Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 2 Februari 2016

Usah

Catatan jemari Anak Pantai,

Sememangnya kita dapat menjangka kehidupan kita bagaimana..hari ini tenang mungkin esok gelora,semalam kita menangis meratapi sesuatu yang telah pergi atau hilang daripada hidup..mungkin esoknya Allah berikan kita senyuman yang tidak kita jangka dengan khabar gembira.

Teman,
Adakala kita tewas dengan ujian..disaat kita tersungkur hanya Dia yang menjadi kekuatan kita..Dia tak pernah jemu mendengar luahan kita.keluhan kita permintaan kita namun kita seringkali alpa disaat kebahagiaan mengulit rasa..itulah kita hambanya..

Teman

usah bicara erti kecewa kerana dalam sudut hati ini ,terlalu banyak kecewa yang kita ada..kecewa dengan diri sendiri.kecewa dengan insan yang kita sayangi,kecewa dengan kerjaya dan pelbagai hati..Bicaralah tentang bagaimana kita mahu mengubah kecewa menjadi bangga..jadilah insan yang ada jati diri..tidak menjatuhkan tapi saling membantu untuk terus berjaya...

usah bicara tentang perasaan bila mana perasaan itu semakin hilang..

Cetusan rasa Anak Pantai-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!