SKRIP PERSARAAN PENGETUA SMKKJ
SKRIP PENGACARA
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
TN HAJI NASHAN BIN SINGGAN
PADA : 25 MEI 2017
HARI: KHAMIS
TEMPAT : DEWAN JUARA
SMK KAMPONG JAWA KLANG
DISEDIAKAN OLEH:
PN NORZITA BINTI MOHAMED
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
TN HAJI NASHAN BIN SINGGAN
PADA : 25 MEI 2017
HARI: KHAMIS
TEMPAT : DEWAN JUARA
SMK KAMPONG JAWA KLANG
DISEDIAKAN OLEH:
PN NORZITA BINTI MOHAMED
PENGUMUMAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN TN HAJI MOHAMAED NASHAN BIN SINGGAN DAN ISTERI ,DIIRINGI MASUK OLEH YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA PENYELIA KANAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN, KHAS JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, YANG BRBAHAGIA PN ANITA BINTI MD IDRIS YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA BERSAMA YANG BERUSAHA PUAN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA SERTA PARA TETAMU KHAS YANG LAIN.
SIDANG HADIRIN DIPOHON BERDIRI.
NYAYIAN LAGU NEGARAKU
SIDANG HADIRIN SEKALIAN
MEMULAKAN ATUR LANGKAH MAJLIS,MARILAH SAMA-SAMA KITA KUMANDANGKAN SUARA UNTUK MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU DENGAN IRINGAN MUZIK.
TERIMA KASIH .HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.
MAJLIS DENGAN PENUH RASA HORMAT DAN BANGGANYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN:
1.YANG DI KASIHI DAN DIRAIKAN TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN PENGETUA SMK KAMPONG JAWA DAN ISTERI PN HAJAH PUZIAH BINTI SIRAT.
2.YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA ,PENYELIA KANAN UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, WAKIL JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
3.YANG BERUSAHA ___________________________________________________PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG
5.YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA
6.YANG BERBAHAGIA PN ANITA BINTI MD IDRIS ,YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA
7.YANG BERUSAHA BARISAN PENTADBIR SMKKJ
6.YANG BERBAHAGIA ASP MOHD SUKRI BIN AYOB,PEGAWAI PENYIASAT KANAN JENAYAH IPD,KLANG
7.YANG BERBAHAGIA _______________________________________________________YAYASAN AMIR
8.YANG BERBAHAGIA________________________________________________________NUTP
9.YANG BERBAHAGIA _______________________________________________________ANGKASA
10.YANG DIHORMATI BARISAN PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH KLANG
11.BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG,
12.TETAMU -TETAMU JEMPUTAN
13.GURU -GURU, MURID-MURID ,HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.
HARUM SEMERBAK SI BUNGA MELUR
JADI HIASAN TAMAN LARANGAN
SEJAMBAK PANTUN MESRA DIHULUR
SETULUS INGATAN MENGIMBAU KENANGAN.
SAAT PERTEMUAN BERAWAL DENGAN KEBAIKAN ,MAKA AKHIRILAH SEBUAH PERTEMUAN DENGAN PERPISAHAN YANG MEMILIKI KENANGAN INDAH.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN KURNIA-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN JUARA PADA PAGI YANG PENUH HENING DAN DAMAI UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN JUA MENCIPTAKAN KENANGAN SEMPENA MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PERSARAAN UNTUK YANG DIRAIKAN TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.
BUAT PENGETAHUAN SEMUA ,TARIKH SEBENAR PERSARAAN YANG DIRAIKAN TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN ADALAH PADA 4 JUN 2017 DAN KEBETULAN PADA TARIKH ITU JATUH DALAM BULAN RAMADHAN JUGA DALAM CUTI PERSEKOLAHAN,JUSTERU MAJLIS PERSARAAN INI DI AWALKAN BEBERAPA HARI DARI TARIKH YANG SEPATUTNYA.DIHARAPKAN SENTUHAN MAJLIS PADA HARI INI
DAPAT DIJADIKAN TANDA KENANG-KENANGAN DI DALAM LIPATAN SEJARAH.
DARI PELABUHAN BAWA DELIMA
MASAK SEBIJI DI BALIK DAUN
JASAMU TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN=TAHUN
PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG YANG DITARIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR KELAB KEBUDAYAAN SMK KAMPONG JAWA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KELAB KEBUDAYAAN SMK KAMPONG JAWA ATAS PERSEMBAHAN TARIAN ITU TADI.
BACAAN DOA
SEKALI LAGI,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
TANGAN DI TADAH RESTU DIPINTA
PADA YANG ESA POHON SEGALA
INAYAH DAN TAUFIQ HAJAT TERMETRA
AGAR MAJLIS DIBERKATI JUA.
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAHKAN TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIBACAKAN OLEH EN MUHAMAD FARIED SHAH BIN MOHD NOR
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
AMIN,AMIN YA RABBAL ALAMIN…..MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN MUHAMAD FARIED SHAH BIN MOHD NOR DI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
SEMOGA MAJLIS NAN BERLANGSUNG DIBERKATI YANG MAHA AGUNG.
BACAAN BIODATA/PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
RAUT WAJAH PENUH KETENANGAN
TIDAK TERKALAM KASIH DIJUNJUNG
JASAMU TETAP DIKENANG
BUDIMU TETAP DISANJUNG.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
BAK KATA PERPATAH ,TAK KENAL MAKA TAK CINTA.TIDAK LENGKAP RASANYA MAJLIS ,TANPA MENGENAL EMPUNYA DIRI INSAN YANG DIRAIKAN PADA PAGI YANG DAMAI INI.MAKA PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PADA PAGI INI AKAN MEMPERSEMBAHKAN RENTETAN MEMORI PERJALANAN HIDUP YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN.
SEBELUM MAJLIS DITERUSKAN,DIJEMPUT YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN UNTUK DUDUK DI ATAS SINGGAHSANA YANG DISEDIAKAN DI ATAS PENTAS.DIPERSILAKAN.
DI BAWAH SELIAN DAN PENYEDIAAN JK MULTIMEDIA ,KAMI MEMPERSEMBAHKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN TAYANGAN MULTIMEDIA TENTANG BIOGRAFI DAN MEMORI PERJALANAN INSAN YANG SEDANG KITA RAIKAN INI YANG BERTAJUK SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH . MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI PERSEMBAHAN TERSEBUT.
BEGITULAH TADI DAPAT KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN .MUDAH-MUDAHAN IANYA DAPAT MEMBERI SUMBER INSPIRASI BUAT KITA SEMUA.
CUKUPLAH SETIAP KENANGAN YANG TELAH KITA TANAM ,AKAN MENJADI KENANGAN YANG TUMBUH SUBUR ,MENABUR BENIH SUKACITA DI ANTARA KITA .KARENA KITA TIDAK PERLU BERADA DI SINI,KITA TIDAK HARUS SELALU BERSAMA,KITA HARUS MELANGKAH UNTUK SATU DESTINASI .
SEMUA CERITA DI SEKOLAH INI AKAN BERAKHIR,CANDA,SENYUM,KEBAHAGIAAN DAN SEMUA MOMEN AKAN MENJADI SATU KENANGAN YANG TIDAK TERNILAI.
TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA.BENAR KATA PEPATAH MELAYU, YANG PATAH AKAN TUMBUH YANG HILANG AKAN BERGANTINAMUN YANG HILANG TIDAK AKAN SAMA DENGAN YANG BERGANTI. WALAU BAGAIMANAPUN,YANG HILANG AKAN TETAP DIINGATI KEKAL ABADI DI DALAM HATI.
PERSEMBAHAN NYANYIAN (KAU ILHAMKU /SALAM TERAKHIR)
SIDANG HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,KAMI TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR TINGKATAN 4 MPV DAN 5 TASSAWUR SEBAGAI KENANGAN HALWA TELINGA UNTUK KITA KHUSUSNYA UNTUK YANG DIRAIKAN.SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN KAU ILHAMKU DAN SALAM TERAKHIR
BEGITULAN LONTARAN SUARA DARIPADA PELAJAR-PELAJAR SMK KAMPONG JAWA YANG DIALUNKAN UNTUK KITA ,SEKALUNG PENGHARGAAN ATAS PERSEMBAHAN ISTIMEWA ITU TADI.
UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SIDANG HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ,UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BAGI MEWAKILI BARISAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN .SMK KAMPONG JAWA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
SONGKET TENUNAN DAHULU KALA
GEMERSIK INDAH TENUNAN MATA
SETULUS HATI YANG BERBAHAGIA YDP DIPERSILA
BERUCAP SEPATAH DUA KATA
KINI,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PN ANITA MD IDRIS,YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA ,UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGETUA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
MAJLIS SETULUS HATI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA PN ANITA MD IDRIS ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.
UCAPAN WAKIL JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
GUNUNG DAIK BERCABANG DUA
POHON BIDARA DI SIMPANG EMPAT
BUDI BAIK DIKENANG JUGA
SELAUT BICARA PEMBAKAR SEMANGAT.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS SETERUSNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA ,PENYELIA KANAN UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, WAKIL JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.
MAJLIS DENGAN PERASAAN TERHUTANG BUDI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA ,PENYELIA KANAN UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
UCAPAN YANG DIRAIKAN (PENGETUA)
HADIRIN YANG DIHORMATI,
SAMPAI MASA KITA NANTIKAN BAGI MENDENGAR BINGKISAN KATA DAN AMANAT.
SEKOLAH MENENGAH KAMPONG JAWA DENGAN PENUH BANGGA MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN TUAN HJ MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN MENERUSKAN TIRAI PERSADA UCAPAN,MENYAMPAIKAN AMANAT,UNTAIAN KATA KALUNGAN WACANA,SALAM PERPISAHAN BUAT KENANG-KENANGAN INSAN YANG BAKAL DITINGGALKAN.
DIPERSILAKAN.
DEMIKIAN ….SATU PENYAMPAIAN DAN PENGUCAPAN YANG TELUS MEMBAWA MESEJ DAN MAKNA YANG KUDUS DARI YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA.JASAMU PASTI KAMI ABADIKAN…AJARMU PASTI KAMI TIDAK LUPA.TEGURANMU PASTI MEMBINA KAMI.IANYA AMAT LUAS UNTUK DIUKUR.IANYA AMAT MAHAL UNTUK DINILAI.
MAJLIS MERAKAMKAN SEPENUH PENGHARGAAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN PENGETUA ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.
PENYERAHAN WARTIKAH PERSARAAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
BAK AIR YANG MENGALIR
TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU
PASTI TERSISA KENANGAN YANG TERINDAH
BERHIAS LUKA TIDAK BERDARAH
KESEMENTARAAN WAKTU MENGUTUS SERIBU BUMBU
KERANA SEKALI DIPANGGIL GURU
SELAMANYAPUN BERGELAR GURU.
SELAMAT TINGGAL SERIBU KARENAH
DATANG DAN PERGI PELBAGAI WAJAH
BERCAMPUR GEMBIRA BERSISIP GUNDAH
BERGEMA DIDIKAN BERALAS MADAH
SELAMAT TINGGAL SEBUAH TEMPAT BERNAMA SEKOLAH.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ATAS PERKHIDMATAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGANG DALAM BIDANG PENDIDIKAN ,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA ,PENYELIA KANAN UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, WAKIL JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN DARI PIHAK JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR.
MAJLIS PERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA.MOHON YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN TERUS KEKAL DI ATAS UNTUK ACARA SETERUSNYA .
PEMONTONGAN KEK HARI LAHIR
SEBAGAI TANDA INGATAN TULUS IKHLAS DAN MERAIKAN HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DIRAIKAN DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN SHAMSUDIN BIN ZAKARIA WAKIL JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN BAGI ACARA PEMONTONGAN KEK HARI LAHIR. MARILAH SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU SELAMAT HARI JADI UNTUK YANG DIRAIKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA EN SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA KERANA SUDI BERSAMA DALAM ACARA SEBENTAR TADI.
PENYAMPAIAN HADIAH /CENDERAHATI
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN
SETERUSNYA IALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA TANDA KENANG-KENANGAN YANG ABADI,TANDA KASIH TIDAK BERTEPI , AGAR INGATAN TAK LUPUT DI HATI KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN PENGETUA..
1.MAJLIS MEMPERSILAKAN KETUA PELAJAR SESI PETANG _____________________________________MEWAKILI PELAJAR SESI PETANG SMKKJ UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN PENGETUA.DIPERSILAKAN.
2.SETERUSNYA DIJEMPUT KETUA PELAJAR SESI PAGI _________________________________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA .DIPERSILAKAN,
TERIMA KASIH.
3.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT RUPESHRAJ A/L SHAMMUGAM SUNDRAN MEWAKILI SKIM LENCANA ANTI DADAH.
4.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT PUSAT SUMBER SEKOLAH ________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
5.MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT WAKIL KOPERASI SMKKJ IAITU PN ___________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN TANDA MATA DARIPADA PIHAK KOPERASI SMKKJ .DIPERSILAKAN.
6.MAJLIS SETERUSNYA MENJEPUT PN ANNE LOURDESAMY KETUA PEMBANTU TADBIR N26 MEWAKILI STAF SOKONGAN SEKOLAH UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
TERIMA KASIH.
7.SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA PENGERUSI KELAB BAGUS EN__________________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
8.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG BAHASA DIPERSILAKAN PULA PN _____________________________________________________SELAKU KETUA BIDANG BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
9.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
10.10SETERUSNYA MEWAKILI KEMANUSIAAN DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA KEMANUSIAAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
11.SETERUSNYA MEWAKILI BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DIPERSILAKAN PN ________________________________________SELAKU KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
12 SETERUSNYA DIPERSILAKAN PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI MEWAKILI UNIT PENDIDIKAN KHAS.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
13.BAGI MEWAKILI UNIT KOKURIKULUM,MAJLIS MEMPERSILAKAN ,YANG DIHORMATI TUAN HAJI MUZIKIR BIN MOHAMED ,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH
14.SETERUSNYA MEWAKILI UNIT HEM,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN PUZIAH BINTI TUBAN ,PENOLONG KANAN HEM UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
15.MEWAKILI MAJLIS TADBIR SEKOLAH ,DIJEMPUT YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR ,GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA TANDA INGATAN KEPADA TUAN PENGETUA.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
16. BAGI MEWAKILI PIBG,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PN ANITA MD IDRIS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH.
17,(ORANG PERSEORANGAN JIKA ADA)
18. YAYASAN AMIR
19.GURU BESAR
20.PENGETUA
21.PPD
22.JABATAN
BEGITULAH TADI UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK YANG DIRAIKAN TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGANG.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN TN HAJI MOHAMAED NASHAN BIN SINGGANG ATAS KESUDIAN MENERIMA CENDERAMATA ITU TADI.MAJLIS JUGA MERAKAMKAN SEJUTA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KALUNGAN BUDI ATAS TANDA INGATAN,SUMBANGAN DAN TANDA HATI YANG DIBERIKAN.SEMOGA MENJADI MEMOIR INDAH DALAM DAKAPAN YANG DIKASIHI TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN.
BELI CENDAWAN DI PEKAN ARA
MARI DIISI KELAPA DITANGAN
MESKI TUAN AKAN BERSARA
KAMI DI SMKKJ DILUPA JANGAN.
BAK AIR YANG MENGALIR
TIBA JUA KIRANYA DI MUARA WAKTU
DISINI KAMI PASTI MERINDU
HAKIKAT SEORANG INDIVIDU
BERNAMA PENGETUA
JELINGLAH KAMI JIKA MASIH RINDU BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU.
SELAMAT BERANGKAT DALAM DOA BERKAT
SELAMAT BERISTIREHAT DARI SEGALA MUSLIHAT
SELAMAT BERSARA DENGAN SEUNYUMAN MESRA
SENYUMLAH SEINDAH SURIA
SETELAH MENCURAHKAN SEGALA-GALANYA
PASTI BEROLEH KEREDAANNYA.
BAK AIR YANG MENGALIR
SAMPAI SINI KENANGAN TERINDAH PASTI TERUKIR.
BAGI PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERSARA BUAT YANG BERUASAHA TUAN HAJI MOHAMED NASHAN.
PENUTUP
PARA HADIRIN SEKALIAN,KITA TELAHPUN BERADA DIHUJUNG ACARA
ADA PASANG ADA SURUTNYA
ADA PANGKAL ADA HUJUNGNYA
ADA HULU ADA HILIRNYA
ADA PERTEMUAN ADA PERPISAHANNYA
ADA HILANG ADA GANTINYA
ADA AWAL ADA AKHIRNYA.
DENGAN ITU ,BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI,MAJLIS INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN KERANA SUDI BERSAMA KITA PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI DAN KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR YANG DIRAIKAN BERTAMBAH CERIA DAN BAHAGIA DI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
MAJLIS TURUT MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAUN KELADI,TERIMA KASIH MENJUNJUNG BUDI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH INI.
DI KESEMPATAN INI JUGA ,KAMI INGIN MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN ANDAI ADA SALAH SILAP SEPANJANG KAMI MENGACARAKAN MAJLIS INI.
TUAI PADI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN
INTAILAH KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN..
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,WA BILLAHIT TAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH.
ACARA BERSALAM-SALAMAN
KINI MAJLIS DENGAN TAKZIMNYA MENJEMPUT YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOHAMED NASHAN MENGAMBIL TEMPAT DI PINTU DEWAN UNTUK BERSALAMAN DENGAN PARA TETAMU.
DIPERSILAKAN.
Assalamualaikum Puan.
BalasPadamTeks pengacaraan yang begitu halus sekali bait-bait katanya.
Mohon izin untuk dijadikan bahan rujukan ya.
Terima kasih puan. Moga beroleh keberkatan.
terima kasih atas perkongsian teks yang amat indah sekali bahasanya...mohon share yer...
BalasPadamsaya mohon share moga pahala berpanjangan dan menjadi jariah buat cgu
BalasPadam