Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 24 Oktober 2016

Teks Pengacara Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir tahun Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi ,SMK Kampong Jawa. 2016.

Teks Pengacara Majlis Graduasi dan Jamuan Akhir tahun  Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi ,SMK Kampong Jawa.
 2016.


DEWAN SEKOLAH SMK KAMPONG JAWA.
24 OKTOBER 2016

1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
PARA TETAMU, GURU DAN MURID DIMINTA UNTUK DIPERSILAKAN  MENGAMBIL TEMPAT DUDUK  MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,


MOHON KERJASAMA PARA HADIRIN DAN MURID-MURID AGAR BERDIRI APABILA DIUMUMKAN  KETIBAAN  TETAMU KEHORMAT KERANA SELEPAS SAHAJA TETAMU KEHORMAT MENGAMBIL TEMPAT DI PENTAS,KITA AKAN MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU,LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH.

HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.




1.PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT


MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA EN. MOHAMMAD BIN HASHIM YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA YANG DIIRINGI MASUK OLEH YANG BERUSAHA Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain.Hadirin dipohon berdiri”







2. NYAYIAN LAGU NEGARAKU/LAGU NEGERI SELANGOR/LAGU SEKOLAH

SIDANG HADIRIN !,NYANYIAN  LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH AKAN BERKUMANDANG SEBENTAR LAGI .

TERIMA KASIH DIUCAPKAN. DAN HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.


3.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

DALAM BERCAKAP BERSOPAN SANTUN
DALAM SUSAH TUNTUN MENUNTUN
DALAM SENANG SANTUN MENYANTUN
MULIA ANAK SEMPURNA AKHLAK
MULIA TUA  SEMPURNA AGAMA
MULIA BAHASA BERBUDI BAHASA
MULIA MAJLIS TERTIB ATUR CARA



BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA DAN SALAM TERUS MENJULANG PPKI SMK KAMPONG JAWA.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1.  Yang Berbahagia En Muhammad b Hashim , Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa
3. Yang Di hormati  PN NORMALA BINTI MISMAN
,PENOLONG KANAN PPKI
MERANGKAP PENGERUSI PENGELOLA MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI SMK KAMPONG JAWA.
4.Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
5. Yang Dihormati Pn Puziah Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa
6.Yang Dihormati Tn Hj Muzikir bin Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
7. Yang Dihormati  En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
8.Yang Dihormati En Doraisamy A/L Govindasamy ,Yang DiPertua Badan Kebajikan PPKI SMK Kampong Jawa.
9.Yang Dihormati Pn Noor Madiah bt Abd Rahman,mantan Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa.
MANTAN-MANTAN GURU PPKI SMK KG JAWA
BARISAN KETUA BIDANG.,
RAKAN-RAKAN GURU ,PPM,IBU BAPA
DAN PARA  MURID  YANG  DIKASIHI SEKALIAN


MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK KAMPONG JAWA 2016.
 
MAJLIS MENGAMBIL KESEMPATAN DI PAGI YANG PENUH BERMAKNA DAN  YANG BERBAHAGIA INI UNTUK MERAKAMKAN  SETINGGI- TINGGI PENGHARGAAN  DAN UCAPAN   TERIMA KASIH  YANG TIDAK TERHINGGA ATAS KESUDIAN  YANG BERBAHAGIA EN MOHAMAD BIN HASHIM YANG DIPERTUA PIBG MENGHADIRKAN DIRI  BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PADA HARI INI.

KAIT KELAPA KUKUR KELAPA
UBI DIKUPAS DI BUAT PENGAT
KEHENDAK HATI TAK TERLUPA
KERANA BUDI TUAN SUDAH TERPAHAT.


HADIRIN BUDIMAN,
UNTUK MAKLUMAN, MAJLIS KALI KEDUA  DI ADAKAN  INI, BUKAN SAHAJA MERAIKAN MURID-MURID PPKI YANG BAKAL MENAMATKAN PERSEKOLAHAN ,MALAH MENGIKTIRAF  MURID-MURID YANG TELAH MENUNJUKKAN KE CEMERLANGAN SAMA ADA DI BIDANG AKADEMIK,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH DIRI.BEGITU JUGA TIDAK DILUPAKAN PARA GURU DAN PPM.





4.BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI

SEBAGAI MEMULAKAN MAJLIS DAN ACARA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT WAKIL MURID PPKI ,  ADIK MUHD AIMAN NAIM BIN MUHD ASNAWI UNTUK MEMIMPIM
 DOA. DIPERSILAKAN.


AAMIN,AAMIN YA  RABBAL ALAMIN..
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA  ADIK MUHD AIMAN NAIM  BIN MUHD ASNAWI   DI  ATAS   BACAAN DOA ITU TADI. SEMOGA MAJLIS PADA PAGI INI DILIMPAHI BARAKAH DAN RAHMAT ILAHI SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.



5.UCAPAN PENGETUA

 HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MENERUSKAN ACARA PADA HARI INI, 
MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA   MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA  TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

WAALAIKUMUSSALAM WBT .
TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA  TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN PENGETUA SMK KAMPONG JAWA   ATAS UCAPAN ITU TADI.  

KATA ORANG,
KEPIMPINAN DITELADANI
PROGRAM DIRANCANG DAN DIREALISASI
MUAFAKAT KATA MENJADI PAKSI
KEJAYAAN PASTI MENJELMA BUKAN UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.





6.UCAPAN PERASMIAN

SIDANG HADIRIN  YANG DIHORMATI, KINI TIBALAH SAAT YANG DINANTIKAN IAITU UCAPAN DAN PERASMIAN MAJLIS GRADUASI DAN  JAMUAN AKHIR TAHUN .
.
MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN  YANG BERBAHAGIA EN MOHAMMAD BIN HASHIM YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPTAMA DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK KAMPONG JAWA 2016.

 DIPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA .



BERILAH KAMI HALUAN KEMUDI
PENGOBAT HATI MENANTI HARAPAN
UCAPAN DIBERI PENUH BERETI
AMANAT TUAN JADI PEGANGAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA
YANG BERBAHAGIA EN MOHAMMAD BIN HASHIM YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA ATAS UCAPAN PERASMIAN ITU TADI.



7. PERSEMBAHAN  MULTIMEDIA

SETERUSNYA KITA AKAN SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA  SEKELUMIT NOSTALGIA EPISOD-EPISOD DALAM PELAYARAN BAHTERA PPKI SMK KAMPONG JAWA  SEPANJANG TAHUN 2016.SESUNGGUHNYA DALAM MENGEMUDI SEGUMPAL CITA DAN HASRAT IBU BAPA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANAK-ANAK MEREKA,PARA GURU SERING BERHADAPAN DENGAN CABARAN,NAMUN KAMI TIDAK PERNAH ALPA BERUSAHA MEMBERI YANG TERBAIK DEMI KECEMERLANGAN.

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA.INI.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN  MULTIMEDIA. HASIL KREATIVITI OLEH EN    NASRUL HISHAM BIN NAZARUDIN DAN EN_MUHAMMAD IZZUAN BIN ROSLAN_. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.






8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

SIDANG HADIRIN SEKALIAN ,MAJLIS PADA PAGI  INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATUR CARA PENYAMPAIAN  SIJIL GRADUASI DAN SIJIL KECEMERLANGAN.

DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN  YANG DIHORMATI  PN NORMALA BINTI MISMAN ,PENOLONG KANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA  UNTUK MENGIRINGI   YANG BERBAHAGIA  EN MUHAMMAD BIN HASHIM YANG DPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA   KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN  ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

SIJIL GRADUASI

DIMULAKAN DENGAN ACARA PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI .
PADA TAHUN INI SERAMAI 7 ORANG MURID  BAKAL MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK KSMPONG JAWA.

DIPERSILAKAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL DAN  HADIAH .

DIMULAKAN DENGAN

1.IZMIR ALLIF BIN NORDIN

SETERUSNYA

2.  AHMAD AMRI BIN BAHRUDIN

DIPERSILAKAN KE PENTAS

3.  MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD NAPIAH

SETERUSNYA

4. HAZIQ BIN ABDUL AZIZ


5. NURUL AIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD RAFI

DIIKUTI
6.  MUHAMMAD AIMAN WAFIY BIN MOHD SARU


DAN AKHIR SEKALI

7.SITI NURSHUHAIDA BINTI ROSELI







SIJIL KECEMERLANGAN

PENYAMPAIAN SIJIL SETERUSNYA ADALAH SIJIL KECEMERLANGAN .

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA MURID-MURID YANG TERPILIH ADALAH YANG MENUNJUKKAN KETOKOHAN DALAM PELBAGAI BIDANG MENCAKUPI ,SAHSIAH,KEPIMPINAN,KEPERIBADIAN ,SUKAN DAN KOKURIKULUM SEBAGAI BUKTI PENGHARGAAN PIHAK SEKOLAH.

DIPERSILAKAN PENERIMA SIJIL KECEMERLANGAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL DAN PLAK.
DIMULAKAN DENGAN ADIK


1.             JANANI A/P MURUGANAN

SETERUSNYA

2.            MANSUR BIN ABD NASIR

SETERUSNYA

3.            MOHAMAD ALIFF AMINSHAHRIL EDWAN BIN ZULATIP

SETERUSNYA

4.            MOHAMAD ALIFISMA BIN SHAFIE
SETERUSNYA

5.            SITI NURSHUHAIDA BINTI ROSLEI

DAN AKHIR SEKALI

6.            SITI NURSHUHAILA BINTI ROSLEI


MAJLIS MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA EN MOHAMAD BIN HASYIM KERANA SUDI MENYAMPAIKAN SIJIL,PLAK DAN CENDERAHATI ITU TADI.

KEPADA SEMUA YANG TELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK KAMPONG JAWA ,DOA DAN HARAPAN KAMI AGAR KALIAN TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI DI MANA SAHAJA BERADA.INTAILAH KAMI JIKA RINDU DATANG BERTAMU.MAAFKAN KAMI WARGA PENDIDIK YANG SEMEMANGNYA ADA KELEMAHAN KETIKA MEMBERI ILMU DAN DIDIKAN PADA KALIAN. JAGALAH DIRI HIASI PERIBADI KEBANGGAAN AYAH DAN IBU.
DAN TAHNIAH JUGA KEPADA YANG MURID  YANG MENERIMA SIJIL KECEMERLANGAN PADA HARI INI. SEMOGA TERUS MENJADI PEMANGKIN SEMANGAT KEPADA RAKAN YANG LAIN  UNTUK MENCIPTA KECEMERLANGAN DI MASA AKAN DATANG.
.



9. JAMUAN MAKAN

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU.

MAJLIS PADA HARI INI DITERUSKAN DENGAN JAMUAN MAKAN .

UNTUK ITU DIPERSILAKAN  HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.





10.CABUTAN BERTUAH ( 1)

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN PUZIAH BINTI TUBAN  KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PN PUZIAH BINTI TUBAN  KERANA SUDI MENYAMPAIKAN  HADIAH CABUTAN  BERTUAH KEPADA PEMENANG.. 

11. PERSEMBAHAN TARIAN (2)

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,MAJLIS PADA PAGI INI KITA  AKAN DISERIKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN DARI MURID-MURID PPKI SMK KAMPONG JAWA

SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

BEGITULAH TADI CERIA GEMBIRA RENTAK TARINYA.TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN PENARI PPKI.UNTUK MAKLUMAN TARIAN  YANG TELAH DIPERSEMBAHKAN TADI TELAH MEMBAWA MEREKA MELAYAKKAN PASUKAN INI MEMASUKI PERTANDINGAN AKHIR DI PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL KREATIF PERINGKAT DAERAH DENGAN MENDAPAT TEMPAT KE-4. APA YANG MEMBANGGAKAN TULANG BELAKANG YANG MENGAJAR MEREKA RENTAK TARI INI ADALAH MURID-MURID TINGKATAN 4 ALIRAN PERDANA YANG SANGAT SABAR MEMBIMBING SERTA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PK HEM PN PUZIAH TUBAN .TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI..SEMOGA SEMANGAT  DAN KERJASAMA INI DITERUSKAN DI MASA AKAN DATANG.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MURI-MURID PPKI YANG MEMBUAT PERSEMBAHAN ITU TADI.

12. PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR GURU,MURID DAN PPM

SIDANG HADIRIN SEKALIAN ,ATURCARA SETERUSNYA  ADALAH PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR GURU , PPM DAN MURID.

BAGI MENYEMPURNAKAN ATUCARA INI MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN HAIRUDIN BIN MD ZIN ,PENYELARAS PPKI SMK KAMPONG JAWA MENGIRINGI YANG BERUSAHA PN NORMALA BINTI MISMAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PENERIMA.

(RUJUK SENARAI PENERIMA)

(POTONG KEK)

SETERUSNYA MEMPERSILAKAN MURID-MURID YANG MENYAMBUT HARILAHIR PADA BULAN JULAI HINGGA DISEMBER UNTUK ACARA MEMOTONG KEK HARI LAHIR.MOHON JUGA MURID-MURID YANG TAMAT PERSEKOLAHAN PADA TAHUN UNTUK TURUT SERTA DALAM ACARA INI

MAJLIS MEMPERSILAKAN.







13. PERSEMBAHAN ALUNAN PIANO

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI

SETERUSNYA PULA  KITA SAKSIKAN  PERSEMBAHAN PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN IAITU ADIK ____________________________MENONJOLKAN BAKAT TERPENDAM BERMAIN PIANO  DENGAN TAJUK LAGUNYA ___________________________

DIPERSILAKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN DARIPADA ADIK ____________________________TERIMA KASIH DIUCAPKAN.












14. ANUGERAH GURU DAN PPM

SIDANG HADIRIN SEKALIAN.MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU PPKI DAN PPM

BAGI MENGUMUMKAN ANUGERAH INI,DIPERSILAKAN PN NUR AFIFAH YAAKOD .




15(SKRIP UNTUK AFIFAH)

TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS,UNTUK MAKLUMAN SEMUA PEMILIHAN ANUGERAH INI ADALAH BERDASARKAN UNDIAN DI KALANGAN GURU PPKI DAN PPM.

BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH ,MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MENJEMPUT SEKALI LAGI YANG BERBAHAGIA EN MOHAMAD BIN HASHIM DIIRINGI YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN   KE PENTAS UTAMA BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH

a)     ANUGERAH GURU PPKI BERMASALAH PEMBELAJARAN
DIMULAKAN DENGAN ANUGERAH KEPADA  GURU  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI  BERMASALAH PEMBELAJARAN DIBERIKAN KEPADA ______________________________________

SETERUSNYA

b)     ANUGERAH GURU   PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI   BERMASALAH PENGLIHATAN . DIPERSILAKAN ___________________________KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH INI.


c)      SETERUSNYA PULA DI SAMPAIKAN ANUGERAH PEMBANTU PENGURUSAN MURID .
SETELAH DIBUAT PENGUNDIAN ,ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA___________________________________.DIPERSILAKAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH INI.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH.

16.PENYAMPAIAN CENDERAMATA (SKRIP AFIFAH)

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG BERUSAHA YANG BERUSAHA TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA YANG BERBAHAGIA EN MOHAMMAD BIN HASHIM YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN ATAS KESUDIAN BELIAU MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA EN MUHAMAD BIN HASHIM .






17.CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KEDUA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI  PN NORAIZAH BT MOHD NOOR PENOLONG KANAN  PENTADBIRAN  KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI  PN NORAIZAH MOHD NOOR   KERANA SUDI MENYAMPAIAN  HADIAH CABUTAN  BERTUAH KEPADA PEMENANG.. 

.

18.NYAYIAN BERAMAI-RAMAI

HADIRIN SEKALIAN

TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
ITU ADAT ITU LUMRAH KEHIDUPAN
BEGITULAH RETETAN PERJALANAN WALAU SUKAR UNTUK DITELAN
TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.

TERIMALAH PERSEMBAHAN TERAKHIR DARIPADA SEMUA MURID PPKI .

SEMUA MURID DIMINTA NAIK KE PENTAS UNTUK MENYANYIKAN  DUA BUAH LAGU  YANG BERTAJUK “DOA PERPISAHAN DAN KENANGAN TERINDAH. .DENGAR KAN LONTARAN SUARA TERAKHIR  MURID-MURID  YANG MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN DI MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN  PPKI  SMK KAMPONG JAWA  PADA TAHUN INI.

DIPERSILAKAN


DIMINTA SEMUA PELAJAR MENUNGGU DI ATAS PENTAS UNTUK SESI BERGAMBAR.







19. SESI BERGAMBAR

SEBAGAI TANDA KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT DIF-DIF KEHORMAT UNTUK MENGAMBIL TEMPAT BAGI UPACARA FOTOGRAFI .

MAJLIS MEMPERSILAKAN.








20. PENUTUP

HADIRI DAN HADIRAT SEKALIAN

DENGAN BERAKHIRNYA SESI BERGAMBAR ITU TADI ,MAKA SELESAILAH SUDAH MAJLIS PADA HARI INI.

SEKALI LAGI MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN YANG BERBAHAGIA EN MOHAMAD BIN HASHIM,BARISAN PENTADBIR,AHLI JAWATAN KUASA  KERJA ,PARA TETAMU JEMPUTAN  DAN PARA HADIRIN SEKALIAN DI ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YANG BERSEJARAH YANG PENUH GEMILANG INI.



Delima selasih indah tersingkap
Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan  indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.



MEWAKILI PIHAK JAWATANKUASA , MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF .


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


WABILAHITAUFIKWAHIDAYAH..ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


MAJLIS BERSURAI

3 ulasan:

  1. Suka la kata2 n susunan majlis ini. Tahniah cikgu!sy juga seorang guru ppki SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. Sy mohon untuk membuat teks ini sebagai rujukan ye cikgu😊😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya pengkalan permatang pernah pergi ke ppki smk demak baru.cgu mengajar di situ waktu tu.ambillah ya.moga dapat di jadikan panduan.

      Padam
  2. Mohon izin gunakan skrip ini ya cikgu. Terima kasih.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!