Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 8 Januari 2019

KERTAS KERJA KIOSK KEUSAHAWANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA 2019

KERTAS KERJA KIOSK KEUSAHAWANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA 2019

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kebenaran dari pihak sekolah SMK

Kampong Jawa  untuk membuka Kiosk Usahawan PPKI. Kiosk PPKI telah

ditubuhkan sejak tahun 2016. Sejak dari penubuhannya,  Usahawan PPKI telah

berusaha menerapkan ciri-ciri usahawan dan pendidikan keusahawanan secara tidak

langsung kepada pelajar-pelajar PPKI yang berpotensi. Selain itu Keusahawanan

PPKI  juga terlibat secara langsung dalam program-program keusahawaan

peringkat sekolah seperti pada Hari Koperasi serta Hari Ko-Kurikulum. Oleh sebab

yang demikian pihak PPKI merasakan adalah perlu untuk membuka sebuah Kiosk

Usahawan PPKI. Kiosk ini diharapkan agar dapat menjadi tapak kepada Usahawan

PPKI menjadi lebih aktif dan berdaya maju.

2-0 RASIONAL

Penubuhan Kiosk Usahawan PPKI diharapkan dapat membuka potensi pelajar keperluan khas dalam:

2.1 Melatih sikap usahawan dalam diri pelajar

2.2 Menjadi tapak praktikal kepada pelajar yang berpotensi

2.3 Mendedahkan kepada pelajar urusan jual beli yang sebenar

2.4 Membiasakan serta mengurangkan perasaan kekok dan rendah diri dalam

   diri pelajar untuk berurusan dengan masyarakat sekeliling

2.5 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar khas mendapat pendedahan 

   keusahawanan semaksimum mungkin yang boleh diberikan oleh pihak sekolah 

kepada  mereka.

2.6 Merapatkan jurang interaksi antara pelajar aliran perdana dan pelajar khas supaya

objektif pendididikan khas integrasi tercapai

   2.7 Memastikan pelajar khas mendapat pengalaman yang bermakna semasa berada 

        di sekolah sesuai dengan keupayaan mereka




3.0 PERLAKSANAAN

 
3.1 Lokasi cadangan Kiosk Usahawan PPKI ialah di bahagian belakang  blok

      utama PPKI sebelah bilik guru dan Pusat Sumber PPKI


3.2 Kiosk Usahawan PPKI akan beroperasi bermula  minggu ketiga bulan Januari hingga Nov                  2019  iaitu  tiga kali seminggu iaitu  pada hari  Selasa,Rabu dan Khamis .

3.3 Produk jualan meliputi:

i .Makanan dan minuman  serta produk masakan keluaran kelas  masakan. 

ii. Aiskrim.

iii. Roti Bakar.

iv Jagung Cup

v  Kerepek

vi  Biskut
3.4 Sasaran pembeli adalah warga sekolah SMK Kampong Jawa .

3.5 Keuntungan hasil jualan pada setiap akhir bulan akan diagih kan seperti      
berikut:

Bil

Peratus Keuntungan
10%
20%
60%
10%
1.Koperasi Sekolah
/



2.PPKI

/


3.Kiosk


/

4.Pekerja



/

4.0 PENGLIBATAN

4.1 Dua orang guru perempuan PPKI

4.2 Sembilan orang murid dari Kelas KKBP Arif

4.3 Sembilan orang murid dari kelas KKBP Bagus

4.4 Seorang PPM



5.0 JAWATANKUASA

Penasihat :            Haji Mohamad Kamaludin bin Taib
 Pengetua SMK Kampong Jawa


Pengerusi :           Pn Normala bt Misman
 Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa


Naib Pengerusi :  Pn Shuhara Hamizan Binti Abu Hanifah
 Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa


Setiausaha :           Pn Norzita Mohamed (GURU)


Bendahari :            Pn Nurul Hazwani bt Nik Chik (GURU)


Pen.Bendahari :     Pn Noraizah bt Salip (PPM)


AJK Murid     :     Semua murid PPKI KKBP Arif/KKBP Bestari
              
                               (Rujuk Lampiran 1)



6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN/KOS


Bil
Butiran
Harga

Jumlah
1. 
Peti Ais
RM 1500.00
RM 1500.00
2. 
Mesin Abc
RM  250.00
RM  250.00
3. 
Pembakar Wafel
RM  250.00
RM  250.00
4. 
Dapur Elekrik
RM  300.00
RM  300.00
5. 
Mesin Deep Fryer
RM  350.00
RM  350.00
6. 
Almari Penyimpanan Barang
RM  350.00
RM  350.00
7. 
JUmlah

RM 3000. 00


 Sumber kewangan adalah daripada LPBT PPKI berjumlah  RM3000.00.




7.0 PENUTUP

Pihak PPKI amat berharap agar cadangan untuk membuka Kiosk Usahawan

PPKIdapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan anak-anak syurga ini

selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Selain itu, Keusahawanan  PPKI juga

amat berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak sekolah untuk

membawa PPKI SMK Kampong Jawa ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.



Disediakan oleh:  
                                             

….…………………………………….
(PN NORZITA MOHMED)                                                                              
Guru PPKI,
SMK Kampong Jawa.                                              




Disemak oleh:


………………………………………………..
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan PPKI ,
SMK Kampong Jawa.




Diluluskan oleh:

….………………………………………………………
(HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua,
SMK Kampong Jawa.












PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,
SMK KAMPONG JAWA,
KLANG, SELANGOR


KERTAS KERJA CADANGAN
KIOSK KEUSAHAWANAN PPKI
SMK KAMPONG JAWA

2019




DISEDIAKAN OLEH:

PN NORZITA BINTI MOHAMED

GURU KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN PPKI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!