MINIT MESYUARAT
KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS
SMK KAMPONG JAWA
Tarikh : 11 Julai
2017
Hari : Selasa
Masa : 9.00
pagi
Tempat : Bilik
Mesyuarat SMKKJ
Kehadiran
1.Kata Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kepada semua wakil dari
sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Daerah Klang yang hadir.
2.Laporan Jawatan
Kuasa
2.1 JK Jemputan (SMK Kampong Jawa)
2.1.1 Surat jemputan telahpun diedarkan meliputi perasmi,hakim dan
sekolah- sekolah yang berdekatan.
2.1.2 Surat jemputan atas nama PPD daerah Klang.
2.1.3 Jemputan
kepada JPN Selangor akan dilakukan.
2.1.4 Semua jemputan untuk mengadakan perkhidmatan dan pameran telahpun diterima kecuali dari bahagian psikologis
yang masih belum memberi sebarang jawapan.
Tindakan JK Jemputan
2.2 JK Pendaftaran (SK Klang)
2.2.1
AJK seramai 4 orang.
2.2.2 1 meja dan 2 kerusi akan disediakan (alas meja
dan bunga)
2.2.3 Jk Pendaftaran akan melabel dan membuat boring
pendaftaran
2.2.4 Borang kehadiran perlu diserahkan pada JK
Dokumentasi pada hari itu juga
2.2.5 Borang kehadiran VIP perlu
diserahkan pada
·
Pengacara majlis
·
Perasmi
·
Pengerusi Pengelola
Tindakan : JK Pendaftaran
2.3 JK Sambutan
2.3.1 Tetamu kehormat yang hadir akan ditempatkan
di Bilik Kaunseling sementara menunggu majlis dijalankan.
2.3.2 Jemputan yang lain terus berada di dewan .
Tindakan : JK Sambutan
2.4 JK Perasmian Protokol/Gimik
2.4.1 Bunga manggar akan
disediakan dan muzik kompang akan digunakan semasa perarakan masuk.
2.4.2 lagu iringin diminta
dapatkan dengan JK PA Sistem
2.4.3 Gimik dijalankan dengan potongan riben pada banting .
Tindakan: JK Perasmian ,JK PA
Sistem
2.5 JK Teks Ucapan
2.5.1
Teks ucapan akan disediakan untuk pengerusi pengelola dan perasmi
2.5.2 Teks ucapan pada pengerusi
pengelola perlu di ada data sekolah,murid termasuk berapa bilangan sekolah rendah dan menengah
,juga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini.
2.5.3 Teks ucapan untuk perasmi
perlu dinyatakan bagaimana masyarakat boleh memain peranan dalam memastikan pendidikan
yang cemerlang kepada murid kurang upaya
.
2.5.4 Teks ucapan yang telah siap
diemail kepada urusetia untuk di semak.
2.5.4 teks ucapan diletakkan
dalam folder dan diberi sebelum perasmian
Tindakan: JK Teks Ucapan/JK Perasmian
Protokol
2.6 JK Pengacara Majlis dan
Bacaan Doa
2.6.1 Bacaan doa akan dibacakan
oleh murid PPKI SMK Kampong Jawa dan teks disediakan oleh SMK Meru.
2.6.2 Jurubahasa dari SK (P)
Bukit Kuda akan dijemput untuk murid
bermasalah pembelajaran .Surat jemputan dari PPD perlu dikeluarkan untuk guru
yang berkenaan.
2.6.3 Raptai akan dijalankan pada
hari Isnin pukul 11.00 pagi .
Tindakan: JK Pengacara Majlis /JK
Perasmian Protokol.
2.7 JK Sumbangan dan Tajaan
2.7.1 Sumbangan telah pun
dilakukan kepada pihak kantin,pembekal dan kedai buku.
2.7.2 Surat sumbangan mestilah dari
Persatuan Pendidikan Khas daerah Klang.
Tindakan : JK Sumbangan dan
Tajaan/Bendahari
2.8 JK Persiapan Pentas dan Backrop
2.8.1 Pastikan nama yang betul
pada buku program,banner dan menggunakan rekabentuk yang sama .
2.8.2 Banner dipasang seminggu
lebih awal di PPD daerah Klang (Anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan Kerjasama Persatuan Pendidikan Khas Daerah
Klang)
2.8.3 Hantar PDF ke JK Buku Aturcara untuk tindakan
seterusnya.
Tindakan : JK Persiapan Pentas
dan Backrop/JK Buku Aturcara
2.9 JK Persiapan Tempat
2.9.1 Khemah untuk gerai dan pameran akan dipasang
pada hari Isnin.
2.9.2 2 buah khemah ukuran 20”x20”
akan disewa dengan harga RM 300 untuk setiap
khemah.
Tindakan : JK Persiapan Tempat
2.10 JK Makanan dan Minuman
2.10.1 Bilik kesihatan dan PIBG
di gunakan untuk jamuan VIP. (perasmi ,PPD, wakil jabatan,pibg ,wakil pameran ,hakim )
2.10.2
Makanan untuk murid tidak disediakan.
Tindakan
: JK Makanan dan Minuman
2.11 JK Buku Atur Cara
2.11.1 Pastikan sama dengan banner dan dapatkan PDF
dari JK Banner.
2.11.2
Semak ejaan nama ,pangkat serta lain-lain agar tidak berlaku kesilapan ejaan.
2.11.3
Dua lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor akan dinyanyikan.
Tindakan
: JK Buku Atur Cara
2.12 JK Pertandingan dan Kehakiman
2.12.1
Pertandingan Memancing Terbuka
·
Satu penyertaan setiap sekolah
·
Pemenang dipilih berdasarkan berat timbangan
·
SMK Kampong Jawa akan menyediakan segala
peralatan memancing
2.12.2 Pertandingan inovasi dan
bahan terbuang.
·
Pemenang dipilih berdasarkan
kreativiti,penggunaan bahan ,keberkesanan kepada murid dan persembahan semasa
pertandingan dijalankan.
·
Dijalankan di dewan
·
JK Peralatan diminta menyediakan satu kerusi dan
satu meja untuk setiap sekolah yang bertanding.
2.12.3 Pertandigan gerai
·
Pemenang dipilih berdasarkan pemarkahan yang meliputi kebersihan ,promosi,kreativiti, jualan tanda
harga dan menu makanan dan nama gerai.
2.12.4 JK Pertandingan perlu menyediakan seorang ajk untuk taklimat kepada semua hakim .
2.12.5 Hakim terdiri daripada Lead-Ed ,ketua bidang dan penolong kanan PPKI dari
daerah lain.
Tindakan : JK Pertandingan dan
Kehakiman/ Urusetia
2.13 JK Persembahan
2.13.1 Dua persembahan akan dipersembahkan iaitu:
·
Persembahan Multimedia yang akan memaparkan
perjalanan program dari pagi hingga pukul 11.00 pagi .
·
Persembahan Angklung daripada murid Pendidikan
Khas kampong Jawa.
Tindakan : JK Persembahan
2.14 JK Sijil dan Hadiah
2.14.1
Sijil akan di buat baru menggunakan duit Persatuan Pendidikan khas
2.14,2 Sijil untuk:
·
Pemenang pertandingan
·
Hakim
·
AJK (satu sekolah satu sijil )
2.14.3 Hadiah untuk pertandingan
bahan terbuang,gerai dan inovasi berbentuk wang tunai dan sijil.
2,14.4 Pengerusi mengingatkan
sediakan satu borang pengakuan penerimaan wang untuk tujuan audit.
2.14.5 Cenderamata untuk perasmi
iaitu sebakul buah-buahan diberikan selepas habis majlis iaitu sewaktu berada
di dalam kereta.
Tindakan : JK Sijil dan Hadiah
2.15 JK Fotografi dan Dokumentasi
2.15.1 Pengerusi mencadangkan
agar membuat sedikit video dan dimuatkan dalam youtube.
2.15.2 Penyediaan dalam bentuk
hardcopy
2.15.3 Segala yang berkaitan
dengan karnival termasuk surat jemputan perlu diletakkan dalam laporan
dokumentasi.
2.15.4 Disediakan dalam 3 salinan
untuk PPD ,persatuan dan tuan rumah.
2.15.5 Dokumentasi disediakan
menggunakan format yang lama .Semua JK diingatkan agar menyerahkan laporan pada
25 Julai 2017 atau melalui email .
Tindakan : JK Fotografi dan
Dokumentasi
2.16 JK Publisiti dan Siaraya
2.16.1 Mohon hebahkan kepada
semua melalui facebook,website serta media social yang lain.
2.16.2 Menghubungi wartawan atau
media
Tindakan : JK Publisiti dan
Siaraya
2.17 JK Keselamatan dan Lalu
Lintas
2.17.1 Hanya parking untuk
perasmi dan jabatan sahaja dibenarkan di dalam kawasan sekolah.Parking yang
lain di luar kawasan sekolah.
2.17.2 kawalan jalan harus dilakukan dengan
menggunakan khidmat Kadet Polis
Tindakan : JK Keselamatan dan Lalu
lintas.
2.18 JK Kebersihan dan Kebajikan
2.18.1 JK Kebersihan diingatkan
menyediakan plastik sampah sendiri. Mohon kerjasama dengan pekerja kebersihan sekolah untuk sama-sama
menjaga kebersihan sekolah pada hari tersebut.
2.18.2 PBSM juga disediakan oleh
JK Kebersihan dari sekolah yang dilantik.Makanan untuk murid yang membantu
tidak disediakan.RM 5 setiap orang akan diberikan dan dapatkan pada bendahari.
Tindakan : JK Kebersihan dan
Kebajikan
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!