Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 29 Februari 2020

Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2020


TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK KAMPONG JAWA

29 FEB 2020
DEWAN JUARA SMKKJ   `
KLANG

PENGUMUMAN

Assalamualaikum dan selamat pagi

Tuan-tuan dan puan –puan sidang hadirin yang dihormati sekalian, disini ada beberapa pengumuman iaitu
 1.Mesyuarat Agung PIBG kita akan dijalankan pada pukul 8.30  pagi.Mohon kerjasama semua hadirin untuk berada di dalam dewan Juara pada pukul 8.20 pagi.

2.Mohon meletakkan kedudukan hp berada di dalam keadaan mod senyap .

3. .Kerjasama,sokongan daripada tuan-tuan,puan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih.



PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin  yang dihormati sekalian,Kita akan saksikan persembahan  tayangan multimedia sekelumit nostalgia episod-episod  dalam pelayaran bahtera SMK Kampong Jawa yang  memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2019 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Muhammad Izuuan Roslan dan YM Raja Zulkhairi bin Raja Nong Abdul Rashid juga dengan kerjasama semua warga SMK Kampong Jawa. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya dipertontonkan dalam majlis yang penuh bermakna ini


PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris  yang diiringi masuk oleh   Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap pemangku pengetua  SMK Kampong Jawa dan  para Tetamu Khas yang lain

.Hadirin dipohon berdiri.

LAGU NEGARAKU

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,  Mesyuarat Agung tahunan kali ke 23 SMKKJ   2020 dimulakan dengan menyanyikan Lagu Negaraku.  Para hadirin diminta  menyanyikan lagu Negaraku bersama –sama.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
 
Hadirin dipersilakan duduk.


KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

DALAM BERCAKAP BERSOPAN SANTUN
DALAM SUSAH TUNTUN MENUNTUN
DALAM SENANG SANTUN MENYANTUN
MULIA ANAK SEMPURNA AKHLAK
MULIA TUA  SEMPURNA AGAMA
MULIA BAHASA BERBUDI BAHASA
MULIA MAJLIS TERTIB ATUR CARA




Daun selasih daun bidara
Di cari orang di mana jua
Ucapan aluan pembuka bicara
Di dewan juara kita bersua.





Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;

1. Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua  SMK Kampong Jawa
  
2. Yang dihormati  Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa

3. Yang berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang ,Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga merupakan jurulatih Utama Sarana dan pengerak PIBK
4. Yang berusaha Tn Hj Muzikir bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa merangkap Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
5. En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
6. Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa,
7. Yang dihormati En Shamsul bin Kahar Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa
8.Barisan AJK  PIBG
9.Barisan ketua bidang.ibu bapa ,guru-guru dan warga SMK Kampong Jawa dihormati
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita  memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Juara  dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 SMK Kampong Jawa 2020.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua

Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran semua kami alukan
Majlis ceria bertambah seri.
Bagi  pihak ahli jawatankuasa  serta seluruh warga SMK Kampong Jawa turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat   kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan  Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020.
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ  melahirkan  murid cemerlang  dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.

Ibarat kata cerdik pandai “kejayaan akan hanya dimiliki bagi mereka yang bersungguh”`



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah sebentar di tepi jeti
Persembahan Pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin dan hadirat sekalian

Sebelum kita memulakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 ini, apa kata kita saksikan dahulu persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa.

Majlis mempersilakan pasukan dikir barat ke pentas untuk membuat persembahan.

Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa  yang amat berbakat di bawah pimpinan__________________________________ dan _________________________________________


BACAAN DOA

Anak ayam turun Sembilan
Mati seekor tinggal berlapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan.

Sidang hadirin  warga dewan yang dimuliakan

Pastinya mengharapkan  majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput ______________ ___________________     
untuk  memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.


Pergi mengail  ikan haruan
Turut di bawa jala dan pukat
Terima kasih kepada tuan dan puan
Doa di pohon semoga berkat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___________________________________ atas bacaan doa itu tadi


UCAPAN WAKIL PENGETUA

 Hadirin dan hadirat sekalian.

Tiada hilir tiadalah hulunya
Tiada sempurna  tanpa ucapannya


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha  Cik Zarina binti Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa merangkap pemangku pengetua   untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh  Yang Berusaha  Cik Zarina binti Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murud  SMK Kampong SMK Kampong Jawa.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
  

Anak teruna   duduk bersila
Makan pula  berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP  PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa,  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..
Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna.

Demikian tadi ucapan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,Yang dihormati  Pn Anita binti Mad Idris ` Terima kasih diucapkan.

TAKLIMAT KEIBU BAPAAN
Hadirin Sekalian,
Seterusnya dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga Jurulatih Utama Sarana dan pengerak utama PIBK untuk menyampaikan satu taklimat keibu bapaan.dan seterusnya merasmikan  Gimik Pelacaran Tabung Teduhan Ilmu .(Dataran Berbumbung)

Di persilakan dengan segala hormatnya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd .mohon terus kekal di pentas untuk acara seterusnya.







GIMIK PERASMIAN DATARAN BERBUMBUNG

Dipersilakan Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua  SMK Kampong Jawa dan  Yang dihormati  Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa serta barisan pentadbir yang lain  ke pentas bagi bersama-sama dengan Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd untuk pelancaran Gimik Perasmian Dataran Berbumbung. 

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Hadirin Sekalian,demikianlah tadi Gimik Pelancaran Dataran Berbumbung Teduhan Kasih dilancarkan sebentar tadi.Terima kasih diucapkan .




PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda kenangan budi Dipersilakan Yang Berusaha Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua  SMK Kampong Jawa menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato Seri Rahim bin Awang Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd .Dipersilakan Dato untuk menerima cenderahati.


PERSEMBAHAN

Kini majlis diteruskan dengan persembahan __________________daripada wakil  murid SMK Kampong Jaya iaitu _________________________________________________________________Sama- sama kita saksikan.


Demikian lah tadi persembahan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.






MESYUARAT AGUNG PIBG

Tanpa membuang masa  Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa kali ke -23  ini  akan dipengerusikan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa , Justeru itu,majlis diserahkan kepada Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris   untuk mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.
CABUTAN BERTUAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan  Yang dihormati En Shamsul Bin kahar Naib yang Dipertua PIBG  SMK Kampong Jawa untuk membuat 10 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para jemputan yang bertuah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati En Shamsul Bin kahar Naib yang Dipertua PIBG  SMK Kampong Jawa untuk kerana menyempurnakan acara sebentar tadi.





CABUTAN HADIAH 2
Hadirin dan hadirat sekalian

Kita teruskan lagi cabutan bertuah pada hari ini.untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput yang berusahai Tn Haji Muzikir bin Mohamed ,Penolong kanan Kokurikulum   merangkap Penolong Kanan Pentadbiran untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Yang berusaha Tn haji Muzikir bin Mohamed kerana menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan bertuah pada hari ini.

CABUTAN BERTUAH MEGA
Hadirin Sekalian

Acara seterusnya adalah cabutan bertuah mega .Semua yang berada di dalam dewan ini iaitu ibu bapa dan guru berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah ini.Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang Dipertua PIBG untuk membuat ______cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Yang Dihormati Pn Anita binti Mad Idris Yang Dipertua PIBG kerana menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan bertuah pada hari ini.


PENUTUP
Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini  mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.


Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan  indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa  2020. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada  para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.



Sekian, wabillahitaufiq walhidayah



  
KEHADIRAN TETAMU DAN VVIP
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -23 SMKKJ 2020

Bil
Nama
Hadir
T.Hadir
1


Cik Zarina binti Ismail , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,merangkap pemangku Pengetua  SMK Kampong Jawa


2

Pn Anita binti Mad Idris Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa


3.
Dato Seri Rahim bin Awang ,Pengarah Urusan Syarikat Prima Mega Avenue Sdn Bhd juga merupakan jurulatih Utama Sarana dan pengerak PIBK


4.
Tn Hj Muzikir bin Muhamad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa merangkap Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa



5.
En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa



6
Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa,




7.
En Shamsul bin Kahar Naib Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa