Senja
Mengundang rindu.
Pada cerita-cerita nan lalu
Sendu membalut resah
Hati kian tersiksa
Pada alunan rindu
Yang sentiasa mengamit rasa nan syahdu
Pada sebuah cerita itu...
Aduhai senja
Tiap kali kau hadir
Aku tewas dengan rasa rindu
Penuh sarat cerita antara aku dan dirimu
Disuatu senja yang bertamu
Walau kini cerita itu telah berlalu
Kau dan aku mengusung rindu
Senja yang hadir tidakkan sama seperti dulu.
-ANAK PANTAI-
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 19 September 2015
Senja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!