Teks Pengacara Majlis Penyampaian
Hadiah dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan SMK Kampong Jawa 2016
DATARAN SMK KAMPONG JAWA.
22 OGOS 2016
TERIMA
KASIH ADIK PENGACARA MAJLIS.
Bismillahirrahmanirrahim. ALAMUALAIKUM
WARAMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
1.ALUAN PENGACARA
MAJLIS.
YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA
YANG DIHORMATI
PN LATIFAH BINTI AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PN
PUZIAH TUBAN
PENOLONG
KANAN HEM
SMK
KAMPONG JAWA
TN HAJI MUZIKIR BIN MOHAMMAD
PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
SMK KAMPONG JAWA.
PN NORMALA BINTI
MISMAN
,PENOLONG KANAN PPKI
BARISAN KETUA BIDANG.,
RAKAN-RAKAN GURU ,PPM
DAN PARA PELAJAR
YANG CIKGU KASIHI SEKALIAN
2. PENGUMUMAN DAN
PENYAMPAIAN HADIAH
PADA PAGI INI ADA DUA PERKARA YANG INGIN CIKGU SAMPAIKAN
YANG PERTAMA ADALAH BRKAITAN DENGAN PPKI.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA PADA 16 OGOS 2016 PPKI SMK KAMPONG JAWA TELAH
MENGHANTAR 4 ORANG PELAJAR PPKI BERSAMA
2 ORANG GURU MENGAMBIL BAHAGIAN DI
PERTANDINGAN PETANQUE PERINGKAT DAERAH YANG DIADAKAN DI SMK TELOK GADONG DALAM
KATEGORI INDIVIDU LELAKI INDIVIDU PEREMPUAN
DAN BEREGU CAMPURAN. NAMUN BEGITU,NASIB TIDAK MENYEBELAHI BAGI KATEGORI
INDIVIDU LELAKI DAN BEREGU CAMPURAN NAMUN KITA MENDAPAT TEMPAT UNTUK KATEGORI
WANITA .
PADA 2 OGOS HINGGA 12 OGOS 2016 ,SALAH SEORANG PELAJAR PPKI SMK KAMPONG
JAWA BERSAMA SEORANG GURU IAITU CIK NORAZUWANA BINTI ISMAIL TELAH TERLIBAT DENGAN SUKAN PARALIMPIK IAITU DALAM ACARA BOWLING PADANG YANG DIADAKAN DI KUCHING
,SARAWAK. PELAJAR YANG TERLIBAT ADALAH
ADIK NURUL SHAFIKA BT SAPRISAL.
DI KEJOHANAN INI,ADIK NURUL SHAFIKA TELAH DIBERIKAN PENGHARGAAN
KHAS DARI SELURUH NEGERI ATAS SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH BELIAU SEPANJANG KEJOHANAN BERLANGSUNG. DAN ADIK
NURUL SHAFIKA JUGA SANGAT ISTIMEWA KERANA UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,ADIK NURUL
SHAFIKA MERUPAKAN ATLIT KEDUA DI DUNIA
YANG MENYERTAI KEJOHANAN BOWLING PADANG MENGGUNAKAN KAKI. DAN PERJALANAN ADIK
NURUL SHAFIKA MASIH LAGI JAUH..
UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA DIJEMPUT YANG DIHORMATI PN NORMALA
BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI MENGIRINGI YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGANG PENGETUA
SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN MEDAL DAN PLAK KEPADA PARA PELAJAR YANG
TERLIBAT.
DIPERSILAKAN.
DIJEMPUT PEMENANG TEMPAT KETIGA KEJOHANAN PETANQUE KATEGORI
INDIVIDU PEREMPUAN,SHARMILLA A/P VEERAPAN.
SETERUSNYA
NURUL SHAFIKA BINTI
SAFRISAL .PENERIMA ANUGERAH KHAS SELURUH NEGERI DI SUKAN PARALIMPIK 2016.
TAHNIAH
DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK TN PENGETUA KERANA KESUDIAN MENYAMPAIKAN
HADIAH ITU TADI.
3.PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SMK KAMPONG JAWA
2016
GURU-GURU
DAN PARA PELAJAR SEKALIAN
KITA
BERALIH KE ACARA SETERUSNYA IAITU PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SMK KAMPONG JAWA
2016.
SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN ATAU SEBELUM INI DIKENALI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MERUPAKAN
ACARA TAHUNAN DI SMKKJ INI.ANTARA MATLAMATNYA MENERAPKAN SEMANGAT CINTAKAN
TANAH AIR TANPA MENGIRA KAUM DAN BATASAN AGAMA DEMI MELIHAT KEJAYAAN NEGARA
TERCINTA.
ANTARA
OBJEKTIFNYA PULA
1.MEMUPUK
SEMANGAT PATRIOTIK DAN INTERGRASI KAUM DALAM KALANGAN MURID
2.MELAHIRKAN
PERASAAN CINTA AKAN NEGARA DAN BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA
3.MENANAM
SIFAT BERDIKARI DAN SEMANGAT BERKUMPULAN DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH.
BERIKUT
DISAMPAIKAN BEBERAPA PROGRAM SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN INI.
ANTARANYA
1.PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK DAN KELAS
TERCANTIK TERBUKA UNTUK SEMUA KELAS
DAN TARIKH PERTANDIGAN INI BERMULA PADA 22 0GOS 2016 HINGGA 9 SEPTEMBER 2016.
SETERUSNYA
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK TERBUKA UNTUK SEMUA MURID DAN TARIKH
PERLAKSANANNYA BERMULA 18 OGOS HINGGA 21 OGOS DIBAWAH PENGEDALIAN EN ZAIDI BIN
BIDIN.
SETERUSNYA
PULA PERTANDINGAN KUIZ KEBANGSAAN DI
ADAKAN DALAM KELAS SEMASA PdP UNTUK
SEMUA PELAJAR MENGIKUT KELAS .
DAN
JUGA LAGU-LAGU PATRIOTIK AKAN DIMAINKAN
SETIAP HARI BERMULA 22 OGOS HINGGA 9 OGOS INI PADA WAKTU PAGI SEBELUM 7.30
PAGI.
MANAKALA
PPKI JUGA TURUT MENYEDIAKAN AKTIVITI ANTARANYA
.KELAS
PALING PATRIOTIK,PERTANDIGAN MEWARNA INDIVIDU, PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ
,TEKA SILANG KATA DAN AKTIVITI KARFTANGAN MENGHASILKAN TOPI .
DEMIKIANLAH
BEBERAPA PROGRAM YANG DIRANCANGKAN DAN YANG AKAN BERLANGSUNG SEPANJANG BULAN
KEBANGSAAN INI.
OLEH
ITU , MEWAKILI PIHAK PENGANJUR ,MENYERU KEPADA MURID-MURID SEKALIAN MARILAH
KITA BERSAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN DAN KERJASAMA DENGAN MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM SEMUA PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN
.MANFAATKANLAH SEGALA PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEH SEPANJANG
PROGRAM INI BERLANGSUNG.
4.GIMIK
PERASMIAN
GURU-GURU DAN MURID-MURID
SEKALIAN.
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA
ACARA PERASMIAN PADA PAGI INI DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED
NASHAN BIN SINGGAN DIIRINGI YANG
DIHORMATI TN HJ MUZIKIR BIN MOHAMAD PENOLONG KANAN KO KURIKULUM UNTUK ACARA MENERIMA JALUR GEMILANG DARIPADA
KADET REMAJA SEKOLAH DAN SETERUSNYA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG .
DIPERSILAKAN. KADET
REMAJA SEKOLAH.
DENGAN KIBARAN JALUR GEMILANG ITU TADI MAKA RASMI SUDAH SAMBUTAN KEBANGSAAN PERINGKAT SMK KAMPONG JAWA 2016
TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.
5.UCAPAN
PENGETUA
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMAD NASHAN
BIN SINGGANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN AMANAT PADA PAGI INI.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DI PERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.DENGAN BERAKHIRNYA UCAPAN TUAN PENGETUA TADI MAKA BERAKHIRLAH SUDAH PERHIMPUNAN KITA
PADA PAGI INI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
assalamualaikum puan, saya masih baru dalam bidang pendidikan khas.besarla harapan saya jika dapat menimba ilmu dari puan
BalasPadamwaalaikumussalam...boleh apa salahnya..hp sy 0122537173
Padam