana sebagai pengurus peserta. Dia bkn sekadar pengurus peserta malah dia bg latihan bagi murid2 deklamasi sajak.

-

 

 

PERTANDINGAN DEKLAMASIKAN SAJAK BERMULA

 Baiklah . Sidang Hadirin Sekalian , Pertandingan Deklamasikan Sajak dimulakan .Sama -sama kita hayati bait-bait kata deklamasi sajak dari peserta pertandingan sajak kita sebentar nanti.

Majlis mempersilakan peserta pertandingan  deklamasi  sajak yang pertama,mempersilakan Adik Muhammad Hakimi  Hilmi Bin Noor Khairidzani dari kelas KSSMPK Tingkatan 5 untuk mendeklamasikan sajak dengan judul Bangsaku.

Demikian tadi,puitisnya bahasa.terima kasih kepada Adik Muhammad Hakimi  Hilmi Bin Noor Khairidzani Acara kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan Pertandingan Mendeklamasi sajak yang kedua iaitu adik Adam bin Sukri dari kelas KKBP Cekal untuk mendeklamasikan sajak bertajuk  Covid 19.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Adam Haris Bin Sukri.

Peserta ketiga  yang akan mendeklamasikan sajak  dipersilakan Adik Muhammad Ali bin Umar dari kelas KSSMPK Tingkatan 3 dengan tajuk 31 Ogos datang lagi.

 

Terima kasih diucapkan kepada Adik Muhammad Ali Umar.

Seterusnya menjemput peserta keempat iaitu Adik Nur Hidayah binti Shaharmidon dari kelas KSSMPK Tingkatan 2 .Judul sajak  yang akan dideklamasi beliau ialah ………………………………………….. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Nur Hidayah binti Shaharmidon .

 

Seterusnya menjemput peserta kelima  iaitu Adik Hoe Chiun Sien  dari kelas KSSMPK Tingkatan 3 .Judul sajak  yang akan dideklamasi beliau ialah Sumpah Anak Watan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Hoe Chiun Sien .

Seterusnya menjemput peserta keenam  iaitu Adik Emir Husainy bin Mohd Rosli  dari kelas KSSMPK Tingkatan 2 .Judul sajak  yang akan dideklamasi beliau ialah Negaraku Merdeka. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Emir Husainy bin Mohd Rosli .

 

Seterusnya menjemput peserta ketujuh  iaitu Muhammad   Ikwan Dahalan  bin Abdullah dari kelas KSSMPK Tingkatan 1 .Judul sajak  yang akan dideklamasi beliau ialah ………………………………………….. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Muhammad   Ikwan Dahalan  bin Abdullah .


Perserta terakhir bagi kategori mendeklamasikan puisi, ditampilkan kini Adik Nur Khadijah Shahirah  binti Abdul Razak  untuk mendeklamasikan sajak bertajuk__ Covid 19 mengenangmu 31 ogos.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Nur Khadijah Shahirah  binti Abdul Razak  .

 

Begitulah tadi seramai 8 orang peserta telah menunjukkan persembahan mereka dalam pertandingan deklamasi sajak sempena Minggu Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa 2021. Syabas dan tahniah kepada semua peserta pada kali ini kerana berani dan penuh yakin menampilkan bakat.

Di kesempatan ini.jutaan terima kasih juga didedikasikan buat Cikgu Norazuwana  binti Ismail sebagai guru pembimbing dan juga ibu bapa yang terlibat.

 SENARAI PESERTA PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

BIL

NAMA MURID

KELAS

1.

MUHAMMAD HAKIMI HILMI BIN NOOR KHAIRIDZANI (BANGSAKU)

KSSMPK TINGKATAN 5

2.

ADAM HARRIS BIN SUKRI(COVID 19)

KKBP CEKAL

3.

MUHAMMAD ALI UMAR BIN ROSLIZAN(31 OGOS TIBA LAGI)

KSSMPK TINGKATAN 3

4.

NUR HIDAYAH BINTI SHAHARMIDON

KSSMPK TINGKATAN 2

5.

HO CHUN SIEN(SUMPAH ANAK WATAN)

KSSMPK TINGKATAN 3

6.

EMIR HUSAINY BIN MOHD ROSLI(NEGARAKU MERDEKA)

KSSMPK TINGKATAN 2

7.

MUHAMMAD IKHWAN DAHLAN BIN ABDULLAH

KSSMPK TINGKATAN 1

8.

NUR KHADIJAH SHAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK(COVID19 MENGENANGMU 31 0G0S)

KKBL 3

 

ULASAN DAN KEPUTUSAN HAKIM

Sidang hadirin sekalian,seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan ___________________________________untuk membuat ulasan dan rumusan pertandingan dan seterusnya mengumumkan pemenang pada hari ini.

 

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________atas ulasan dan pengumuman keputusan pertandingan  sebentar tadi.

Adat nan baharu berubah-ubah

Adat manusia mengandung salah

Keputusan pertandingan diketahui sudah

Ada yang menang ada yang kalah

Tahniah dan Syabas kepada para pemenang,yang kalah usah menjerut rasa ,cuba lagi di lain masa ,di lain acara



PENUTUP 

Sidang hadirin sekalian,

Kita sampai dipenghujungnya,pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenhujung ini untuk menyatakan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi ini nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Di Dedekasikan kepada

Semua Pentadbir  ,barisan hakim.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI dan PPM

Ibu bapa dan murid PPKI SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program kita pada hari ini.

Jejaran mengkudu bias kesuma

Dicelah angsana di Kuala Sedeli

Akhir di sini noktah Bersama

Di lain masa bersua Kembali.

 

 

SESI BERGAMBAR

Dipohon  semua yang ada untuk membuka kamera masing-masing bagi sesi bergambar.buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar.

Kini selesai sudah Program kita pada hari ini .  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!