Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 1 November 2017

Teks Prengacara Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa 2017.



Tentatif 1
SEBELUM MULA MAJLIS
Assalamualaikum  salam sejahtera  dan salam satu Malaysia,
Sidang hadirin sekalian
Bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan penuh gemilang,izinkan pihak majlis memaklumkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

Pertama
Sukacita mendapat  kerjasama para  hadirin yang membawa telefon bimbit untuk mengaktifkan mode senyap telefon masing-masing.Sila pastikan sekarang telefon bimbit  berada dalam mode yang telah dinyatakan tadi.
Kedua
Sebaik sahaja diumumkan perarakan masuk  tetamu kehormat ke dalam dewan,para hadirin mohon untuk berdiri sebagai tanda hormat sehinggalah mereka sampai ke tempat duduk masing-masing.Sebaik sahaja VVIP tiba ke tempat duduk,lagu Negaraku akan terus dimainkan.
Para hadirin juga diingatkan berdiri sekali lagi ketika VVIP dan rombongan meninggalkan dewan.
Ketiga
Para hadirin dimohon tidak meninggalkan dewan sehingga majlis selesai.Sekiranya hadirin perlu untuk keluar,hadirin dimohon keluar dengan tertib.
Keempat
Para hadirin tidak dibenarkan bangun meninggalkan tempat duduk untuk mengambil atau merakam gambar di dalam dewan ini sepanjang majlis berlangsung.
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan semoga majlis ini nanti dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih atas keprihatinan siding hadirin sekalian.

Tentatif 2
Pengumuman Perarakan

Perarakan masuk para graduan SMK Kampong Jawa . .
(Graduan mengambil tempat)
Mengumunkan perarakan masuk Barisan Ketua Bidang bersama guru kelas tingkatan 5
(Ketua bidang dan guru mengambil tempat )

Mengumumkan perarakan besar  masuk ke dewan.   Para hadirin di mohon berdiri.


Tentatif 3
Nyayian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Negaraku

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing

(VVIP duduk dan terima buku program dan teks ucapan)


Tentatif 4
Tarian Selamat Datang



Tentatif 5
Tayangan Multimedia

Demikian tadi dapat kita saksikan persembahan tarian dan tayang multimedia .Untuk makluman hadirin sekalian Tarian Selamat Datang itu tadi dipersembahkan oleh para pelajar Tingkatan 5 yang sangat berbakat di bawah pimpinan
Pn.Hasfariza binti Hamzah dan Pn.Suzeliyanti binti Zainal Abidin

manakala persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi adalah  hasil garapan kreatif guru SMK Kampong Jawa iaitu En.Muhammad Izzuan bin Roslan dan Pn. Umi Faieza binti Basri .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Tentatif 6
Kata Aluan Pengacara Majlis


Bismillah…
Alhamdulillah…
Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh.
Salam SMK Kampong Jawa Sejahtera.

Indah malam kerana bintang
Terang purnama kerana mentari
Selamat datang kami ucapkan
Ke majlis Graduasi sambutan dirai

Ramai tetamu bermadah puisi
Kata bertuan tanda berbahasa
Selamat bertemu di majlis graduasi
Semoga tuan puan selamat sejahtera

Yang Berbahagia
Datuk Insinyur Kamaruzzaman Bin  Johari
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Dan isteri
Datin Raunah binti Abdul Jalil

Yang Berusaha
Pn Hajah Adliyah bt Ramli, Pegawai  Pejabat  Pendidikan Daerah Klang
Yang Berbahagia
Pn  Anita bt Md Idris
Yang Dipertua PIBG, SMK Kampong Jawa Klang

Yang Berusaha
Tn Haji Mohamad kamaludin bin Taib
Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati
Pn Noraizah binti Mohd Noor
Penolong Kanan Pentadbiran merangkap pengerusi  Majlis Graduasi  SMK Kampong Jawa 2017.

Yang Dihormati
Puan Puziah bt. Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa

Tuan Hj. Muzikir b. Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Puan Normala Binti Misman
Penolong Kanan PPKI SMK kampong Jawa

En Amir Syaifuddin Bin abdul Majid , Penolong Kanan Petang SMK kampong Jawa
,
Para tetamu jemputan,guru-guru para graduan  yang diraikan serta hadirin-hadirat  sekalian .


SELAMAT DATANG KE MAJLIS GRADUASI KALI KE-4
SMK KAMPONG JAWA ,KLANG 2017.
Alhamdulillah jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT ,atas limpah rahmat dan keizinan-Nya jua maka kita dapat berhimpun di dewan yang serba indah ini bagi meraikan majlis graduasi pelajar Tingkatan lima SMK Kampong Jawa.

Majlis terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan  kepada   Yang Berbahagia Datuk Insinyur Kamaruzzaman Bin Johari di atas kesudian beliau melapangkan waktu untuk bersama-sama kita serta merasmikan majlis.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan ibu bapa yang turut sama hadir memeriahkan majlis pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati, untuk pengetahuan semua ,majlis Graduasi pada 28 Oktober 2017 ini merupakan majlis graduasi kali keempat yang diadakan sebagai pengiktirafan kepada pelajar Tingkatan Lima yang memenuhi syarat-syarat graduasi. Seramai 150 orang pelajar dari aliran perdana dan 8 orang dari aliran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan Bermasalah Penglihatan. Majlis ini juga diharapkan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar lebih bersedia dan berazam untuk melakukan yang terbaik serta mewujudkan daya saing antara mereka bagi meningkatkan prestasi akademik sekaligus mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017



Tentatif 7
Bacaan Doa

Duduk bersama satu tujuan
Indah Majlis Gilang Gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan

Hadirin yang dimuliakan, bagi menambah keberkatan majlis agar berlangsung seperti direncanakan majlis dengan hormatnya mempersilakan__________________________
Dari Ting______, untuk memimpin bacaan doa

Majlis mempersilakan

Aamin,aamin Ya Rabbal Alamin, Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________________ di atas bacaan doa itu tadi.



Tentatif 8
Aluan Pengetua

Ucapan aluan pembuka kata
Merai jemputan pemanis bicara
Agenda ucapan majlis bermula
Memulakan agenda ucapan tuan pengetua

 Warga dewan yang dimuliakan
Majlis yang penuh bermakna pada pagi ini  diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaludin bin Taib , pengetua sekolah menengah kebangsaan kampong jawa untuk menyampaikan ucapan .

Dengan hormatnya,majlis mempersilakan .

Majlis mengucapkan  terima kasih di atas ucapan Yang Berusaha  Tn Haji Mohamad Kamaludin bin Taib , pengetua SMK Kampong Jawa  itu  tadi.

Tentatif  9
Ucapan  dan Perasmian
Hadirin dan hadirat  yang dimuliakan,

Saat dan ketika yang kita nanti-nantikan kini tiba
Dahan semulur dilapah bebiri
Batang jerami ,tunduk ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk itu majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia  Datuk Insinyur Kamaruzzaman Bin Johari Ketua UMNO Bahagian Kota Raja  tampil ke pentas utama untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan  Majlis Graduasi 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa.Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Kalau ada si bunga rampai
Kirimkan saya buat penyeri
Jasa yang berbahagia tidak  ternilai
Seluruh alam menjadi saksi..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan  kepada Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzzaman Bin  Johari atas kesudian menyempurnakan upacara perasmian sebentar tadi

Gimik Perasmian

Seterusnya majlis mempersilakan yg berusaha Tn.Hj. Mohamad Kamaludin bin Taib pengetua SMK Kampong Jawa dan yang dihormati Pn.Anita binti Md Idris yang dipertua PIBG SMK Kampong Jawa mengiringi yang berbahagia datuk untuk acara gimik perasmian dengan paluan gong sebanyak 3 kali. dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.






Tentatif 10
Pengisytiharan Graduasi Tingkatan 5- Penolong Kanan 1 (Pn Noraizah bt Mohd Noor)

Bunga melur di hujung dahan  
Penghias seri di waktu malam
Sudilah puan beri ucapan
Lafaz isytihar pembuka kalam

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah binti Mohd Nor Penolong Kanan Pentadbiran SMK kampong Jawa merangkap pengerusi  Majlis Graduasi  SMK Kampong Jawa 2017 untuk mengistiharkan pembukaan Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa tahun 2017.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Pn Noraizah Bt Mohd Nor atas pengistiharan pembukaan Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa tahun 2017 sebentar tadi.


Tentatif 11
Penyampaian Sijil Graduasi (Sidang Pertama)

Kalau roboh kota Melaka
Bawa diri ke Tanjung Jati
Majlis bermula tirai di buka
Acara penganugerahan sijil Graduasi.

Bicara bukan sebarang bicara
Bicara beralun santapan puisi
Gembira bukan sebarang gembira
Gembira menyambut hari graduasi

Panglima johor segak bergaya
Srikandi negara cekal taat setia
Melangkah kemas penuh bergaya
Mengecap kejayaan yang di cita-cita.

Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Jika disulami tekad dan semangat waja


pentas .dengan ini dipersilakan.
Salam pembuka dihulur sudah
Ayuh segera ke sidang yang pertama

Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan sesi 2017.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Graduasi bagi graduan sidang 1, diminta para graduan bersedia.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Insinyur Kamaruzzaman Bin Johari Ketua UMNO Bahagian Kota Raja diiringi oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib,Pengetua SMK Kampong Jawa untuk naik ke pentas  bagi menyempurnakan  majlis  penganugerahan Sijil. Kepada graduan SMK Kampong Jawa 2017

Majlis dengan hormatnya  mempersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Sains jemput guru tingkatan Pn.Siti Aminah bt. Awang Teh untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Dipersilakan( Baca nama graduan)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5  Prinsip Akaun .Di  jemput guru tingkatan Pn.Norhayati binti Saat untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5  MPV .Di  jemput guru tingkatan Pn.Azmin bin Zubir untuk bersama-sama berada di atas



Majlis merakam ucapan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia datuk atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada para graduan sesi pertama.



entatif 12
Persembahan 1

Sarang merbah di pohon nangka
Manis madunya enak di makan
Majlis kini berehat seketika
Dendangan merdu kami persembahkan..

Sidang  hadirin yang dihormati,
Sebelum majlis diteruskan penganugerahan sijil sesi kedua ,sama-sama kita saksikan persembahan pelajar .
Majlis diteruskan lagi dengan alunan dendangan putera-putera SMK kampong Jawa

Dipersilakan,
Demikian tadi persembahan putera-putera SMK Kampong Jawa mendendangkan lagu merdu sebagai halwa telinga kita bersama .
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan mereka.

Persembahan 2

Para hadirin yang dihormati sekalian
Seterusnya kita tampilkan persembahan yan kedua iaitu persembahan _______________________________oleh pelajar-pelajar __________


Dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan yang begitu semangat daripada pelajar-pelajar SMK Kampong Jawa.
Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing dan pelajar  atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.



Tentatif 13
Penyampaian Sijil Graduasi (Sidang Kedua)

Sidang Hadirin sekalian

Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa 2017 diteruskan lagi dengan penyampaian sijil sidang kedua.
Untuk itu majlis sekali lagi berbesar hati  mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Insinyur Kamaruzzaman Bin  Johari  diiringi oleh Yang Berusaha Tn Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib,    bagi menyempurnakan  upacara   penyampaian sijil  graduasi kepada graduan-graduan seterusnya..

Majlis dengan hormatnya  mempersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Sains Sukan Di jemput guru tingkatan Pn.Noraida binti Jaffar untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Dipersilakan( Baca nama graduan)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Perdagangan Di jemput guru tingkatan Pn.Nur Nadhilah binti Maskhor untuk bersama-sama berada

di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Dipersilakan( Baca nama graduan)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Tasawwur Di jemput guru tingkatan En.Zaidi bin Bidin untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Dipersilakan( Baca nama graduan)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Pendidikan Seni 1 Di jemput guru tingkatan Pn. Siti Farhana binti Haidzir untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.

Dipersilakan( Baca nama graduan)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar ting 5 Pendidikan Khas Di jemput guru tingkatan Mageswary untuk bersama-sama berada di atas pentas .dengan ini dipersilakan.
Dipersilakan( Baca nama graduan)

Tahniah diucapkan kepada semua graduan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang  Yang Berbahagia Datuk Insinyur  Kamaruzzaman Bin  Johari atas kesudian menyampaikan sijil graduasi sidang kedua sebentar tadi.


Tentatif 14
Penyampaian Cenderamata

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Sebagai tanda terimakasih  sekalung budi Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Kamaludin Bin Taib ,Pengetua  SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan cenderahati kepada yang  Berbahagia Datuk Haji  Datuk insinyur  Haji Kamaruzzaman Bin  Johari. Ketua umno bahagian kota raja atas kesudian yang berbahagia datuk menyempurnakan penyampaian sijil graduasi itu tadi.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.




Tentatif 15
Pengisytiharan Penutupan  Majlis Graduasi 2017

Warga dewan yang dimuliakan

Majlis sekali lagi  mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah binti Mohd Nor Penolong Kanan Akademik SMK kampong Jawa  untuk mengistiharkan  Majlis Graduasi SMK Kampong Jawa tahun 2017 di tutup

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha pn noraizah bt mohd nor .




Tentatif 16
Jamuan

Terbangnya murai mencari pauh
Batang selasih di tanjung jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra
Majlis seterusnya memjemput Yang berbahagia datuk dan para hadirin untuk menikmati jamuan.




Tentatif 17
Ucapan Penutup

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Begitulah tadi berakhirnya majlis graduasi SMK Kampong Jawa bagi tahun 2017. Mewakili Jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. 

Kepada para pelajar ,kami guru-guru mendoakan yang terbaik untuk anda semua. 

adikan memori indah pada majlis graduasi ini sebagai pemangkin semangat untuk kalian bergraduasi sekali lagi di pentas konvokesyen universiti.Jangan hampakan harapan guru-guru dan ibu bapa untuk melihat kejayaan anda semua.

Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan.

Terima kasih sekalung budi
Daripada kami seikhlas hati

Dengan ini ,majlis memohon kemaafan atas segala keterlanjuran ,kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilah taufik walhidayah assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tentatif  18 
Perarakan Keluar Tetamu Kehormat

Mengumumkan perarakan keluar Tetamu kehormat Yang Berbahagia Datuk IR Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzzaman Bin  Johari (DPSM.SIS.KMN)Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta tetamu jemputan dan barisan pentadbir  .Warga dewan mohon berdiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!