TEKS BACAAN BIODATA HARI PERSARAAN PENGETUA SMK DEMAK BARU.
TARIKH :
5 OGOS 2015
HARI :
RABU
TEMPAT :
LOBI SMK DEMAK BARU
Izinkan saya
untuk membaca biodata di dahului dengan lafaz bismillah.
Bismillahirahmanirahim…..
Pada tanggal
6 Ogos 1955 bersamaan dengan 17 Zulhijjah 1374 hijri,tarikh keramat bagi
pasangan bertuah Hj Abdul Hamid bin Hj Bolok dan Hajah Zaleha bt Hj Yunus
apabila dikurniakan seorang puteri diberi nama Fatimah Hamid di kampong Bandarshah
Jalan Datuk Ajibah Abol,Kuching juga dikenali sebagai Kpg Nombor-nombor.Merupakan
anak pertama daripada 8 orang adik beradik terdiri daripada 2 perempuan dan 6
lelaki.
Beliau
mendapat pendidikan awal di Merpati Jepang Council School dari darjah 1 hingga
darjah 6 ,maka bermulalah pencarian ilmu yang pertama baginya.Detik waktu
menginjak pantas dan tahun silih berganti.Setelah 6 tahun di sekolah rendah
.lulus Sarawak Common Entrance Exam,beliau meneruskan pendidikan di peringkat
menengah di Saint Mary’s Secondary School sehingga tingkatan 5.
Selepas itu
beliau menyambung persekolahan ke Tingkatan 6 di Saint Thomas Secondary School .Seterusnya beliau telah meneruskan
pengajian asasnya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim,Perak
dalam pengajian Melayu dan Pendidikan Seni. Dari tahun 1978 hingga 1979.
Bermula dari
sini beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuh segala
dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar .Kata orang “Alah
biasa tegal biasa” dan “genggam api biar sampai jadi abu “ begitulah semangat
yang dimiliki oleh Pengetua yang disayangi ,Hajah Fatimah Hamid.
Memulakan
tugas beliau sebagai pendidik di SMK Batu Lintang pada 1.5.1980 hingga
1.6.1982.Kepayahan dan kesukaran tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar
sehingga mampu mengenggam ijazah dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan
Malaysia,Bangi.Selangor.
Selepas
tamat pengajian,beliau telah berkhidmat sebagai guru biasa di SMK DPHA Gapor
Stampin pada 1.6.1985 hingga 15.5.1992.
Bak kata
bidalan Melayu,benih yang baik dilempar di mana-mana pun tetap member hasil
yang baik ,begitulah juga dengan beliau.Khidmat bakti beliau sentiasa ditagih
lantaran ciri-ciri kepimpinan beliau telah sebati dalam diri serta semangat
yang sentiasa membara dan tidak mahu mengalah.
Bermula
16.5.1992 sehingga 31.12.2004 beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit
Menengah di bahagian Penyeliaan Sekolah JPN .Atas khidmat cemerlang yang
ditunjukkan beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit di Unit Sekolah Menengah ,JPN
bermula 1.1.2004 hingga 31.12.2004. Bermula 1.1.2005 hingga 31.12.2010. kerjaya
beliau terus bersinar apabila dilantik sebagai Ketua Sektor Pendidikan Khas dan
Swasta di JPN.Sarawak.
Bakat
kepimpinannya sungguh menyerlah berpegang dengan prinsipnya suka berterus
terang dan hanya percaya kepada kejujuran.Beliau mempunyai wawasan cukup tinggi
dan patut dicontohi .Justeru itu,beliau telah dilantik sebagai pengetua di SMK
Demak Baru ,Kuching pada tanggal 1.10.2012 hingga 5.8.2015.Di sinilah destinasi
terakhir beliau sebelum menamatkan persaraan.
Sikap
prihatinnya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.
Sentiasa ikhlas semasa menjalankan tugasnya dan tidak jemu dan lokek berkongsi
ilmu dan wang ringgit.
Tenanglah
tenang air di laut
Sampan kolek
mudik di tanjung
Hati terkenang
mulut menyebut
Budi yang
baik rasa nak junjung.
Untuk Berjaya
kita perlu mendaki setangga demi setangga sehingga Berjaya.Begitu jugalah
kepimpinan dan kecemerlangan beliau memang terselah dan tidak boleh di sangkal
lagi. Pada tahun 1998 sehingga 2002 beliau telah dilantik sebagai panel
penemuduga Yayasan Tuanku Abdul Rahman,mewakili pengarah dan dilantik sebagai
Bendahari Majlis Ketua Unit Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 2006 hingga
2010.
Sepanjang
perkhidmatan,beliau telah 3 kali dianugerahkan perkhidmatan cemerlang pada
tahun 1995,2005 dan 2011.
Beliau juga
telah dianugerahkan Sijil Berkhidmat di Ibu Pejabat selama 20 tahun. Atas jasa
dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi,beliau telah dianugerahkan
Pingat Perkhidmatan Bakti pada tahun 2010.
Beliau
memiliki sifat tegas terutamanya dalam membuat keputusan tetapi berkrompromi
dengan keputusan majoriti.sikap inilah menjadikan beliau amat disegani dalam
kalangan keluarga dan rakan sekerja. Paling membanggakan ,sepanjang tempoh
dalam perkhidmatan, tiada rekod cuti sakit dalam Buku Rekod Perkhidmatan
beliau.
Demikianlah
sedikit biodata yang diraikan Cikgu Hajah Fatimah Hamid yang akan menamatkan
perkhidmatan beliau pada hari ini .jutaan terima kasih dari kami kerana khidmat dan bakti yang tidak berbelah bagi untuk memastikan SMKDB sentiasa cemerlang.Semoga beliau mndapat ganjaran yang setimpal dari Ilahi dan diberi kesihatan serta kekuatan pada masa akan datang dalam mendepani hari mendatang.
Sekian.Salam
kasih bertaut rindu.
skrip yang sangat menarik dan sangat bermanfaat gan..
BalasPadammakasih ats infonya gan..
salam kenal dan salam sukses...
sama'' gan..
Padambenar2 sangat menarik lah skrip ni boss..
BalasPadammantap deh pokoknya..makasih bos atas informasinya.
mohon gune skrip ni ye..tq
BalasPadamMohon share skripnya cikgu.Terima kasih cikgu.
BalasPadam