MAJLIS GRADUASI & JAMUAN AKHIR TAHUN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
2016
TARIKH
: 24 OKTOBER 2016
HARI :
ISNIN
TEMPAT
: DEWAN JUARA SMKKJ
TEKS
UCAPAN OLEH :
Assalamualaikum
warahmatullahhiwabarakatuh.
Salam
sejahtera dan salam terus menjulang Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa.
Terlebih
dahulu, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izinNya maka dapatlah kita berkumpul sekali lagi untuk
meraikan Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun Program Pendidikan Khas
Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa kali ke-2. Dengan
perancangan yang teliti guru-guru dan pihak yang terlibat, insyaAllah majlis
pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Semoga
majlis graduasi dan jamuan akhir tahun ini, akan menjadi satu kenangan manis
untuk semua warga PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, khususnya
murid-murid PPKI.
Tahniah diucapkan kepada 7 orang murid
pendidikan khas yang berjaya menyarung jubah graduasi pada hari ini. Diharapkan,
majlis ini akan mencetuskan satu semangat baru kepada mereka untuk terus
berdaya saing dan mengharungi detik-detik kehidupan seterusnya. Saya dan
seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, mendoakan agar anda semua terus berjaya
dan mencapai kegemilangan di peringkat yang lebih tinggi.
Tuan-tuan, puan-puan dan para murid yang dikasihi
sekalian.
Majlis
graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Kampong Jawa, atas penglibatan mereka sepanjang berada di
sekolah ini. Selama ini, mereka juga merupakan warga yang sama-sama terlibat dalam
pelbagai aktiviti sekolah. Disamping itu juga, majlis ini diadakan bagi
meraikan dan memberi penghargaan kepada semua warga PPKI Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Jawa, yang sentiasa memberi komitmen bagi memastikan PPKI Sekolah
Menengah Kebangsaan Kampong Jawa terus cemerlang.
Untuk
makluman semua, pada tahun ini terdapat di kalangan murid Pendidikan Khas SMK
Kampong Jawa yang telah melakar beberapa kejayaan dalam pelbagai bidang atas
daya usaha mereka dan bimbingan guru-guru yang penuh dedikasi, kreatif dan
inovatif. Contohnya dalam bidang kurikulum murid kita turut terlibat dalam
pertandingan Malaysia ICT Challenge for Special Needs 2016 di peringkat
kebangsaan. Manakala di bidang kokurikulum pula, murid kita iaitu Nurul Shafiqa
binti Saprisal telah dianugerahkan Anugerah penghargaan dari semua negeri di
Kejohanan Sukan Paralimpik Malaysia-Sarawak kali ke-18 baru-baru ini. Disamping
itu, kita juga turut terlibat dengan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan
Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Begitu juga, kita tidak ketinggalan turut
sama di setiap pertandingan yang diadakan di peringkat daerah. Antaranya tempat
ketiga kategori wanita di pertandingan Petangue
peringkat daerah, kejohanan
bowling, yang mana murid kita telah mendapat tempat pertama dan kedua kategori
lelaki dan perempuan. Selain itu juga, buat pertama kalinya murid PPKI kita
telah menyertai pertandingan tarian tradisional kreatif dan berjaya ke
peringkat akhir.
Pada
tahun ini juga, turut sama menitik beratkan kemahiran berasaskan vokasional
iaitu kemahiran membuat roti dan apa yang membanggakan kita adalah permintaan
roti amat menggalakkan terutamanya dari
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia cawangan Shah Alam. Dan kita juga turut
bekerjasama membantu mereka memberi ilmu kemahiran bermain angklung. Saya
percaya dengan semangat semua warga PPKI, akan menjadikan PPKI Kampong Jawa
ini, dikenali oleh masyarakat luar.
Semoga
kejayaan yang dicapai akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada
seluruh warga Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong
jawa, dalam meningkatkan pencapaian ke arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah, kepada guru-guru dan pembantu
pengurusan murid yang sentiasa tabah dan sabar dalam memberi didikan dan melayan karenah murid-murid ini sehingga mereka
tamat persekolahan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diberikan akan dapat
memberi manfaat kepada murid-murid ini agar mereka dapat sekurang-kurangnya
mengurus diri sendiri setelah keluar dari alam persekolahan
Kepada
anak-anak yang diraikan, gunakan segala ilmu, kemahiran dan terus berusaha
hingga mencapai kejayaan setinggi mungkin. Ramai anak-anak khas yang telah berjaya dalam hidup. Jangan
jadikan kekurangan anak-anak sebagai satu halangan untuk mencapai peluang yang
lebih baik. Seperti yang kita maklum,
pelajar-pelajar ini juga ada potensi sendiri walaupun terdapat kekurangan.Tetapi
saya percaya, dengan dorongan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat mereka juga boleh
berjaya seperti insan lain. Dan yang terlebih penting adalah mereka dapat berdikari
dan mengurus kehidupan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Akhir
kata, saya ingin mengucapkan selamat berjaya pada semua para graduan. Tahniah
kerana anda telah berjaya menamatkan pendidikan
anda di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!