Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 23 Oktober 2016

ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKURIKULUM 2016

TENTATIF

Aturcara Majlis:

0800 pagi                              :               Pendaftaran
0830 pagi                              :               Raptai
1000 pagi                              :               Tetamu mengambil tempat
10.30 petang                        :               Ketibaan VIP dan kawalam kehormat
                                                :               Nyanyian Lagu NegaraKu
                                                                                Bacaan Doa
                                                                :               Ucapan Pengetua
                                                                :               Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat
                                                                :               Persembahan 1 
                                                                :               Penyampaian Anugerah Kecemerlangan                     
                                                                :               Persembahan 2
                                                                :               Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
                                                                :               Jamuan Makan Tengahari
                1.00 petang                          :               Bersurai

















ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
HEM DAN KOKURIKULUM
2016


TARIKH                                : 25 OKTOBER 2016  (SELASA)
MASA                                    : 10.30 – 1.00 PETANG
TEMPAT                               : DEWAN JUARA,SMK KAMPONG JAWA
TETAMU KEHORMAT      : ASP MOHD SUKRI BIN AYOP,
  PEGAWAI PENYIASAT KANAN JENAYAH IPD KLANG SELATAN


BIL
MASA
PERGERAKAN/ AKTIVITI
TINDAKAN
1
10.00 am
Ucapan perhatian kepada tetamu:

PENGUMUMAN:
“Mohon perhatian !   Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Mohon hadirin menukar mod telefon bimbit anda ke mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak terganggu.

Juruacara
JK Protokol
AJK peralatan

2
10.30 am
- Ketibaan tetamu jemputan 
AJK Penyambut tetamu
3
10.30 am
Pengumuman:

“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan, yang diiringi masuk oleh Yang  Berbahagia , En Muhammad Bin Hashim , YDP PIBG SMK Kampong Jawa serta Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain.Hadirin dipohon berdiri”

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat dating kami ucapkan
Semoga majlis tambah seri.






Sambutan
AJK persembahan

AJK Protokol
4
10.35 am
VIP , YDP PIBG dan Pengetua sampai ke tempat duduk
(Pastikan tetamu tidak duduk)

Pengumuman

“Sidang hadirin ! nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi.”

Nyanyian lagu Negaraku berkumandang dan dinyanyikan oleh bersama tetamu serta hadirin

Majlis dipersilakan duduk

Pengumuman

“Sidang hadirin dipersilakan duduk .
Setelah semua hadirin duduk

Pengumuman:

Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon Tuhan
Semoga majlis peroleh keberkatan.

Bagi memberkati perjalanan acara pada pagi ini , marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan penuh keinsafan,semoga Allah memberi ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadil  Ustaz Mohamad Rashid Bin  Mohamad Salleh untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b. Mohamad Salleh akan beredar dari tempat  juru acara.

Pengumuman

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin……Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz  Ustaz Mohamad Rashid di atas bacaan doa itu tadi.

Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
5
10.45 pm
Juruacara memulakan majlis
Juruacara memberikan kata alu-aluan

Kata alu-aluan juruacara:

Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam  Sejahtera dan salam SMK Kampong Jawa terus maju.
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan di dahulu.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1.  Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan
2. Yang Berbahagia En Muhammad b Hashim , YDP PIBG SMK Kampong Jawa
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa
3. Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Dihormati Pn Puziah Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa
5.Yang Dihormati Tn Hj Muzikir bin Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
6. Yang Dihormati Pn Normala binti Misman, PenolongKanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa
7. Yang Dihormati En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
6.Para tetamu jemputan , dan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian .”
Serta para murid yang diraikan.

Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih,terutama kepada Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan dan semua hadirin di atas kesudian meluangkan masa ,bersama-sama kami dalam menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa untuk  2016.
“Sidang hadirin , pada pagi yang penuh barakah ini bersamaan 25 Oktober 2016 ,warga SMK Kampong Jawa berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa untuk  2016 . Majlis ini sesungguhnya amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek sahsiah rohani serta jasmani.
 Untuk pengetahuan semua, ini merupakan majlis edisi ke -4 selepas buat julung kalinya dijayakan pada tahun 2013 secara bersama antara unit HEM dan Kokurikulum. Hasil cetus idea Tuan pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama antara unit Hem dan kokurikulum dalam pengelolaan Majlis Anugerah kecemerlangan HEM dan Kokurikulum pada tahun 2016.                                                                            
Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi sahisiah, kepimpinan, keperibadian, sukan dan kokurikulum  akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja, jasa ibu bapa dan masyarakat yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.”
Juruacara
6
11.00 am
Ucapan Pengetua SMK Kampong Jawa

Pengumuman:

Hadirin sekalian ,tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapa alu-aluan .Untuk itu,majlis dengan hormat dan bangganya menjemput  Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum  SMK Kampong Jawa Tahun 2016 , untuk menyampaikan Ucapan Alu-Aluan .   Dengan segala hormatnya dipersilakan .”

Setelah selesai ucapan alu- aluan Pengetua

Pengumuman:

----“Demikianlah ucapan  Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa . Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih .”



7
11.10 pm

































(Gong diminta bersedia untuk dibawa masuk)

Ucapan perasmian

Pengumuman:

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi


Sidang Hadirin yang dihormati

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM Dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa tahun 2016.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya akan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”
Setelah habis ucapan,

Pengumuman:
Majlis menjemput  Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa 2016.
Bunga selasih di atas jerami
Harum melati di atas batas
Terima kasih ucapan kami
Dari hati yang tulus ikhlas



VVIP memukul gong sebanyak 3 kali

Setelah selesai pukulan gong:

Pengumuman:

“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop, En Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan kerana merasmikan majlis pada pagi ini .”

AJK persembahan

AJK Protokol






















Persembahan koir

Pengumuman:

“Sidang hadirin ,  majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan khas  iaitu persembahan dikir barat dari murid-murid Tingkatan 3 SMK Kampong Jawa di bawah kelolaan Puan Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat “
Sama –sama kita saksikan.”

Setelah Persembahan koir

“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga di bawah kelolaan Puan Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat”








8
11.20 am
SLOT 1:

Penyampaian anugerah
Ø  Kehadiran penuh
Ø  Sahsiah terpuji


Pengumuman:
Sidang hadirin yang dihormati,


Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.

 kini tibalah saat yang dinantikan , Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 . Sebanyak 2 kategori anugerah akan disampaikan meliputi Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah Sahsiah terpuji.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang berusaha, Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan diiringi oleh Yang dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. 

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Kehadiran Penuh. Penerima anugerah ini ialah ....................................
.......................................................................................................
Hadirin yang dihormati, kejayaan akademik seseorang itu pastinya  kerana disulami dan diisi juga dengan nilai moral,adab tertib,insaniah dan kerohanian .
Selanjutnya ,  Anugerah Sahsiah terpuji . Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Tahniah kepada penerima-penerima anugerah.



Setelah selesai penyampaian anugerah:

Pengumuman:

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan dan  Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor kerana telah sudi menyampaikan anugerah.


Setelah selesai penyampaian anugerah:

Penyampaian anugerah
Ø  Lonjakan Sahsiah
Ø  Pengurusan Kelas Cemerlang
Ø  Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang
Ø  Kelas mencapai kehadiran tertinggi
Ø  Kelas terbersih dan terceria 2016
Ø  Anugerah murid cemerlang (unit-unit)
Ø  Anugerah kelab/ persatuan cemerlang
Ø  Anugerah kelab/permainan cemerlang
Ø  Anugerah pengurusan kokurikulum cemerlang
Ø  Anugerah pencapaian tertinggi 2016
Pengumuman:

Sidang hadirin yang dihormati,
Yang alim menjadi iman
Yang bijak menjadi pemimpin
Yang arif menjadi hakim
Yang cemerlang kita hargai dan raikan.

 Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak 10 kategori anugerah akan disampaikan meliputi 5 dari unit HEM dan 5 dari unit Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput  Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim diiringi oleh  Yang Dihormati  Tuan Haji Muzikir Bin Mohamad untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah. 
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Lonjakan Sahsiah. Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini
 Penerima anugerah ini ialah ....................................
........................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan Kelas Cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari segala aspek seperti aspek pengurusan papan kenyataan, pengurusan buku kawalan kelas, serta kebersihan. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari aspek Buku Jadual Kehadiran Murid. Penerima anugerah ini diberikan kepada .................................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah Kelas mencapai kehadiran tertinggi. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya mencapai peratus kehadiran 90 peratus dan ke atas sepanjang tahun 2016. Penerima anugerah ini diberikan kepada..........................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah Kelas terbersih dan terceria 2016. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang kerap mendapat anugerah kelas terbersih dan terceria mingguan. Anugerah ini diberikan kepada.................................................................

Hadirin yang dihormati, berikut pula ialah penyerahan anugerah yang melibatkan unit Kokurikulum.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah murid cemerlang (unit-unit). Anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang cemerlang mengikut unit uniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. Penerima anugerah ini ialah .................................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah kelab/ persatuan cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelab atau persatuan yang mempunyai pencapaian tertinggi dan diurus dengan cemerlang. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah sukan/permainan cemerlang
. Anugerah ini diberikan kepada kelab permainan yang mempunyai pencapaian tertinggi dan diurus dengan cemerlang. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah pengurusan kokurikulum cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada unit yang berjaya mempunyai pencapai tertinggi, pengurusan buku laporan serta penglibatan yang tinggi dalam aktiviti dalam mahupun luar sekolah. Penerima anugerah ini diberikan kepada..........................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah pencapaian tertinggi 2016
. Anugerah ini diberikan kepada murid yang mempunyai penglibatan dan pencapaian sekurang-kurang peringkat kebangsaan. Anugerah ini diberikan kepada ...................................................................

Majlis mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim dan  Yang dihormati Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.



Persembahan 2 :
Penyampaian anugerah


Pengumuman:

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah kalian kami meminta,
Persembahan khas kami tampilkan.

“Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini berehat sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan sajak oleh saudari Nur Zalikha Binti Kamarulzaman dari tingkatan 3 Bagus di bawah kelolaan Pn Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat
Selesai persembahan:

Setelah selesai persembahan:

“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada saudari Nur Zalikha Binti Kamarulzaman SMK Kampong Jawa”


9
12.00 pm
SLOT 2:

Penyampaian anugerah

Ø  Anugerah tokoh kokurikulum kelas pendidikan khas
Ø  Anugerah murid harapan 
Ø  Anugerah khas juri ikon sukan
Ø  Anugerah olahragawan sukan
Ø  Anugerah tokoh murid kokurikilum
Ø  Anugerah tokoh guru kokurikulum
Ø  Tokoh pengawas
Ø  Tokoh presiden
Ø  Pengurusan unit hem cemerlang /terbaik



Pengumuman:

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak 9 kategori anugerah tertinggi bagi unit HEM dan Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop diiringi oleh Yang Dihormati Pn Puziah Binti Tuban untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. 
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah tokoh kokurikulum kelas pendidikan khas. Anugerah tertinggi murid murid PPKI diberikan kepada murid yang mempunyai pencapaian sekurang-kurangnya peringkat negeri.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini
 Penerima anugerah ini ialah ....................................
........................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah murid harapan. Anugerah ini diberikan kepada murid yang berumur 15 tahun ke bawah yang mempunyai potensi yang cemerlang di masa akan datang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

Penerima anugerah ini diberikan kepada ..........................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah khas juri ikon sukan.  Berikut ialah biodata penerima anugerah.
Penerima anugerah ini diberikan kepada..........................................


Seterusnya , penyampaian Anugerah olahragawan sukan. Anugerah ini adalah anugerah tertinggi dalam bidang sukan. Berikut adalah biodata penerima anugerah.
Dengan ini, majlis menjemput penerima anugerah .................................................................

Selanjutnya , Anugerah tokoh guru kokurikulum. Guru merupakan watak utama dalam pembentukan sahsiah seseorang murid. Berikut adalah biodata penerima-penerima anugerah.
Insan yang dimaksudkan ialah .......................................................................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah tokoh pengawas. Tidak dinafikan, tugas seorang pengawas sebagai seorang pembantu guru amat mencabar.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

Anugerah ini diberikan kepada................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah tokoh presiden. Tidak dinafikan semua presiden telah memberikan khidmat yang cemerlang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

 Anugerah tokoh presiden ini diberikan kepada................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan unit hem cemerlang /terbaik. Anugerah ini diberikan kepada unit yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sepanjang tahun 2016. Anugerah ini diberikan kepada ........................................................................................................

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

Setelah selesai penyampaian anugerah:

Pengumuman:

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop dan Yang dihormati  Pn Puziah Binti Tuban kerana telah sudi menyampaikan anugerah.


Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang dihormati  Pn Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan cenderahati kepada  Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop.

Dan seterunya ,dipersilakan tuan untuk menerima cenderahati

Demikianlah adat kehidupan
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Tanda ingatan moga kekal selama.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Yang Dihormati.




Pengumuman:

Hadirin sekalian,

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bagi pihak majis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini

Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai..


Dengan ini maka berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan HEM dan kokurikulum SMK Kg Jawa untuk sesi 2016. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam meningkatkan prestasi dalam semua bidang.


Majlis mempersilakan Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayop, En Muhammad Bin Hashim,   Yang Berusaha,Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan serta tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.



11
1.00 pm
Majlis bersurai

4 ulasan:

  1. Tahniah Tuan. Mohon kongsi Aturcara Pentadbiran tuan ini utk rujukan saya bagi majlis yg sama. Wslm.

    BalasPadam
  2. TERIMA KASIH PENULIS. IZINKAN SY JADIKAN SEBAGAI RUJUKAN

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!