KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN PEMASANGAN KIPAS DI BILIK GURU
1.0 PENDAHULUAN
Badan Amal Guru dan Staf (BAGUS) bercadang untuk membuat pemasangan kipas tambahan di bilik guru bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada warga guru agar dapat melaksanakan tugas dengan tenang dan selesa.Seringkali terdengar rungutan di kalangan guru yang mereka tidak selesa berada di dalam bilik guru terutama apabila waktu tengahari berikutan keadaan bilik yang agak panas .
2.0 LATAR BELAKANG:
2.1 Cadangan tempat adalah 2 buah bilik guru yang melibatkan sesi pagi dan sesi petang.
2.2 Sebanyak 15 buah kipas akan ditambah hasil daripada sumbangan warga SMK Kampong Jawa.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengurangkan suhu panas dalam bilik bilik guru.
3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara AJK BAGUS dan guru kerana warga guru sedar keprihatinan BAGUS pada kebajikan warga guru dan Staff.
3.3 Mewujudkan keadaan yang konduksif dan selesa kepada warga guru dan mengurangkan tekanan kepada guru.
4.0 RASIONAL
Rasional keperluan mendesak tambahan pemasangan kipas adalah untuk memberi keselesaan kepada para guru untuk berehat dan melakukan kerja ketika berada dalam bilik guru.
5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek pemasangan kipas yang diusahakan oleh BAGUS bagi memastikan kebajikan guru terjaga dan boleh digunapakai untuk guru-guru sesi pagi dan petang.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk warga guru melakukan aktiviti-aktiviti rutin .
5.3 Tempat berehat yang selesa untuk warga guru sementara menunggu pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PEMASANGAN
Bil
|
Sumber
|
Jumlah
|
1.
|
PIBG
|
RM 600.00
|
2.
|
Individu
|
RM 600.00
|
3.
|
Jumlah
|
RM 1200.00
|
8.0. RUMUSAN:
Bagi merealisasikan cadangan ini,sumbangan dan perhatian dari pihak PIBG dan pihak luar amatlah dialu-alukan.Sumbangan ini diharap menjadi pemangkin kepada para guru untuk berkerja dengan lebih kominted inovatif dan kreatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak yang sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami.
Disediakan oleh
………………………
(NORZITA MOHAMED)
Pengerusi BAGUS sesi 2019/2020
SMK Kampong Jawa.
Disahkan oleh
………………………………………
(TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua
SMK Kampong Jawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!