Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2020
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK KAMPONG JAWA
29 FEB 2020
DEWAN JUARA SMKKJ `
KLANG
PENGUMUMAN
Assalamualaikum dan selamat pagi
Tuan-tuan dan puan –puan sidang hadirin yang dihormati sekalian, disini ada beberapa pengumuman iaitu
1.Mesyuarat Agung PIBG kita akan dijalankan pada pukul 8.30 pagi.Mohon kerjasama semua hadirin untuk berada di dalam dewan Juara pada pukul 8.20 pagi.
2.Mohon meletakkan kedudukan hp berada di dalam keadaan mod senyap .
3. .Kerjasama,sokongan daripada tuan-tuan,puan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Hadirin yang dihormati sekalian,Kita akan saksikan persembahan tayangan multimedia sekelumit nostalgia episod-episod dalam pelayaran bahtera SMK Kampong Jawa yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2019 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.
Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Muhammad Izuuan Roslan dan YM Raja Zulkhairi bin Raja Nong Abdul Rashid juga dengan kerjasama semua warga SMK Kampong Jawa. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya dipertontonkan dalam majlis yang penuh bermakna ini
PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
Mengumumkan ketibaan yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris yang diiringi masuk oleh Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap pemangku pengetua SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain
.Hadirin dipohon berdiri.
LAGU NEGARAKU
Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Mesyuarat Agung tahunan kali ke 23 SMKKJ 2020 dimulakan dengan menyanyikan Lagu Negaraku. Para hadirin diminta menyanyikan lagu Negaraku bersama –sama.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
DALAM BERCAKAP BERSOPAN SANTUN
DALAM SUSAH TUNTUN MENUNTUN
DALAM SENANG SANTUN MENYANTUN
MULIA ANAK SEMPURNA AKHLAK
MULIA TUA SEMPURNA AGAMA
MULIA BAHASA BERBUDI BAHASA
MULIA MAJLIS TERTIB ATUR CARA
Daun selasih daun bidara
Di cari orang di mana jua
Ucapan aluan pembuka bicara
Di dewan juara kita bersua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.
Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua SMK Kampong Jawa
2. Yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang ,Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga merupakan jurulatih Utama Sarana dan pengerak PIBK
4. Yang berusaha Tn Hj Muzikir bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa merangkap Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
5. En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
6. Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa,
7. Yang dihormati En Shamsul bin Kahar Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa
8.Barisan AJK PIBG
9.Barisan ketua bidang.ibu bapa ,guru-guru dan warga SMK Kampong Jawa dihormati
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Juara dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 SMK Kampong Jawa 2020.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua
Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran semua kami alukan
Majlis ceria bertambah seri.
Bagi pihak ahli jawatankuasa serta seluruh warga SMK Kampong Jawa turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020.
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ melahirkan murid cemerlang dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ melahirkan murid cemerlang dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.
Ibarat kata cerdik pandai “kejayaan akan hanya dimiliki bagi mereka yang bersungguh”`
PERSEMBAHAN DIKIR BARAT
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah sebentar di tepi jeti
Persembahan Pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin dan hadirat sekalian
Sebelum kita memulakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 ini, apa kata kita saksikan dahulu persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa.
Majlis mempersilakan pasukan dikir barat ke pentas untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa yang amat berbakat di bawah pimpinan__________________________________ dan _________________________________________
BACAAN DOA
Anak ayam turun Sembilan
Mati seekor tinggal berlapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan.
Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan
Pastinya mengharapkan majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput ______________ ___________________
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Pergi mengail ikan haruan
Turut di bawa jala dan pukat
Terima kasih kepada tuan dan puan
Doa di pohon semoga berkat.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___________________________________ atas bacaan doa itu tadi
UCAPAN WAKIL PENGETUA
Hadirin dan hadirat sekalian.
Tiada hilir tiadalah hulunya
Tiada sempurna tanpa ucapannya
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa merangkap pemangku pengetua untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murud SMK Kampong SMK Kampong Jawa.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Anak teruna duduk bersila
Makan pula berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
UCAPAN YDP PIBG
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna.
Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,Yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris ` Terima kasih diucapkan.
TAKLIMAT KEIBU BAPAAN
Hadirin Sekalian,
Seterusnya dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga Jurulatih Utama Sarana dan pengerak utama PIBK untuk menyampaikan satu taklimat keibu bapaan.dan seterusnya merasmikan Gimik Pelacaran Tabung Teduhan Ilmu .(Dataran Berbumbung)
Di persilakan dengan segala hormatnya.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd .mohon terus kekal di pentas untuk acara seterusnya.
GIMIK PERASMIAN DATARAN BERBUMBUNG
Dipersilakan Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua SMK Kampong Jawa dan Yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa serta barisan pentadbir yang lain ke pentas bagi bersama-sama dengan Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd untuk pelancaran Gimik Perasmian Dataran Berbumbung.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Hadirin Sekalian,demikianlah tadi Gimik Pelancaran Dataran Berbumbung Teduhan Kasih dilancarkan sebentar tadi.Terima kasih diucapkan .
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda kenangan budi Dipersilakan Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua SMK Kampong Jawa menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd .Dipersilakan Dato untuk menerima cenderahati.
PERSEMBAHAN
Kini majlis diteruskan dengan persembahan __________________daripada wakil murid SMK Kampong Jaya iaitu _________________________________________________________________Sama- sama kita saksikan.
Demikian lah tadi persembahan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
MESYUARAT AGUNG PIBG
Tanpa membuang masa Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa kali ke -23 ini akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa , Justeru itu,majlis diserahkan kepada Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris untuk mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.
CABUTAN BERTUAH
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan Yang dihormati En Shamsul Bin kahar Naib yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk membuat 10 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para jemputan yang bertuah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati En Shamsul Bin kahar Naib yang Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk kerana menyempurnakan acara sebentar tadi.
CABUTAN HADIAH 2
Hadirin dan hadirat sekalian
Kita teruskan lagi cabutan bertuah pada hari ini.untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput yang berusahai Tn Haji Muzikir bin Mohamed ,Penolong kanan Kokurikulum merangkap Penolong Kanan Pentadbiran untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Yang berusaha Tn haji Muzikir bin Mohamed kerana menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan bertuah pada hari ini.
CABUTAN BERTUAH MEGA
Hadirin Sekalian
Acara seterusnya adalah cabutan bertuah mega .Semua yang berada di dalam dewan ini iaitu ibu bapa dan guru berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah ini.Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang Dipertua PIBG untuk membuat ______cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang Dipertua PIBG kerana menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan bertuah pada hari ini.
PENUTUP
Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..
Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2020. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah
KEHADIRAN TETAMU DAN VVIP
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -23 SMKKJ 2020
Bil
|
Nama
|
Hadir
|
T.Hadir
|
1
|
Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua SMK Kampong Jawa
| ||
2
|
Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa
| ||
3.
|
Dato Seri Rahim bin Awang ,Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga merupakan jurulatih Utama Sarana dan pengerak PIBK
| ||
4.
|
Tn Hj Muzikir bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa merangkap Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
| ||
5.
|
En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
| ||
6
|
Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa,
| ||
7.
|
En Shamsul bin Kahar Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!